ENTRY #683: BAGAIMANA NAK BUATKAN BOS SUKA KAT KITA.

ENTRY #683: BAGAIMANA NAK BUATKAN BOS SUKA KAT KITA.

Ya, bukan senang nak kasi boss suka kat kita.
Macam macam cara orang buat. Aku setuju. Kalau secara halalnya tanpa sebarang DNA swine, kita kerja sungguh sungguh sampai muka berminyak dan dikikis boleh cukup sebotol minyak masak cap Pisau atau cap Buruh. 
(kenapa cap Buruh? Kenapa tak cap tokeh? tokeh juga perlukan ikon).
Dan ada juga yang menggunakan cara yang agak konservatif iaitu mengampu bos walaupun hakikatnya kita tak pandai buat kerja. 
Golongan ini, biasanya akan bercakap mengalahkan Neil Amstrong atau mengalahkan mat rempit yang dah terjun kat Kutub Utara. Aku lupa nak tanya, dulu masa terjun kat North Pole tu, tak jumpa ke kampung Santa Claus? 
Apapun, setakat kiasan untuk golongan mengampu ni banyak sangat. Ada dipanggil tukang kipas dan jika mereka berjaya melepasi tahap pertama ala ala main Angry Bird, mereka bolehlah dinaikkan kasta kepada tukang aircon, kerana sesungguhnya, aircon itu dingin. Sampai tulang der !
Tukang jilat juga digunakan bagi menghuraikan secara ringkas dan pantas terhadap golongan seperti itu. Metafora jilat itu sangat meluas tetapi aku tak mau huraikan di sini kerana ia perlu menggunakan perkataan berkaitan organ yang sentiasa ditutup kecuali kita google dan masih boleh dimuat turun sebelum gomen sekat.
Ya, hobi terbaru gomen ialah menyekat internet walaupun, aku pelik, rupanya ada manusia kerja kat SKMM tu, walhal sebelum ni, ada beberapa kali aku email kat depa, tak pernah pun aku dapat reply walaupun auto reply dari depa. Pelik gak kan, siapalah kerja kat SKMM tu. 
Adakah aku juga perlu mengampu untuk mendapatkan reply? Menghantar emel kepada SKMM samalah seperti menghantar emel kepada syarikat komputer terkemuka dunia (yes, DUNIA), Dell, yang tak pernah menjawab email walaupun di web mereka ada diletakkan alamat email yang boleh ‘DIHUBUNGI’.
Aku pun rasa macam loya tekak nak makan daging rusa time mengandung (apakahhhh?), bila SKMM bising bising pasal web kena godam. 
Pada aku, sebenarnya banyak laman web milik gomen yang tak update, yang tak cukup informasi, yang mengelirukan, yang bila diklik, ada yang katanya web not found. Itu agak agak kena godam jugak ke sebelum ni? Ya, kena godam dengan jabatan itu sendiri sebab mereka tak pernah update atau buat web macam suka suka, geli geli, riang riang gitu.
Lari tajuk pulak aku, apapun, kalau yang kaki mengampu, aku cadangkan, pakailah kipas besor sikit untuk memastikan ampu anda berkesan. Kipas aku dah jumpa. Aku nak pakai dulu. Sekian.

14 Replies to “ENTRY #683: BAGAIMANA NAK BUATKAN BOS SUKA KAT KITA.”

  1. website diorang pun berat dowh. tak userfrenli satu hal. masuk website jamu mak dara lagi ringan. laju jer klik2. harap2 ada improvement la lepas nih…

  2. Klau stakat msuk web g0men(xlh smua) pastu l0ading pnyelah lma mmg dh slalu dh.dia pnye pikap ngalahkn l0ri hantu.Bila kna hack,kec0h ya amat.xtaulh kec0h sbb web kna hack atau kec0h sbb tetiba keje jd bnyak.huhu

    Tu kalau kipas gna tngan tu,maunya trkucil engsel ketiak :p.Alah br0,pi pasang ek0n.jgn ltak 1 HP tp ltaklah 3 ke,4 ke HP.Ek0n pstikn suhu pling kcik.Kasi b0s tu sejuk smpai trkucil stngah jam skali…

  3. Woiiiiiiii ko mengata aku?

    ahaaa aku memang suka kipas, sebab aku ni kuat berpeluh. Bila gelak jer berpeluh.

    Lepas ko pakai kipas tuh, jangan lupa pulangkan balik kat aku.

  4. yang peliknye knp gorg ban filesharing nye website pedehal dah berkurun org srh ban porn nye website x de pown dorg ban…

    memule dorg ban file sharing..
    pastu dorg ban youtube, sbb still boleh download dr youtube…
    next diorg ban facebook n twitter sbb boleh main share2 gambar n links…
    seterusny ban handphone sbb blh main share lagu ikot bluetooth…
    dan tv sbb boleh share drama yg rekod pakai rekoder….
    dan surat khabar sbb blh share information…
    last2 jadi lah kite rakyat yg umpama katak bawah tempurung…

    Kalau nak sekat semua mmg x boleh lah bro…

    btw, cantik kipas. nak pinjam boleh?

  5. Kipas tu macam terlekat aje kat base simen tu… larat ke angkat, der?

    P/S: Beli kipas mini yang untuk baby tu RM15.90, lepas tu klip aje kat tepi skrin laptop.. nyaman sentiasa! Tak perlu nak kipas orang atau dikipaskan orang…

  6. bese la..bile dh jadi macam2 baru la riuh sane cni..slame ne dierg nye website yg cm xde function ape kes..hurmmmm

    ::ari2 nmpk bangunana SKMM, otw nk g keje tepi hghwy ptrajaya..tringin gk nk msk ctu tgk dierg wt pe.hehe::

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *