#733: APA ERTI KEMERDEKAAN?

#733: APA ERTI KEMERDEKAAN?

Ini soalan lazim buat kita:
Apa erti kemerdekaan? Subjektif? 
Ramai yang kata, kita belum merdeka selagi akal fikiran kita masih di takuk lama malah kadangkala lebih teruk dari cara pemikiran orang dulu dulu sebelum kemerdekaan. Ia dianggap teruk, apatah lagi jika diukur pada keselesaan hidup kita sekarang berbanding sebelum zaman kemerdekaan.
Allow me to quote, an industrialist Henry Ford (just in case, he is not anyhow related to Harrison Ford):
If money is your hope for independence you will never have it. The only real security that a man will have in this world is a reserve of knowledge, experience, and ability.
Yes, knowledge.
What is our knowledge about Merdeka? 31 August 1957? Our forefathers paved the way for our independence, but how much do we know the struggle and the story behind the man who fought for our Merdeka?
Mazidul Akmal Sidik, seorang blogger dan penerbit di TV3, bakal menyajikan kepada anda satu kisah ala History Channel, di mana dia mengungkap pelbagai kisah tentang Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Antara paparan menarik ialah pemandu Allahyarham Tunku yang bertugas selama 40 tahun dan melalui program “Raya Bapa Merdeka” ini, pemandu itu berkongsi kisah yang jarang diketahui kita.

Mazidul sendiri melakukan penyelidikan yang banyak bagi mendapatkan pelbagai informasi untuk dipadatkan dalam program setengah jam ini.

Itulah antara kelebihan wartawan jenayah, kerana setiap perincian maklumat dalam skrip serta storyboard perlu accurate dan tidak melencong.

Banyak lagi paparan menarik, dan pastikan kita tak terlepas malah buat pelajar, ia mungkin satu dokumentari menarik untuk ditonton.

Dokumentari “Raya Bapa Merdeka” bakal disiarkan pada 31 Ogos 2011, jam 1 tengahari. 

Bagi membaca Behind The Scene pembikinan program ini, anda boleh membacanya di blog Mazidul di capaian berikut:


“Dokumentari Raya Bapa Merdeka – Program terbitan Mazidul Akmal Sidik”

One Reply to “#733: APA ERTI KEMERDEKAAN?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *