#706: JANGAN PERCAYA ORANG JUAL INSURANS DENGAN ORANG JUAL KERETA + MLM.

#706: JANGAN PERCAYA ORANG JUAL INSURANS DENGAN ORANG JUAL KERETA + MLM.

Ya tiga mahkluk yang tak boleh dipercayai kecuali kau dah kenal lama diaorang ni.
1. Agen insurans
2. Broker jual kereta
3. MLM – termasuk AC Mizal.
Haha. Kebetulan aku nak tulis AC Mizal sebab sampai hari ni, aku masih minat kat cara dia seret kaki masa nyanyi lagu Fiona. Selalu aku practise. Fionaaaaaaa… Hahahahahahahhahaah.

Hey Jo, pergi mana ni.. hahahahahahahah. Takleh tahan aku tengok budak yang jadik Fiona tu. Carilah hot sikit. Bawalah aku ke alam mu…  Kau tengok time code 1.54 dan belajar cara cara seret kaki tanpa menghauskan tapak kasut.

Ok sambung cerita. Aku ni memang suka melencong.

Itu hari kawan aku di Melaka, Amelia tulis di facebook, pasal kena tipu dengan agen insurans. Aku tak tahu sama ada aku nak gelakkan dia atau nak simpati. Aku nak gelak sebab agen insurans ni memang ramai yang nampak duit kita jek. Aku simpati sebab Amelia ni ada kedai nasi beriyani Haji Thamby sangat sedap di Padang Temu Melaka.  Haha. Sedap dowh. Pertama kali aku pergi sana, masa shooting Bersamamu, dijamu sampai nak pecah perut aku.

Setahun kau !!!! Amelia dapat tahu bila Customer Service company insurans tu call diaorang dan beritahu, polisi mereka anak beranak dah lapse setahun! Mahu tak seriau jantung! Eh jantung seriau eh?

Aku terus letakkan komen kat status FB Amelia ni. Masa aku tulis komen aku, perasaan meluap luap seperti air rebus telur. Blurp blurp blurp.

The wonderful family di Padang Temu Melaka. Percaya tak, aku kenal mereka dari blog longkang ni

Aku sempat telefon Amelia dan suaminya yang sangat baik – Nazli. (Ya, Amelia, kau pun baik. hahaha.. tapi mulut kekadang macam longkang macam aku. hahahahaha).

Bila aku berbual dengan mereka ni, aku rasa agen insurans tu sangat bernasib baik sebab mereka ni bukanlah jenis macam aku. Aku dah cadangkan pada mereka suruh pegi buat report polis, pastu hantarkan salinan pada Bank Negara.  Setakat yang aku tahu, Bank Negara sangat sangat efektif kalau kita complaint kat diaorang. Industri insurans adalah di bawah bidang kuasa Bank Negara. Aku pun siap siap call kekawan kat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, nak mintak tolong apa yang patut sebab ini kes tipu.

Tetapi, Amelia dan Nazli buat keputusan untuk tidak membuat laporan polis.

Yang bestnya, selepas Amelia dan suami dah tahu kelentong kelapa parut agen insurans tu, boleh pulak mamat tu datang kononnya nak kutip monthly payment untuk policy mereka anak beranak.

Amelia dan suami dapat tahu dua hari sebelum mamat tu datang ke kedai mereka di Padang Temu Melaka.

Dengan gaya memandu Mercedez, ya, mamat tu bawak Mercedez, dan penuh yakin, dia datang jumpa Amelia dan Nazli. Agak agak apa berlaku?
1. Kena ikat dan dilumur dengan minyak masak kemudian diletakkan kerengge.
2. Kena hempuk dengan periuk belanga
3. Kena baling dengan senduk
Kalau aku, aku pilih tiga tiga tu. Hahaha. Tapi Amelia dan Nazli orangnya sangat bersabar. Duduk, sound mamat tu slow slow. Boleh tak, mamat tu tak ngaku, dan masih nak kelentong kata kat Nazli yang duit mereka tu semua masuk satu tabung lain. Kepala hotak tabung kau. Hahahahah. Tak, mereka tak cakap macam tu. 
Tapi aku rasa macam nak marah Amelia dengan Nazli sebab tak ajak aku masa mamat tu datang. Kalau aku ada, mesti aku dah ketuk kepala mamat tu. Tulah kan, nasib baiklah kau mat.
Lastly, mamat tu selepas ditunjukkan segala dokumen yang polisi mereka dah lapse, barulah nak ngaku dan berjanji akan pulangkan duit mereka. Tapi entah, aku sendiri tak yakin yang mamat tu akan pulangkan. Kalau dia pulangkan, entah entah duit yang dia dapat tu dari penipuan dia pada orang lain pulak.
Ini ayat aku pada Amelia dan Nazli: “kita ni selalu pikir nak tolong orang Melayu, tapi selalunya orang Melayu lah selalu lupa diri, lupa langit dan bumi,” pedas kan.
Last sekali, memandangkan aku sendiri pernah mengalami pengalaman hampir sama dengan agen insurans Melayu dari Etiqa, aku sendiri dah cakap pada semua kekawan aku, jangan percaya pada agen insurans Melayu sebab mereka ni semua kaki kapur. Dan kalau kau agen insurans, jangan marah eh sebab itulah hakikatnya.
Sebelum diaorang dapat duit kita, bukan main elok jek mulut diaorang. Lebih manis dari cara kita mengayat perempuan. Lebih manis dari durian Segamat. Bila dah dapat, telefon pun tak berjawab.
Sejak 2001, aku masih lagi lekat pada ING Insurance. Dan agen aku bernama Andy Low. Bagus mamat ni. Dua tiga kali aku masuk hospital, dia dah macam girlfriend aku dok call tanya khabar aku. Kan best macam tu. Sekarang pun dah ada agensi sendiri. Aku anak beranak amik insurans dengan dia. 
Kalau kau nak, aku boleh rekomenkan. Janji tak kena kapur.

28 Replies to “#706: JANGAN PERCAYA ORANG JUAL INSURANS DENGAN ORANG JUAL KERETA + MLM.”

  1. Thats why I always remind my family member, kalau ada agent insurance Melayu nak jual insurance jangan beli. Not only the service sucks tapi juga sometimes dorang sendiri tak tau pasal products yang dorang jual. Alhamdulillah walaupun I ada 4 insurance, so far tak kena tipu and the service is very good. Maybe takut kot sebab tau I kerja mana..hehe

  2. hoh… saya memang menyampah sangat dgn org insurans ni… nak pulak yg pakai call-call suruh beli… tak suke… prefer pegi kat agen yg dah kenal / kawan rekemen kalau nak beli la…

  3. Hah, kwn rapat saya penah kena tipu dek kwan rapat gak tp bukan insurans lah..Unit trust. Rugi banyak tak banyak tp ribu riban gak..sejak hari tu mmg skeptikal sikit kat melayu2 yg buat insurans ka, unit trust ka..walaupun mgkin tak semua pengalaman org terdekat yg kena tipu suma by melayu!!. La ni saya pun ada ING insurance gak..Agen nya cina . dah beberapa tahun Alhamdulilah senang jer..bape kali anak2 masuk wad, nak claim pun senang…nak uruskan pasal masuk hspital pun senang…I rasa selesa dgn amoi tu..so i rasa nak go on jer dgn dia disamping insurans yg company bagi….nape lah kan?..tergamak aniaya bangsa sendiri seagama pulak tu..ni suma kes tamak la ni..gila wang.

  4. My mom baru bersara jam tu dan pergi mengerjakan haji. Time haji tu juga la market ada sikit down. This happened 7 years ago. Orang yang jaga shares dia telah mengeluarkan semua amount yang Mak dah simpan sepanjang hayat kat EPF tu. Katanya nak membantu dari terus rugi. Janji nak bayar. Satu sen pun tiada. Hilang terus. Orang kita juga. So cadangan saya adalah, jgn bagi hak mutlak kat agen. Minta maaf ya bagi agen2 yang tidak bermasalah tapi that was my mom's hard earned money. And it shouldn't happen to anyone else. Dah bersara pun terpaksa bekerja untuk saraan hidup setiap hari.

  5. agen prudential aku dulu nama cindy, aku punya policy dah tamat, dia boleh advance duit dia dulu 450, dia ckp nanti gaji ganti balik..

    wakakaakak, experience 1st aku dapat mcm tu

  6. agent insurans jgn caya, agent takaful xpe…ikut hukum syarak…halal…conventional xhalal…

    saya sefamily hidup dgn rezeki Allah melalui takaful, husb saya makin maju dlm industri ni, Alhamdulillah…

    kalo jd customer husb saya insyaAllah xkene tipu, hehehee…sempat lg promote…

    kalo dh pnh t'kena ngn agent insurans, mmg xkan percaya lg kt spesis manusia jenis ni, saya faham…& xb'kecil hati sbb insurans & takaful adalah 2 benda yg hampir same tp sbnrnye jauh b'beza(kalo root dia conventional pon xdigalakkan w/pon ade produk takaful)…tu pentingnye kite cari segala benda yg halal dlm dunia ni… 🙂

  7. ko punnnnnn, kot yerr nak buh aku kat sini, kasik lah adjust adjust sket laki aku tue, kasik slim shaddy ka….yang aku tue kasik lah buh flash sket biau puteh bersinar sinar mukakakakakakakakakakakakakakakaka

    apa apa pun, aku percaya, kalau nak jadik KAYA RAYA, mmg ALLAH uji kita dengan ujian macamanie, ko kene tipu dulu, dan kau yakin tak, duit itu milik Allah SWT, kalau kita redha dan percaya ini semua berlaku atas keizin-Nya, insya allah, Allah akan ganda kan lagik…mudah mudahan amin…

    ingat nie jerr, kita takkan papa kedana kene tipu, yang menipu takkan kaya raya…

  8. Melea
    Itu dah photoshop tu. Itu jek yang termampu. Hhahahaha. Tapi aku suka dengan komen kau.

    Insane Inkling
    sangat !! hantarlah sikit

    edamanali
    saya suka komen anda. Saya doakan urusan suami ketika mengerjakan umrah dipermudahkan.

    delancrett
    baru nak usha jual insurans kat kau

    zulfikar
    baiknya. apa kata kita kapur cindy pulak?

    linda
    yang kena tipu – sangka baik. Yang menipu – patut ditelanjangkan dan diikat dan disapu dengan minyak masak, jangan lupa kerengge.

    nadia
    nak nombor telefon bomoh santau tak?

    anna
    bila tang duit ni, mana ingat agama dah. mana ingat bangsa dah.

    eja
    betul.

    conversationalist
    haah kan, lupa nak tanya – boleh apply loan tak? nak beli bot salut emas.

    bungakopi
    lu tatak lasa bimbang, wa latang liper.

  9. I live in Melaka and I think I know who the insurance agent u are talking about cos rasanya dia tu ex my insurance agent juga. Bab bawak mercedes tu mmg sama. If it's the one and the same, mmg dgrnya dah ramai org jadi his victim.

  10. salah sendiri… kenapa bayar pada agen? patut bayar pada sykt insurance terus…tak penah dengan internet banking kah? …kalo byr kat agen..minta resit la..before proced next pymt.. mati mati minta resit payment yg bulan lepas punye..adoiyai… ni le melayu… salahkan orang je…..

  11. mochaxtreme,

    aah betul la…saya pakai maybank2u terus ke prudential..atau bayar sndri kat mana2 cawangannya atau kat bsn….so far ok dah bertahun dh…resit pun dpt tiap2 bulan…

  12. salam.. jgn sebab marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar.. jgn disebabkan seorang agent yang menipu..kita nak sapu bersih kata semua ejen insurance/takaful melayu ni kaki kapur.
    saya sokong pendapat yang mengatakan.. kenapa perlu bayar caruman bulanan kat agent.. bayar terus la kt company.. byk cara yg kita boleh buat. auto debit boleh, online banking boleh, potong bulan2 thru bito angkasa boleh.. g sendiri ke sykt insurance/takaful pun boleh. kenapa kita boleh bayar duit kete kita kat bank?? Napa plak kita tak leh nak byr caruman insurance kita sendiri..????

  13. yup..aku ada kisah mcm nie jugak, tp yg kapur agen Cina…dan yg kena kapur pun client Cina gak. Brp byk aku tak tau laaa. Kes-kes mcm nie tak kira bangsa beb..sapa2 yg mata duitan, akan terjadi perkara mcm nie.
    Sebaiknya, bayar guna auto debit atau online…lg selamat.

  14. Hehehe…Ramai btol xsuka agent insurance ek..mcm2 kata, sian saya..hehehe..Sy Agent Prudential BSN Takaful.. Satu nasihat sy sblm beli policy, anda kena faham dahulu apa yg agent tu offer…Biasanya kalo ambil di bank, diaorg takkan service coz diaorg telemarketer.. Kalo ambil dgn agent spt sy, make sure produk yg diberikan anda FAHAM!!!
    Ada yg ckp insurance/takaful tipu, mungkin yg tipu adalah agent yg songlap duit atau product diberikan tak complete..Biasanya org ckp aku da beli insurance tp xleh guna pn kt Hospital… Sbb tu tanya dgn org yg betol, syarikat yg betol..Jgn syarikat yg baru nak naik, tak establish..Mana ada Dana sgt nk cover kita..Agent Prudential Sejati takkan bg product yg tak complete..

    Pastikan Basic yg anda kena dpt ble beli Insurance/Takaful ialah
    1-Protection/Pampasan kematian, sakit kritikal & Accident hilang upaya kekal.
    2-Medical Card yg blh digunakan di hospital Panel
    3-Saving+dividen (Perkongsian keuntungan). Ada company tak bg benda ni, rugi wooo!!!!Bayar burn cmtu jek

    Kalo nak tau lanjut hubungi sy: Farid 013-7319773…
    Dtg opis tros pn boley kalo nk di Phileo Damansara. Kalau rasa tak jujur jgn contact. SALAM

  15. Salam.saya disini juz nak kongsi sedikit ilmu.. INSURAN? adalah merangkumi life + medical + savings…semua syarikat insuran ada kebaikan dan kekurangan masing2..tapi yang paling penting anda tahu tujuan utama anda amik insuran n memahami polisi yang diambil..semuanya bergantung kepada individu n kemampuan masing2…saya tidak menjual insuran semata2, saya hanya ingin berkongsi pengetahuan bersama anda..dapatkan agen yang menjual ilmu insuran kepada anda secara percuma dan tidak mengejar keuntungan semata-mata.IKHLAS DALAM MENCARI KEREDHAANNYA..(MUHD FAIZ-0174123816 PRUDENTIAL BSN TAKAFUL AGENT)

  16. Jgnla sebab nyila setitik habis susu sebelanga.. Takaful ni sekrg ni mmg sgt penting dalam khdupan skrg ni. kalo jatuh sakit adeke sedara mara dtg nak hulurkan duit..skdr dtg bagi kata sabar adala. cuma berhati2la bila nak ambil tu..biarla dgn org yg kenal ataupun tgk cara agent tu. jgn pakai ambil je tp tak tahu apa yg diambil.

  17. assakum.aq baru kena nie,2 tahun agent songlap.great eastern hantar surat baru tau,setahun 1800,dua tahun 3600,taktau nak wat apa la ni,amoi tu member gak,serba salah jadi

  18. agen takaful/insuran adalah unik, mereka menawarkan suatu produk yang anda amat gembira menikmatinya saat anda susah atau kematian….malangnya anda perlu bertanam disaat senang….bagi yang tertipu amat sedih..namun kenapa anda tertipu?????????????????? saya percfaya kebanyakan jawapannya ada pada anda…..jangan salahkan Melayu melainkan anda adalah Jakun…

  19. selalunya kalau insurance, boleh autodebit or boleh byr sendiri d kaunter.

    even kalau agent bayarkan, boleh mintak resit. tak kisah kalau agent tu kawan ke tak, advance duit die dulu ke tak. resit bukti dah bayar.

    so takkan timbul isu songlap.

  20. kekadang tak bleh nak salahkan ejen yg mmg dah sedia perompak tu..org yg kena lindung pun kenala peka…bukannya tak boleh mintak official receipt selepas pembayaran di buat kan ? mcm mane boleh kena tipu sampai setahun? pelik aku …inilah sikap org malaysia …lepas tangan 100% percaya..

  21. Saya baru jer alami pengalaman macam nie…
    sy masuk takaful xxx bulan 8/2014 dah bayar kat agent sampai payment bulan 12/2014…
    sy transfer kan duit kat account agent, sbb agent kata tak leh auto debit sebab dah hujung tahun…tapi bila sy mnta resit bukti bayaran agent sy kata nak pos, tapi tak bagi2.. dia kata dah ok..

    tapi pelik dah dua kali dapat surat dari syarikat takaful xxx tu suruh sy bayar tunggakan rm950 & rm450…terkejut sy sbb sy dah bayar kat agent..bila call customer service mcm hampeh.customer service tu kata sy cuma bayar sampai bulan 10 tu pun payment tu masuk pada bulan 12! sedangkan payment bulan 11&12 sy dah bayar pd bulan 11, bulan 10 sy bayar pd bulan 9…

    sekali pegi maybank sebab nk siasat,orang bank kata takde masaalah kat account sy utk auto debit..

    ni sy baru check statemnet bank melalui maybank2u(sblum ni sy takde maybnk2u), rupanya dah autodebit pun sebahagian payment sy tu tapi sy still transfer kan duit kat agent sbb agent kata takleh nk auto debit..

    silap sy jugak mudah percayakan org yg nampak baik,pakai tudung,agent sy tu bekas pekerja bank, satu bangsa satu agama, bff kepada kwn pulak tu..serik dah nk mudah percaya kat org lg dah..serik jugak nk masuk takaful XXX tu..sy masuk takaful ni utk kesenangan bila susah, tak sangka makin jadi mcm nie…:(

    seriously dlm masa 4 bln nie dah seribu lebih duit hangus gtu jer.mmg takkan halalkan dunia akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *