ENTRY #701 : AKU ADA PROJEK 10 JUTA NAK CARI INVESTOR.

ENTRY #701 : AKU ADA PROJEK 10 JUTA NAK CARI INVESTOR.

Sebelum kita semua menambah dosa mengumpat untuk cerita aku kali ni, apa kata kita baca cerita lama kat blog ni.
Ia cerita pasal beli burger dan duit RM10,000. Ya, sepuluh riban der. Jangan tanya aku, aku pun tak tahu siapalah memandai tukar ribu jadik riban. 
Klik pada tajuk entry tu: RILEKSLAH, AKU BARU DAPAT BONUS RM10K.
Dah baca? Best tak? Best kan. Apapun, remote kat rumah jangan lupa tukar bateri ok. Berapa sen jek bateri tu kan. 
Hari ni, aku masuk opis untuk siapkan kerja kerja admin yang dah lama tak buat, termasuk menghantar segala tok nenek claim yang dah due. Ya, sebagai pemandu lori pasir, banyak tuntutan perlu dibuat tanpa perlu pakai baju kuning. Sungguh.
Penat mengadap komputer, aku dan gang sorang, turun pi mamak kat bawah opis yang setiap kali aku pergi minum kat situ, aku akan pastikan aku akan tenung kuku mereka. Dan setiap kali tulah aku akan hanya minum Coca Cola dan tak perlu ais. 
Lazimnya, aku duduk di luar. Duduk kat dalam restoran mamak, segala perfume akan digantikan dengan bau mamak yang hamis. Kalau duduk 109 orang dalam tu, 109 orang akan keluar dengan bau yang sepesen. 
“Korang beli perfume pakai pukal ke?” Cuba tanya soalan tu lepas keluar dari mamak.
Balik cerita kat mamak. Aku ni memang suka melencong, macam jalanraya kat Malaysia ni. Suka buat lencongan. Naik senget punggung asyik nak pulas stereng. Ya, aku memang ekspresif sikit kalau waktu membelok.
Dalam restoran itu terdapat tiga lelaki separuh usia sedang berborak. Kuatnya suara mereka mengalahkan Mohamad Sabu sedang berkempen. Percayalah, orang yang suka menjerit ni kononnya untuk membuatkan semangat membara biasanya ramai pengikut, tapi seperti tong kosong. Gelegangggggggg.. 
“Aku dapat offer, projek tu RM10 juta. Ni tengah cari investor ni,” kata lelaki A yang berpakaian kemas.
Yang lagi dua orang tak berkedip mata dengar. Mulut sedikit ternganga.
“Konpem ke kau boleh dapat, aku boleh carikan investor,” kata lelaki B.
“Eh mestilah, aku memang ngam dengan company yang dapat tu,” semakin kuat suara lelaki A di depan segelas air, kalau tak silap teh tarik yang dah separuh. 
Lelaki C hanya diam sahaja. Mungkin dia sedang mengatur strategi untuk mencari pelabur.
Aku sedikit bangga dengan mereka. Bukan calang calang orang boleh berbual tentang projek bermiliyon liyon ni. 
Aku malas nak dengar habis apa yang mereka bualkan. Projek apa pun aku tak tahu. 
Tak lama lepas tu, mereka bertiga memanggil mamak untuk membayar. 
Lelaki C yang bayar.
Mereka beriring berjalan keluar dari restoran mamak.
Aku sempat menjeling senyum pada mereka tapi tak dibalas. Mungkin mereka tak perasan.
Anak mata aku mengekori tiga lelaki itu ke kereta masing-masing.
Seorang naik Proton Saga lama, seorang naik Kelisa dan seorang menuju ke perhentian bas.
Mudah mudahan rezeki mereka bertambah nanti.
Aminnnnnn…

11 Replies to “ENTRY #701 : AKU ADA PROJEK 10 JUTA NAK CARI INVESTOR.”

  1. Adehhhhhhhhhhhhhhhhhh… bukannya cerita baru.. bersepah2 orang macam ni.. dah penah jumpa jugak beberapa orang yang macam ni.

    Apa-apa pun aku doakan aje la dorang ni dapat apa yang diimpikan.

  2. RM10 juta jer?

    cuba naik lif kat KLCC waktu lunch…

    berbiliyon biliyooonn diorang berbual der.

    kejap lagi pukul 5 rupa rupanya balik kerja naik LRT mcm aku jugak.

  3. That's how different Malay businessman compared to Chinese businessman. Kalau tauke Cina, seboleh-boleh dia taknak tunjuk dia kaya. I remember once ada seorang Chinese Uncle datang my organisation. Dia pakai tshirt pagoda, seluar slack lusuh and selipar jepun sampai polis bantuan tak benarkan masuk. Luckily he had made an appoinment with our officer. Rupanya uncle ni nak mintak pelepasan bawak duit pegi oversea. Masa dia tunjuk cheque dia, 1 department rasa nak pitam..dia nak bawak RM2 juta keluar Malaysia.

    Moral of the story: Bergaya tak semestinya kaya..Cakap tak payah guna duit sebab air liur tu free.

  4. cina tak nak menunjuk2 kaya sbb takut jadik target perompak. kalau gi bank, pakai baju buruk, bwk beg koyak, keluarkan kain buruk atas kaunter bank. naik geli orang bank nak berurusan dengan cina yg mcm ni. tapi, bila dia keluarkan duit dari balutan kain buruk tu, pergh… kira duit main bundle2 tau. orang melayu lak, baru ada duit sikit, riak & takbur manjang. sebab tu la ada peribahasa melayu 'biar papa asal bergaya'…

  5. ni macam MLM jugak…
    projek macam ni pernah digembur2 ex-opis mate..skrg dia dah cabut….ramai la yg nganga kalau dah ratus ribu lebur…
    melayu mudah lupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *