#709: SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

#709: SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Kepada semua pembaca blog longkang ini yang bakal ditukarkan kepada nama memulutmuncung.com (ok tak), aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak. 

Sabda Rasulullah saw.:
“Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.”
Tetapi, ada juga yang secara semulajadi setan, maka selalu terlepas. Ayat itu aku cakap untuk diri aku sekali. 
Apapun, senja ini, akan terbukalah pintu langit untuk menerima segala amal kebajikan kita dan Insyaallah dianugerahkan kepada kita pahala berganda, dan mudahan kita memperolehi pahala pada setiap langkah, ketukan keyboard. Ya, kau mesti cakap – macam salah blog jek ni. 
Kepada semua yang dilongkangkan di sini, aku menyusun jari memohon maaf jika tercuit sikit, dan fahamilah, ia semata mata kerana kau seorang yang popular. Kita kosong kosong eh? 
Kepada rakan rakan yang pernah bergaduh dengan aku (walaupun aku tak rasa aku bergaduh), lupakanlah benda yang lepas dan tinggalkanlah perbezaan kita jejauh. Kenapa ayat ni macam ayat Mawi lak ni. Haha.
Kepada penyokong Bersih, tolong jangan buat baju raya warna kuning sebab ideologi kau tu menyusahkan orang. Rugi pahala tak lekat nanti.
Bila ke Bazar Ramadan esok, berjimatlah. Seringgit kita jimat, 30 hari kita dah dapat RM30. Kalau kumpul lagi, boleh beli gelang AC Mizal. Oh lupa, juga kepada AC Mizal, marilah kita berdamai ya. Taknak ke AC Mizal buat reunion. Kalau tak cukup ahli, nak gak aku join. Aku pandai seret kaki.
Pada kakak kakak sekelian, kalau dah putus darah, janganlah bagi alasan datang bulan ya. “si hazrey ni mulut macam longkang tul,” sambil muncungkan mulut. Wuhhhhh.. Haaa tak baik marah tau, kurang pahala tuuuu.
Ohh, kepada abang abang jugak, jangan bagi alasan dua marhalah dan sebagai musafir tak boleh nak puasa ya. Itu semua taktik aku biasa dengar (kau nak tuduh aku lah tu kan).
Sebenarnya, sambutan sebenar kita ialah pada Ramadan dan bukan pada Syawal. Itulah sambutan besar besaran kita. Oh maksud besar besaran tu, bukannya heret laki pergi Sogo atau Takashimaya kat Singapore tu pergi shopping sepasang kasut semata-mata, jem dua jam. Habis minyak aku tau. Eh, kenapa ayat aku ni macam ditujukan pada.. tak tak. Ok kita bawak, kita bawak. Kita pergi ehh Singapore. Tak sahur aku nanti. Haha.
Kepada yang beritau pada aku “buat part time di kedai celcom sebab nak cari duit raya”, selamat bekerja. Tetapi kalau kita rasa nilai kenikmatan hidup kita adalah pada berapa banyak duit kita dapat, maka aku tak boleh nak cakap apa kecuali kita tak akan rasa duit kita akan cukup. Kekadang, nilai hidup kita ada depan mata kita dan bukan pada kertas sekeping atau dua keping. 
Kepada peminat eh salah, bajet retis pulak si longkang ni kan, kepada kekawan aku di blog ni, ampun maaf dari hujung jejari eh salah, hujung rambut yang runcing hinggalah ke hujung kuku cagu aku.
Salam Ramadan.

9 Replies to “#709: SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK”

  1. Letak melongkangknmulutmuncung.com r .hehehe.

    Btllh,tetiba rsa mcm slap klik bl0g plak.lg2 alasan yg kaum hawa gne tu kan…mcm haku prnh gne tp thun ble ek?.muahaha.sethtan nye haku!.

    Sesamalah kte sling mmaafkn ye.mna yg sye wat br0 trkcik hti ke,mtk dilupaknlh.tu bkn slh sye.slh jejari runcing sye ni ha.000pppss…sye mmg dilnda sindr0m jejariruncing hri ni.

    Selamat menunaikan dan menempuh bulan Ramadan dgn tenang,sabar,tekun & ikhlas. Puasa itu wajib.Zakat fitrah jangan lupa ye… Tnaikanlh tngngjwb sbgai umat islam dgn sebaik2nya…

  2. camat berpose enche hazrey..jangan lupa garas longkang guna dettol..supaya tidak dijangkiti kuman aedes kehapa..nanti sakit, takley raya pulak!

  3. selamat berpuasa Hazrey.

    dan anda jangan pulak guna alasan tak sahur kalau tak nak puasa. kuikuikui

    ampun maaf dipinta dari silent reader anda yang malas nak login blogger oleh itu jarang mengomen. sekian

  4. Selamat Berpuasa …ala biasa org mulut longkang hati baeek tau. Sbb jenis tak ngompat belakang gitu..cakap terang terus direct jer..cuma tang sahur tu..gamaknya ada la org kena sahur air kosong jer subuh karang …kekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *