ENTRY #681: MUSIC ON BLOG DAN SAMAN TOKEH FILIM.

ENTRY #681: MUSIC ON BLOG DAN SAMAN TOKEH FILIM.

Saya mintak ampun dan maaf versi Hari Raya, saya sangat menyampah lagu di blog. 
Untuk orang yang dah lanjut usia macam aku, bila tetiba lagu full blast, lagu jiwang atau lagu ntah apa apa termasuk lagu Justin Gay Bieber, macam nak gugur jantung aku.
Kalau boleh adjust, adjust lah volume tu takyah kuat kuat. Aku mana tahu kau ada lagu kat blog. 
Kau mesti gembira kan ada lagu kat blog. Suka tak? Suka eh? Comel kau ni.
Mesti ada rahsia kau letak lagu kat blog kan. Apalah agaknya rahsia tu kan. Boleh kau kongsi? Tak boleh? Kalau boleh, nanti boleh buat skrip filem macam KL Gangster. Tup tup Pekida nak saman.
Lepas ni, penulis skrip/ producer kena hati hati sebab kalau silap salam, kalau silap tulis perkataan dalam skrip, benda tu semua adalah password pertubuhan atau persatuan. 
Umno ada password tak?
Pas ada password tak?
Keadilan ada password tak?
Kenapa sebuah pertubuhan kena ada password? Macam nak masuk internet pulak ada password. 
Kod rahsia? Macam nak masuk treasure hunt pulak. Kalau dapat kod rahsia tu, standard naik jadik super member ke? Ada benefit ke seperti duit pencen? Dapat diskaun kat McDonalds ke? Kalau beli Apple Pie, dapat free satu lagi ke?
Mencemarkan imej bangsa Melayu? 
Kejap. Let us rewind. 
11 Ogos 2011, aku menulis bertanya satu soalan cepu emas.
Adakah Pemutihan Pekida Sudah Dilaksanakan? Baca di sini.
Antara petikan dari blog aku itu ialah:
“Teringat kenyataan Pemangku Presiden Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islam Malaysia, Pekida, Jamaludin Yusof dalam sidang media di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.

“Kalau nak jadi ahli kena memasang niat ataupun mempunyai iktikad, dia mesti berpegang teguh kepada konsep perjuangan berpandukan Al Quran dan hadis dan kita punya cogan kata, amal makruf nahi mungkar”

You see, does a pertubuhan yang “berpegang teguh” kepada konsep perjuangan berpandukan Al-Quran memerlukan kod rahsia? 
Kenapa KL Gangster menggunakan gambaran ‘kod rahsia’ yang sama sehingga mencuit pertubuhan itu untuk menyaman penerbit filem itu?
Aku tak tengok lagi filem itu, tetapi apabila pertubuhan itu bercadang untuk saman penerbit filem itu, aku rasa macam pelik.
Ok, sebelum itu, apa maksud nama Pekida? Nama penuh pertubuhan ini adalah: PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA.
Maka, pada pendapat aku lah, kenapa pertubuhan yang mendakwa menjaga kebajikan dakwah berteraskan agama perlu ada kod rahsia?
Adakah ia untuk penganut agama Islam terpilih sahaja yang boleh menyertai pertubuhan ini, lantas apabila menyertainya, satu kod rahsia akan diberikan sebagai tanda dia seorang ahli? Bagaimana pemilihan dilakukan dan apakah kriteria yang diperlukan untuk mendapat kod rahsia ini? Adakah ia menggunakan kod warna seperti kuning, merah dan jingga?
Untuk apa kod kod itu semua?
Bak kata orang tua tua, sebelum kita marah anak orang lain, kita jaga perangai anak kita dulu. Kita ‘putihkan’ anak kita dulu sebelum kita ‘putihkan’ anak orang lain.

19 Replies to “ENTRY #681: MUSIC ON BLOG DAN SAMAN TOKEH FILIM.”

  1. Music kat blog tu mmg setuju sesangat.kena plak tgh loading blog,boss masuk.Sekali keluar lagu Lady Gaga lah plak dgn volume mcm petir.mmg kompom ade can nak kena memo.

    Tadi pagi baca kat Abg Nara punye site pun dah berdekah ketawa.Pastu Bro Hazrey plak kuar hal yg sama.Bukan ape,rahsia ke namanya kalau orang boleh guna sewenang2nya.Dah digazetkan ke ayat tu ke,perkataan ni ke sbagai kod rahsia PEKIDA sampai orang lain takleh guna.Adoila…ai pun tertanya,yg mna 1 kod rahsia dia kat filem KONGSI?. Nama Tumulak tu ke?.kehkehkeh. PEKIDA tu kalau ikut yg dulu2 mmg bgus tapi skrg ni….ntahlah.Ramai yg salah-guna.Boring bila ade kwn2 tu sket2 ckp dgn berlagaknya "aku ni budak Pekida.kau jgn main2".Macam heran…Piiigidah…..

  2. Pasal lagu kat blog tu..i suker sgt..setuju bebenor..sbb tu blog i takde lagu2 gitu..kekeke..pg tadi bacak kat Nara pasal saman2 menyaman nih…apadaa..sikit2 saman..mcm dah jadik trend lah pulak..I suker statment datuk Yusof Haslam tu..betul pe..cerita rekaan yg tidak ada kena mengena dgn yg hidup atau pun mati..kalau ada pun kebetulan…so??..tak paham lagi maksud ayat nih?..lau tak paham gak..tak dapek nak nolong…kan?

  3. zaman masa aku muda-muda dulu aku pasang kat blog. lepas tu aku pergi blog org ada lagu n aku terkejut. baru aku faham n remove.

    pasal pekida tu aku menyengih je baca. sebab dulu aku la kawan2 ngan orang ni. takda rahsia la. sebab x pasal aku pun boleh tau segala kod rahsia dorg. hahahaha. tapi serious rasa lawak aje bila ingat balik. time tu kira best la kau pekida. ;p

  4. orang yg ada lagu kat blog kena muhasabah diri dan bukak blog sendiri secara tetiba baru la diorg tau betapa annoyed nye readers diorang hahaha.

    ceh,gelabah la PEKIDA ni.kalau kod tu dah diketahui umum,nama dia bukan RAHSIA lg.elok2 org tatau tu kod rahsia diorang,kan org dah tau.agak stupid di situ.

  5. ceh..memalukan… kasi luku kepala depa nih… dah tersasar dah tu…. ini la bila otak letak kat lutut..junjung slogan…tapi tak paham maksud….. kepada yg berkenaan…. tengok sikit anak2 kome tu…banyak yang dah naik minyak!… bangga sebab ada persatuan..bunkannye nak bangga sebab sedang berjihad..haktuih!

  6. dlu aku ada wat entry psal lagu kat blog, aku troll kaw².. selang bape ari membe aku wat new post, bekap diri sndiri sbb blog dia ada lagu.. "ske ati aku ah, blog aku, nk letak lagu ke ape".. hahaha.. ni bkn jaman html lg nk letak lagu bagai sume.. bley letak, tp pastikan ada button stop.. at least bley aku stopkan lagu kau tu..nie ada embed gitu jek, xde button hape nk stop.. hadoi..huuuu~

    psal pekida tu, aku xnampak ape pon fungsi sebenar dia.. ada ngan takde mcm sama jek.. time ada ni la aku rasa bdk2 melayu nie lagi mcm besar kpale, ada bekap la hape..

    petik sket ayat Farid Kamil:

    “Bagi saya penggunaan ‘abang long’ atau ‘ayahanda’ sinonim dengan masyarakat Melayu, saya juga memanggil mak cik dan pak cik saya dengan gelaran ‘mak long’ dan ‘pak long’.

    lol~

  7. kadang2 pekida ni dungu jugak, dah tahu itu kod rahsia sebar dekat paper jugak nak saman produser film..
    last2 orang tahu dah apa kod rahsianya.. settle diam2 suda..

    pasal lagu dalam blog tue no komen kot.. sebab blog sendiri pon ada lagu tapi bukan autoplay laa.. tak salah kalau nak letak tapi jgnlah autoplay kan ?

  8. blog iols ada lagu
    harap maaf
    heheheh

    bab pekida tu – kalo depa tak kecoh
    tak de sapa pun tau
    ekceli – depa sendiri yg bukak rahsia depa
    apa hal plak nak salahkan orang?

    aigoooooo!~ nonsense punya persatuan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *