ENTRY #685: PEMBIKINAN FILEM X-MEN, PIRATES OF THE CARIBBEAN DI JOHOR !

ENTRY #685: PEMBIKINAN FILEM X-MEN, PIRATES OF THE CARIBBEAN DI JOHOR !

Ya, tidak mustahil.
Projek Iskandar Malaysia di Johor bakal memiliki sebuah studio paling canggih di rantau ini melalui usahasama Khazanah Nasional Berhad dan Pinewood Shepperton, pemilik studio di United Kingdom yang pernah dijadikan lokasi untuk filem box office.
Antara filem box-office yang pernah menggunakan kemudahan di studio itu ialah Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides; X-Men: First Class; Harry Potter; Lara Croft; James Bond; Batman dan Superman.

Hasil usahasama antara Khazanah Nasional Berhad dan Pinewood Shepperton, ia mewujudkan sebuah entiti baru Pinewood Iskandar Malaysia Studios.
Sebentar tadi aku sempat berborak bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Michael Lake dan beliau sendiri teruja dengan pengwujudan studio tercanggih di rantau Asia itu.
Ia akan melibatkan lima studio filem yang boleh menempatkan pelbagai kemudahan terkini dan seorang pakar dalam bidang teknologi penyediaan studio televisyen, Graham Stevens turut dilantik bagi menyediakan prasarana studio televisyen di studio berkenaan.
Stevens pernah menjadi konsultan kepada syarikat televisyen berbayar Astro.

Ditanya adakah ini bermakna Malaysia akan memiliki sebuah lagi stesen televisyen, ini jawapan Lake:
“Tidak, kami tidak akan menjadi sebuah stesen televisyen sebaliknya menyediakan kemudahan untuk digunakan penerbit tempatan. Ia akan turut menempatkan kemudahan High Definition (HD) sebagaimana yang terdapat di studio kami di United Kingdom,” katanya.
Menurut Lake, kewujudan studio di Iskandar Malaysia itu akan menjadi tarikan kepada produksi seluruh rantau ini untuk menggunakan fasiliti yang terdapat di situ apatah lagi, kemudahan geografi selain faktor kos yang rendah memberi kelebihan kepada Johor.
Malah, beliau sudahpun bertemu dengan pelbagai syarikat penerbitan filem seluruh dunia bagi memasarkan kemudahan di Iskandar Malaysia itu.
Lake, bukanlah nama baru dalam industri melalui pengalaman lebih 40 tahun termasuk menjawat pelbagai jawatan kanan di Warner Roadshow Studios, Village Roadshow Pictures dan WWE Films Inc.
Antara filem yang melibatkan Lake ialah The Matrix Trilogy, Ocean’s 11 dan 12, Miss Congeniality, Three Kings dan The Chocolate Factory.
Beliau juga bertanggungjawab menerbitkan filem 12 Rounds pada 2009.
Ditanya apakah faktor yang boleh memikat produksi antarabangsa seperti Warner, Sony Paramount dan Fox Films untuk menggunakan kemudahan di Iskandar Malaysia, ini reaksi beliau:
“(Here, it is) very favourable exchange rate, labour cost is favourable, cost coming here is very favourable too,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan studio terbabit akan menyediakan pakej berbeza bagi produksi tempatan dalam menggalakkan penggunaan teknologi terkini yang ada di studio berkenaan.
Kemudahan itu bakal membuka 8,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Beliau juga ada bertemu dengan beberapa penerbit tempatan termasuk Norman KRU baru-baru ini dalam membincangkan kemungkinan penggunaan fasiliti di studio di Iskandar Malaysia itu.
Mungkin, tak mustahil, Cicakman akan dibikin dengan lebih baik malah filem Merong Mahawangsa yang sudah mencapai satu taraf antarabangsa dapat dipertingkatkan lagi.
Apapun, diharap pengwujudan studio ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya penerbit filem tempatan termasuk menggunakan efeks lebih baik dan audio mixing yang lebih tepat supaya dialog selari dengan pergerakan mulut. Kalau tidak, macam tengok kartun yang diterjemahkan.

Selepas aku tweet, ada rakan yang bertanya peluang pekerjaan di sana, dan apapun, yang penting, aku dah siap siap promosikan diri aku dulu, kot kot nak cari orang tukang buat air untuk sequel filem X-Men nanti.

Pix Removed by Administrator.

8 Replies to “ENTRY #685: PEMBIKINAN FILEM X-MEN, PIRATES OF THE CARIBBEAN DI JOHOR !”

  1. Abanggggg…. kalu dapat keja tukang buat air, jangan lupa rekmen makcik utk jadi tukang angkat air tuh eh? pleaseeeee… > satu perkataan English yang aku tahu. Jadi lah, kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *