#731: LAWA TAK?

#731: LAWA TAK?

Lawa tak?
Lawa kan header baru aku ni. Cakaplah lawa, cakaplah. Cakaplah. Cakap LAHHHH. Penat tau aku buat. Merah mata aku buat ni. Penat aku plagiat design orang pastu aku adjust macam aku punya. 
Ok, cerita raya.
Aku suka raya. Dulu kecik kecik, bila time nak raya, kami melompat sebab suka. Alah, kau jangan nak gelak, korang pun dulu sama gak kan. Sebenarnya, kamilah pencipta lompat lompat tu yang kini dijadikan satu perkara WAJIB dan makruh kalau tak buat bila ambik gambo kahwin, keluar dengan kekawan dan saja nak testing DSLR baru yang dibeli kat Courts – pakai dulu, start bayar tahun 2012 !
Tapi bercakap pasal Courts ni, aku tengok depa ni sungguh sungguh kan iklan. Bayar runcit runcit, dengan objektif biar orang kita – asal papa biar bergayeeeee. Lepas raya, belakang itu tukang kutip barang sudah datang, budak kicik, lu tala bayar, wa mau angkat lu punya el chi dee tibi woh. Lu tala mayar itu wang, laya sulah abis mah. 
Tapi takpe, itu kendian boleh pikir ya cik Hamdan, cik Hamzah, cik Zazali semua. Yang penting kita melaram dulu. 
“Fuhhhhhhh, umah lu dah pakai el see dee tibi wohhhhh,” pasti kekawan yang datang akan ternganga tengok kat ruang tamu kau dulu pakai tibi kotak yang remotenya dah sompek sompek dan diikat getah, dan baterinya tak pernah kau tukar dan kau selalu hamun remote tu dan diketuk ketuk bila kau picit, channel tak tukar. 
Ohh, apabila ada rakan rakan anda yang ternganga tu, peratikan betul betul pada bahagian gigi. 
Kenapa gigi? Haaaa… cuba tengok color. Kalau color kuning, kau patut marah kawan kau tu:
“Celakalah kau! Tengok, hari baik bulan baik ni aku dah terlepas cakap tak elok. Kenapalah raya baru kau timbul haaaa?”
Ya, kawan kau pasti bertambah ternganga sebab tak pasal pasal kena marah dengan kau. Sebelum jadik gaduh, yelah, hari baik kan, baiklah kau explain:
“Kau tau tak, masa bulan posa itu ari, susah orang nak buat kek lapis sebab ada mentega Jakim kata ada babi.”
“Kalau kau datang awal, banyak pahala kau dapat tau tak. Sebab boleh kikis gigi kau buat mentega.” Pastu kau lari pergi kat carpet yang baru beli tu, dan guling gulingkan badan kau sambil ketawa. Oh, pastikan songket kau tak terlucut. 
Tahun ni, rumah aku takde makeover ke, renovation ke, tukar bumbung baru ke, tambah perabut baru ke, tambah bini ke.. eh salah selalu tershashul. Keyboard rosak. Geram tul keyboard ni.
Aku sebenarnya sikit fobia bila raya ni. Tahun 2007, tengah sedap aku bersalam dengan sedara mara wifey yang aku sangat berharap ada yang hot (tapi takde, eh ada, tapi jarak macam Datuk K dengan Siti Nurhalija), aku dapat call dari big boss.
Memula nampak nombor tepon dia, banggalah jugak sebab boss tepon. “Ini mesti nak ucap selamat hari raya ni. Sms jek tak boleh ke bos?”
“Assalamualaikum rey. Selamat Hari Raya,” kata bos aku suara happy happy gitu.
“Waalaikumsalam bos. Fuh bos, macam tak percaya boss telefon ni, rasa cam nak uno wiwi jek bos,” ok yang part last tu takde sebab masa tu aku tak tau lagi pasal uno wiwi. Rasa taching pun ya gak.
Nasib aku tak cakap kat boss aku:
“Bossss, boss uwitnyaaaaaa…”
“Rey, tolong check ada 100 orang mati feri karam kat Mersing,” kata boss aku.
“Boss jangan buat lawak uno wiwi leh tak? Raya ni boss,” kata aku.
“Betullah. Ni baru dapat tahu ni,” kata dia.
Bila aku check dengan polis, betullah ada 100 orang lebih dikhuatiri mati lemas. Kejadian berlaku pada 2007.
Tapi yang pentingnya, aku terpaksa beraya berulang alik dari JB ke Mersing setiap hari sehingga raya ketujuh!! Gila apa nak beraya dah masuk raya kelapan. Orang dah start kerja dah. 
Pagi pagi keluar, malam jam 12 tengah malam, 1 pagi baru sampai rumah. Setiap hari nok. Mengalah orang pasang pelamin. Tu karang kalau kena pengantin yang bayar ciput pastu nak fresh flowers biar nampak macam garden style gitu padahal buat kat dewan takde aircon, mau maut. Eh bila aku jadik mak andam lak ni.
Anyway, mayat terakhir ditemui pada hari terakhir. Ya, ini untuk korang yang berniat nak jadik wartawan. Kalau takleh tengok mayat, wait until you smell mayat yang lemas dan perut dah pecah. Power bau dia. Mau mau dua minggu baru hilang bau.
Apapun, kepada yang terasa kat blog ni, aku mohon maaf dan ampun kalau tersilap cakap atau terlebih cakap sebab yang setan itu datang dari setan semata-mata.
Kepada artis artis yang terasa, udahlah tu ya baby. Wah baby gitu. Uwit laaa you ni. 
Dan pada orang pompuan, raya pakai baju kurung atau kebaya ya, jangan pakai legging.
Pada lelaki, jangan amik brooch mak korang tau. Begitu jugak yang miang taknak pakai songkok, tapi pegi pakai serkup mak kau buat solat, kononnya nampak hip hop. Hip hop your head !
Pada yang jual kuih dan janji nak hantar tapi tak hantar, masih ada masa lagi untuk mengelak dari dilahar. Kita ada twitter, kita ada pesbuk tau. Kalau dah janji, hantar jerlah. Tak berkat nanti bisnes. Mulut orang ni kejap jek sampai. Yang buruk biasanya lebih halilintar dari yang baik.
Yang order kuih pulak, dah order macam ya ya kelapa, berkodi kodi, pergilah ambik kuih tu, kesian mak mah buat bersengkang mata.
Oh lupa, pompuan pompuan sekelian jangan bajet retis ya pakai gelang zhullian satu lengan. 
Tapi posing lah puas puas kat tepi tangga, tepi gate, tepi pokok, tepi kereta, tepi sofa baru, tepi tv el see dee baru. Mulut jangan lupa moncong, pastu buat tanda peace ya. Kalau tak buat, tak jadik raya tau.
Oh pastu upload kat pesbuk ya espearseli gambo moncong tu. 
Sekali lagi, kepada pembaca blog dua tiga orang kat sini, selamat beraya, dan kalau memandu tu, janganlah macam setan masuk badan. 
Haaa, sebelum lupa, pada yang pergi beraya menggunakan hiway tu, TOLONGLAH jangan duduk macam kau duduk kat tepi sawah sambil minum kopi dan kunyah jemput jemput bila kat R&R. Orang lain nak duduk jugak.
Tapi yang peliknya, pergi beraya takkanlah takde benda nak makan, tapi aku tengok R&R tetap ramai manusia. Ok, mereka sebenarnya nak pergi berkelah dan nak pergi zoo tengok Timon dan Pumbaa. 
Eh temah, ko jangan pakai macam ni tau. Dosa tak nutup aurat tu. Kalau kau pakai jugak, aku panggil kau TIMON. Kuku jangan color macam Timon ni tau. Tapi boleh ikut gigi dia. Putehhhh.
Lastly, jangan lupa bayar duit Courts lepas raya!!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir. Batin untuk bini aku jek.

18 Replies to “#731: LAWA TAK?”

  1. muahahhaa..!
    kelakar entry ni..

    ko sindir2 sinis pun ada yek ajai..ops..hazrey..!

    anyway, selamat hari raya juga buat awak ngan mak gula2 ye..

    semoga gembira di hari raya ini..!

  2. Hamdan
    same goes to u sir.

    aizamia
    haha, terima kasih! same goes to you!

    firdaus
    will do bro. terima kasih. selamat hari raya.

    farah
    terima kasih! selamat hari raya to u too.

    nadz
    mestilah. terbaekkkk

    fatin
    pasni kita buat program ketuk ketuk remote eh. selamat hari raya to u too.

    siti hajar
    selamat hari raya!! kirim salam pada geng geng kita ya. cakap kat diaorang jgn miang tukar nombor telefon. 🙂

    una
    selamat hari raya mak ngah. nanti eh mak ngah, saya bagi nanti. mak ngah dah beli gigi palsu raya?

    anazkia
    sangat lamaaaaa. selamat hari raya.

    red rambut
    nasib kau tulis. hampir terlupa bro. selamat hari raya

    mila
    terima kasih. selamat hari raya to u too.

    kakcik
    haaa terima kasih kakcik! selamat hari raya kakcik!!

    putu the bamboo
    saya kan kerja sarkas. selamat hari raya. not really on gembira for this raya. tapi terima kasih jugak for the wish. 🙂

    conversationalist
    cuba tengok IC dan tengok tahun berapa keluar kat dunia ni. kalau bawah 15 tahun, boleh jek. kalau tak, selamat hari raya hokay!!

    leen
    biasalah kan, gila kuasa. selamat hari raya leen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *