#730: UPDATED – TIGA KANAK-KANAK DIBUNUH, DIPERCAYAI OLEH BAPA SENDIRI

#730: UPDATED – TIGA KANAK-KANAK DIBUNUH, DIPERCAYAI OLEH BAPA SENDIRI

Kira-kira jam 6 petang semalam, tiga kanak-kanak berusia dua, tiga dan lima tahun dihumban ke dalam sebuah kolam sebelum mati lemas oleh seorang lelaki dipercayai bapa sendiri.
Kejadian berlaku di sebuah ladang di Lambak, Kluang dan suspek utama kejadian sudah dicekup polis kurang lapan jam selepas pembunuhan itu.
Suspek berusia 30-an dipercayai turut merancang untuk  membunuh diri namun bertukar fikiran lalu pulang ke rumah.
Motif kejadian masih lagi tidak dapat disahkan.
Polis sudahpun menemui kesemua tiga mayat kanak-kanak itu dalam satu operasi mencari yang turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kluang.
Satu sidang akhbar dijangka diadakan Ketua Polis Kluang, ACP Mohd Fawzi Arshad jam 10.30 pagi ini.

Updated:

Kami kembali ke tempat kejadian di Ladang Lambak, Jalan Mengkibol, Renggam, Kluang awal pagi tadi bagi melihat sendiri kolam di mana ketiga tiga mangsa termasuk dua perempuan dicampak untuk dibunuh.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai menghadapi perselisihan faham dengan isteri berusia 24 tahun sebelum mengambil tindakan kejam itu.

Isterinya turut dipanggil ke Ibupejabat Polis Daerah Kluang untuk membantu siasatan.

Kolam sedalam 10 kaki ini, digunakan sebagai takungan bagi membekalkan air minuman ke kawasan ladang ini.

More updates later from Kluang.

11 Replies to “#730: UPDATED – TIGA KANAK-KANAK DIBUNUH, DIPERCAYAI OLEH BAPA SENDIRI”

  1. maafkan pada ayat yang bakal ditulis ini..

    bangsat punya bapak… gaduh dgn isteri pi bunuh anak buat apa…
    tak ada iman ke apa??

    bila setan dah mula merasuk, manusia pun dah jadi mcm setan…

  2. N3 ni btul┬▓ buat aku rasa mcm nak jerit kuat┬▓.

    Apa punye spesis makhluk ni?.Perangai jahanam mengalahkan binatang.Woi!.Binatang pun tahu mcmna nak lindungi anak dia r.

    Gaduh dengan bini,bunuh anak.Kalaulah takdir tuhan anak tu panjang umur,dah besar esok dia abaikan bapak dia yg perangai #$%^&* ni,kompom kuar paper ckp anak x kenang budilah,tulah,nilah.

    Azab btul saat anak┬▓ itu menemui ajal.Haish….terbayang┬▓ plak.Sedih lor…….

  3. perangai mengalahkan setan….. aku tak tau ayat yang lebih teruk buruk nak menggambarkan perangai ko tu…. anak la bro… bodoh sial la lu!!! itu la anugerah paling istimewa… tempat menghilangkan segala duka… punca kebahagiaan yg dikurniakan… tu la…orang lain nak kawen lu nak kawen…. orang lain ada anak lu nak ada anak…

  4. nauzubillah.. pendeknya akal.. tak kiralah apa agama, bangsa pun, tapi pendeknya akal..

    poor babies.. i hope you're all in a much, much better, kinder, more loving place, insyaAllah.

  5. celaka la jantan ni, sanggup dia bunuh anak2 dia, azab bebudak tu menemui ajalnya. kot ye pun marah dengan bini, dah tak suka benor bini tu, ceraikan je la, lepas tu angkat kaki, berambus… kalau jantan ni datang Muar, teringin aku nak selam2kan dia kat sungai Muar, biar mampos dia dibaham buaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *