ENTRY #684: BLOG AKU.

ENTRY #684: BLOG AKU.

Lama aku tak update. Kepada semua peminat peminat setia, saya memohon maaf kerana sudah lama tidak muncul di layar perak dan di kaca tv anda. Saya terkena penyakit misteri. Wah, bajet retis aku ni.
Tapi artis best. Kalau lama tak muncul, jawapan paling selamat ialah, penyakit misteri. Padahal dah tak laku lagi. Pastu, dengan muka lima belas sen, buatlah sidang akhbar kata saya dianiaya. Boleh masuk blog beautifulnara dengan ohbulan. Jangan lupa nangis sikit. Bawak bawang dalam poket.
Aku banyak kerja for the past 5-6 days. Ya, aku ada kerja rupanya. Ingatkan menanguk kat depan pc ehh, sori, imac ni 24 jam. Kenapa ayat tu macam bongkak sikit? Alah blog aku kan, aku punya pasal lah. 
Bercakap pasal blog ni, aku nak beritau, aku dah setkan kat blog ni, kalau entry lelama tu, takyahlah susah payah nak meroyan, nak cover line pakai nama orang lain pastu tinggalkan komen sebab memang masuk trash jek. 
Ada berpuluh komen aku tick tadi dan terus masuk sampah. Ya, aku memang sampai hati. Aku juga memang kejam. Keji pun ya. Zalim toksah cerita lah. Takyah nak merungut. Kalau tak puashati, bukak blog sendiri pastu komen sendiri. Mesti nikmat. Lebih nikmat dari makan durian.
Dah komen, jangan lupa tekan butang Like. Dan jerit, yay!! Kuat kuat tau. Aku selalu buat camtu. Yang komen bebanyak kat blog ni semua aku sebenarnya. Aku ada beratus account gmail aku create sendiri demi nak tinggalkan komen kat blog aku sendiri.
Untuk hits counter pulak, setiap jam, aku akan click refresh button untuk naikkan hits tu. Aku nak celen blog Justin Bieber. Justin Bieber ada blog eh? Aku juga sedang bela rambut aku untuk jadik macam Justin Bieber. Aku tau, ia akan jadi satu dosa besor bela rambut macam tu, tapi yakinlah, ia satu strategi biarpun pada usia aku ni, keberangkalian untuk rambut tumbuh sangat tipis. 
Usaha itu tangga kejayaan. Aku akan cari cara. Sapukan inai pun orang kata boleh. Nanti merah pulak. Takpe, kalau orang tanya kenapa rambut merah, aku kata jek, “shaye oreng putheh,” sambil kelip kelip mata. Nak tambah dramatik, kalau nampak mat salleh lalu, cepat cepat lari sembunyi tapi sebelum lari, keluarkan ayat macam ni:
“Bro, aku kena sembunyi ni, sepupu aku tu, aku ni dah lama tak balik kampung. Kalau dia tanya kau, pasal aku, kau buat buat tak kenal tau. Cakap jek kau tak paham apa dia cakap. Tolong bro,” cakap sungguh sungguh sambil buat muka gabra sikit.
Oh, aku kena pastikan mat salleh yang dirujuk tu, handsome sebab nak sesuaikan dengan aku. Hahahahahah.. aku tau, kau macam nak kesip asam keping kan. 
Aku seronok selama empat hari bersama rakan rakan TV3 dari Sri Pentas. Banyak yang aku rasa nak kongsi kat sini pada perjalanan sejauh 800 kilometer selama empat hari, tapi nantilah sebab pinggang lenguh lagi. Apa kena mengena dengan nak update blog? Takde, tapi aku nak tengok tv. Dah lama tak tengok tv. Aku hantu sikit pasal tv. 
Kalau yang belum tau aku ada twitter, ya aku ada twitter. My tweet is @Hazrey. Aku biasanya tweet status trafik seluruh negara di jalan jalan persekutuan. Selain itu, aku juga tweet mengenai cuaca hari ini. Kekadang, aku tweet resipi. Kalau ada mood sikit, aku tweet cara nak godam web gomen. Ok tak, aku tak pandai godam. 
Follower tweet aku tak ramai. 99 peratus follower aku adalah aku sendiri. Ya, tweet jugak aku guna account aku sendiri. Yang 1 peratus tu adalah identiti sebenar aku dan Tasha Shilla. Korang jangan jeles ok. Cemburu itu kadangkala bagus, tapi tak boleh selalu.
Ya, aku kena bagi peluang pada diri aku sendiri, apatah lagi aku kecewa sejak ada gadis kata dia tiada dara lagi. 
Aku malas nak tulis panjang panjang, nanti orang komplen. Korang memang kuat komplen kan. Cuba sehari kau tak komplen boleh tak? Cuba tarik napas pepanjang kalau tengok aku tulis panjang lebar dan hembuskan bila dah sampai hujung entry? Mau kojol kau nanti. Toksah, nanti kurang follower. Ya, aku dambakan followers.
Oh, ada juga orang tanya kat tweeter, aku kerja apa. Takpe, aku akan beritau. Aku bekerja sebagai pemandu lori 20 tan. Kekadang tu, bos suruh aku bawak lori satu tan. Aku tadi tulis se-tan tanpa “dash”, tapi karang korang yang mulut macam longkang tu kata aku bawak “lori setan”. Salah. Bawak lori macam setan.
Ok cukup? Cukuplah. Janji update. 
Esok aku akan CUBA update cerita pasal Bandung, Indonesia dan perjalanan 800km. Terbaekkk. Tak janji tau, sebab ni boss dah suruh nak bawak lori gi Hatyai. Sawadikappp kapunkap makan siakap tiga rasa. Ermm sedap gak tu.

15 Replies to “ENTRY #684: BLOG AKU.”

  1. Sejak aku kenal laman web yang diasaskan oleh 32727 (DAPAT) yang memaparkan foto mms dari pendengar radio, aku dah tahu politik orang create banyak nama samaran ni. Dan tak terkejut pun kalu orang guna taktik tu pula kat blog.

    Apa kelas nyamar nyamar wey? Pengecut ka?

  2. Tak kosser buat suma2 tu semata2 nak tambah follower..ciss. Hahaha..entry dgn ayat2 maut..dasat..sapa lagi x kenal Hazrey -tokeh cendol dari Johor tu sahih tak pernah tgk 999 kan??? kakaka

  3. Bro,
    TQ ye sbb bagi petua utk prbnykkan traffik,komen & follower kat blog.Rupanya 1 acc Google x ckup ek.Hahahaha.I Likeeeeeeee

    p/s :- N3 x berapa nak panjang x pe Bro asalkan padat,bernas & penuh informasi pastu ade ayat gelak² cket.Mcm yg selalu Bro buat nilah….Jgn lupa N3 800km tu Bro.

  4. oh..gi jalan2 ke Bandung yek…baru le tau..
    padanlah lama menyepi..

    *kita dah tekan butang like..tapi taknak sebut yay…nak ikut tijah..sebut wiiiiiiiiii..!! hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *