#726: AHLONG SEMAKIN GANAS OR SHOULD WE SAY – SENTIASA GANAS?

#726: AHLONG SEMAKIN GANAS OR SHOULD WE SAY – SENTIASA GANAS?

Malam tadi, anggota peronda syarikat pemegang konsesi pengiklanan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Southern Ads Sdn Bhd, nyaris cedera apabila dua pekerja ahlong, membaling batu sebesar penumbuk ke arah mereka.
Anggota terbabit ketika itu sedang menjalankan tugas menurunkan iklan haram, di mana kebanyakannya adalah poster atau kain rentang mengiklankan pinjaman wang haram.
Kejadian berlaku di Taman Mutiara Rini, kira-kira jam 10.45 malam tadi.

Batu sebesar penumbuk itu dibaling ke arah kenderaan peronda ini ketika mereka berhenti untuk menurunkan iklan haram.
Tindakan itu dipercayai sebagai amaran terhadap anggota peronda terbabit yang ditugas meningkatkan penguatkuasaan penurunan iklan haram terutama iklan ahlong.
Anggota yang masih berada dalam kenderaan terbabit bernasib baik kerana batu itu tidak melepasi cermin yang retak, jika tidak pasti terkena kepala mereka. 
Satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Mutiara Rini semalam.

3 Replies to “#726: AHLONG SEMAKIN GANAS OR SHOULD WE SAY – SENTIASA GANAS?”

  1. Along atau tonto, perangai sama je.. Kalau dibiarkan, menjadi-jadi ganasnya.

    Perlu diperketatkan undang-undang dan penguatkuasaan. Bila dah semua ruang ditutup, tak berani dah deme nak tunjuk 'kuat'..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *