ENTRY #702: CAKAP BOLA.

ENTRY #702: CAKAP BOLA.

Dulu, tahun 90-an, aku antara yang WAJIB buat liputan untuk perlawanan bolasepak di selatan tanahair bagi Piala Malaysia.
Zaman coach Wan Jamak Wan Hassan itu penuh dengan kontroversi, termasuk kes rasuah di kalangan pemain. Tapi waktu itu, stadium Larkin yang menjadi home ground untuk pasukan Johor sentiasa penuh dengan penyokong, dan ada juga Kelab Penyokong yang kini aku dah tak tahu sama ada masih wujud ataupun tidak.
Selepas kes rasuah itu, tarikan bolasepak mula merudum. 
Tetapi, apa yang aku boleh katakan, Piala Malaysia juga membawa aku ke serata Malaysia mengikuti team Johor ketika itu, ketika aku bertugas dengan sebuah radio swasta bagi menyampaikan keputusan terkini secara live.
Apabila demam bolasepak tempatan semakin merudum, aku juga sudah meninggalkan bidang kewartawanan dan berhijrah ke industri berlainan maka secara tak langsung, aku pun kurang mengikuti perkembangan dunia bolasepak tempatan. Aku dah tak kenal siapa pemain, malah kalau terserempak kat tepi jalan pun aku tak kenal.
Sebelum bertugas di radio, aku bertanggungjawab terhadap pejabat biro sebuah akhbar harian tempatan dan aku sangat suka menulis mengenai sukan terutama bolasepak dan kerap juga aku membongkar pelbagai isu mengenainya. 
Aku kira, ramai juga terkilan apabila sukan bolasepak kita merudum. Kita dapat lihat betapa stadium semakin kosong. Tiada lagi sorakan, tiada lagi jeritan termasuk pengadil kayu! Hahaha. 
Pernah, satu perlawanan antara Johor dan Kelantan, trek balapan Stadium Larkin terpaksa dibuka bagi membolehkan penyokong Kelantan dan Johor yang terlalu ramai turut sama sama menyaksikan perlawanan itu. 
Lama jugak kita hilang akan sifat fanatik kita terhadap sukan bolasepak kita. Aku sendiri akui, aku sudah jarang menyelak halaman belakang akhbar bagi mengikuti perkembangan bolasepak tempatan. Malas sebab tak ada apa yang best pasal bolasepak kita ni. 
Tetapi, semua itu kini sudah dipulihkan sejak kemenangan kita pada Piala Suzuki AFF di mana kita berjaya membungkuskan pasukan Indonesia dengan daun pisang beralas suratkhabar lama. 
Sejak itu, tercetus satu fenomena baru melanda Malaysia. Sejak itu, bolasepak Malaysia menjadi tumpuan ramai, bahkan wujud satu grup baru yang tak pernah ambil tahu mengenai bolasepak mula memberi sedikit perhatian kepada perlawanan bolasepak melibatkan Team Malaysia.
Ini satu perkembangan positif selepas sekian lama kita mengidam akan sebuah pasukan yang baik dan mampu membuatkan hati kita berbongkah dengan kebanggaan biarpun dengan satu jaringan!
Sebelum itu, tanyalah sesiapa, mahukah kita menyarung jersi Team Malaysia, untuk digayakan ketika berjalan? Lebih baik kita pakai jersi Manchester United atau Liverfool atau pasukan standard Soccer Kid – Chelsea.
Hari ini, TM pun dah nampak nilai komersil dan promosikan jersi Team Malaysia. Dan aku sangat suka TVC (TV Commercial)nya yang memberi maksud tersendiri – jika tanpa sokongan kita, siapa lagi nak sokong? 
Aku sangat suka dengan perkembangan team kita. Malah, sejak kebelakangan ni, aku sendiri tak pernah terlepas untuk membaca ruang sukan yang sebelum ini diabaikan. Baru berbaloi duit bayar pada nyonya hantar paper tiap tiap pagi. 
Dan aku juga suka, apabila ada jeritan dan sorakan dari penonton di stadium yang berjersi Liverfool tempohari, sebaik team kita menjaringkan gol mahupun ketika melakukan cubaan berbahaya di depan gawang lawan. 
Kita sendiri tak sedar, kita ada semangat patriotik, cuma, pada hari itu pasukan yang diminati menjadi keutamaan. Minat dan semangat patriotisme sangat berbeza. Minat boleh berubah. Tidak dengan semangat patriotisme kita. Kita tetap Malaysia.
Dan aku harap, Team Malaysia akan terus mengorak langkah terutama dalam menghadapi pasukan Singa di seberang Tambak, malam Sabtu ini. Aku bukan sahaja berdoa, malah berharap Malaysia tidak mengharapkan ‘miracle’ semata-mata tetapi mengutamakan taktikal dan mencari ruang kelemahan pasukan lawan.
Aku dah cuba untuk mendapatkan tiket perlawanan di Singapura namun disebabkan terikat dengan tugasan, aku terpaksa mencari alternatif dan aku harap ada siaran langsung dari stesen televisyen republik itu. 
Apapun, aku harap sokongan kita pada Team Malaysia tidak berbelah bahagi dan aku sendiri yakin, jika rentak dan strategi permainan, bukan sahaja ditingkatkan malah diperbaiki setiap masa, Malaysia mampu mengorak langkah lebih jauh, dan menjadi kuasa baru dalam sukan bolasepak Asia.
Itu tak mustahil. Kita jangan mengharap semata mata. Kita juga perlu berada bersama pemain yang bertungkus lumus sepanjang 90 minit permainan, tak kira ketika menang mahupun tumpas di tangan lawan.
Kita perlu terus menyokong. Itulah semangat yang mereka perlukan. Kita tak perlu tinggalkan satu fobia kepada pemain generasi baru, apabila menang dijulang, apabila kalah, dicemuh begitu hina sekali. Kita perlu sentiasa menyokong.
Lelama esok, tiada siapa nak main bola. Korang tak boleh harapkan aku sebab saiz perut aku lebih besar dari saiz bola. Takut tersalah tendang. Hahaha.
Kepada Team Malaysia, selamat membungkuskan pasukan Singapura!! 
Dan aku, aku akan sentiasa menjerit (seperti biasa) bila perlawanan libatkan team KITA. Go Malaysia!
Oh, kepada rakan rakan, jangan berjudi ya, betting siapa menang. Judi itu haram. Tapi kalau menang, hulurlah sikit.
Jangkaan aku, Malaysia 3, Singapura dibungkuskan dengan SATU gol sahaja. (Msia 3 – Sin 1).

6 Replies to “ENTRY #702: CAKAP BOLA.”

  1. Salam….

    saya penyokong pasukan sarawak… dari saya form 2 saya dah mula minat football..
    memang betul gak.. masa pasukan sarawak tgh dlm kegawatan… memang takde langsung menjenguk ke stadium.. baca berita pun takde… now.. Alhamdullilah.. Rasa refresh…

    BTW… Liverfool??? Tak baek tau… Terluka hati ite… nieh yang ite rasa nak muno wiwi awak…. hahahha

    Gloli gloli man…. watever….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *