#728: BAJU RAYA BAJU COLOR APA?

#728: BAJU RAYA BAJU COLOR APA?

Every year, FREQUENTLY ASKED QUESTION will be:
Baju raya tahun ni color apa?
Atau, ia boleh ditukarkan kepada pertanyaan warna langsir sebab kalau nak cerita design, kau kena cari kertas dan pen untuk lukis. Dan pastikan tidak jadik macam aku pada 2009 sebab baju aku sangat blend dengan langsir rumah in law aku. Terasa seperti X-Men masa tu.
Tahun ni aku dilarang Miss Bini untuk beli baju kurung Melayu sebab kata dia dah berderet kat dalam lemari yang masih boleh dipakai. Itulah yang aku suka pasal bini aku tu. Dia sentiasa menitikberatkan betapa pentingnya perbelanjaan berhemah dan menyimpan untuk masa depan.
Touching kan? 
Ku sangkakan cerah sampai ke petang, rupanya hujan serta ribut petir lengkap dengan pokok tumbang kena petir di tengahari. Aku terperdaya. Dia suruh aku jimat, dia beli baju berpasang pasang. Ambik kau. Tak apa, kita lelaki ni bukan nak melaram sangat pun masa raya. Kalau ada pun nak beli, sama jek aku tengok design. Takkan aku nak pakai ala ala Azwan Ali pulak kan.
Hakikatnya dia tahu, aku kalau pakai baju Melayu, dua jam dah rimas. Dan songket aku sentiasa melondeh. A’ah, kenapa diaorang tak jual songket yang ada getah tu untuk orang dewasa? Kan senang dan praktikal.
Dan aku suka tengok baju yang dia pilih (read: dan aku kena bayar). Yelah, kalau kita tak berbelanja untuk bini sendiri, siapa lagi kan. Kenapa sejak sejak ni, ayat aku cam mengampu jek. Kau ada buat salah ke Hazrey. Takde takde (flip hair).
Tinggal berapa hari jek lagi kita nak raya kan. 
Anak sedara aku, bila aku kira dah masuk 21 orang. Tiap tiap tahun, depa dah sound aku siap siap: Abang eh salah, uncle tahun ni naik eh duit raya. Ringan jek mulut aku nak beritau – a’ah kat rumah abang eh salah, rumah uncle ada mesin cop duit. 
Dan diaorang sangat ingat berapa aku bagi raya tahun lepas. Siapalah yang mulakan budaya bagi bagi duit ni.
Boleh tak aku pulak mintak duit raya dari mak bapak anak anak sedara aku ni? Tak salah kan.

10 Replies to “#728: BAJU RAYA BAJU COLOR APA?”

  1. Salam Hazrey,
    Tahun ni baju raya alternative ;D

    By the way, switch to mute kalau nak hop over to my place hari ni. I tau you tak suka … hahaha!

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin to both of you 🙂

  2. schaze zainn
    pakai baju kelawar jek raya ni.

    hamdan
    hahahahhahaha, kau ketawa lah puas puas sekarang.

    zulfikar
    cantiikkkkkkkk.

    che sue
    sana nak beraya apa, bawak kereta pun boleh terbalik. toksah beraya. tengok tv jek.

    naz
    salam kak naz. hahah just went over to ur blog and sempat mute. Hahahah.

    Salam aidilfitri to you and family. Honey sampaikan salam to you too.

    marzuki
    eloklah. otak kuning bersih tak?

  3. Tahun ni takde beli baju raya. Pakai baju tahun lepas. Duduk dapur dari malam bawak ke pagi,bawak ke tengahari tak dan nak melaram segala bagai. Pakai baju kurung masa pi jumpa mak abah je.Tu pun ade giliran jugak sapa dulu sebab dah lain² rumah kan walaupun 1 kawasan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *