ENTRY #679 : ORANG KITA SUKA LAGU JIWANG. TAK TIPU.

ENTRY #679 : ORANG KITA SUKA LAGU JIWANG. TAK TIPU.

I was reading somewhere about Malaysians suka, wait, salah, it should be jujur dan ikhlas dengan lagu lagu patah hati.
Jiwa orang Melayu lembut. Lebih lembut dari kain sutera.
Kalau lagu mendayu-dayu, mesti laku.
Just a week ago, aku lepak dengan penyampai radio Sinar FM, Najman di Johor Bahru.
“Ada mamat ni kantul,” kata Najman.
“Kantul pasal apa?” aku tanya selepas aku menyambut dia dengan bunyi pon pon mantappp.
“Dia dedicate lagu Junction pada satu awek,” sungguh sungguh Najman cerita, aku pulak mata tak berkelip. Mungkin sebab guna TV LG 3D.
“Pastu, pastu? Eh lagu junction? Kah kah kah kah kah. Ok jiwang.”
Inilah grup Junction.

Mereka ini agak terkenal masa akhir tahun 80-an. Dan ya, masa ni mereka tidak ditaja mana-mana jenama syampoo ‘pakai jari pun boleh’. Dengarnya, yang ditandakan dalam kotak tu baru meninggal akhir tahun lalu. Alfatihah.
Rimas aku tengok rambut diaorang ni.
Sambung cerita Najman.
“Yang kantulnya, dia bagi lagu yang sama pada kakak awek tu, sebab nak mengusha jugak,” kata Najman tersebak sebak bukan sebab sedih, sebab gelak. Kanina!
Jiwa orang Melayu memang tak kental. Walaupun badan kental, ketak ketak pakai blazer panas panas buta, hati mesti ada sejambak bunga. Rock lah kapak atau parang atau penyabit rumput sekalipun, tang jiwang, mereka tetap champion. Boleh bagi piala ala ala pertandingan bolasepak Umno.

Piala ni kalau dapat memang gempak, campur pulak dengan hamper ada air Cola brand ntah apa apa dengan biskut kering, kalau menang, kembang kuncup idung yang tak berapa kuncup ambik gambar. Coklat Nini dengan Sumi pek kombo jangan lupa ya. Faveret tu. Syuutttt syuuuttt sedut jeli Sumi. Muncung mulut kau kan.
Seminggu piala patah sebab langsir ditiup angin. Yang kau miang letak kat tepi tingkap tu kenapa. Nak eksen dengan orang kampung kau dapat piala KL tower? 
Ohh yang kecik tu mungkin untuk pemain harapan kot. Entah. Aku tak main bola.
Berbalik pada lagu. Kalau nak tambah lagi kejiwangan, dengar Sinar FM memalam. Syahdu.
Aku berapa kali menahan sebak dan dah bergenang airmata. Kalau setakat mata aku sudah berkaca macam dalam novel tu, takyah nak kira dah.
Aku bukan sedih, aku nangis sebenarnya. Nangis sebab tak tahan ketawa bila aku dengar ucapan ucapan orang kita. Aku pulak mempunyai imaginasi tinggi.
“Lagu seterusnya saya tujukan kepada semua wanita berusia bawah 37 tahun di seluruh negara, dari diriku yang masih sendiri, itulah ucapan dari Samad Harun di Kedah.”
Wah, memilih pulak kau. Ngam ngam pulak umur 37 tahun kau pilih. Apa yang lepas 37 kau tak mau ke? Sekali hot macam Rozita Che Wan, mau kau telan air liur kan!! Harun Salim Bachik tul kau ni.
Menitis airmata aku gelak kuat kuat dalam kereta sebab selain kena kerja, aku terpaksa dengar ucapan ucapan macam tu. Aku ingatkan zaman URTV jek ada ucapan macam tu.
Dan aku membayangkan Encik Samad kita sedang elok lepak pakai kain pelikat isap rokok daun dengan bulu idung selai dua terkeluar sikit untuk efek dramatik kat tangga rumah walhal si wanita pendengar membayangkan Encik Samad hot meletop.
Nasib baik radio, sekali bila kenal dengan Encik Samad, ambik kau:

Oops, sori salah gambar, macha.Bukan main lagi u jeling ai pasal letak gambar u. Siat siat nanti tau. 
Ini gambar sebenar Encik Samad dari Kedah:
Amboi Encik Samad, amik gambar senget senget lagi kan. Kak Nab sihat? Tak jual kelapa parut lagi ke? Baru gunting rambut ke Bang Mad? Sam ok, sam. Jengan penggel saya beng Mad. Penggel seye, Sam. Sam.
Tapi betullah, aku suka dengar ucapan ucapan memalam kat radio. Dulu pernah aku cerita, ada satu jejaka yang aku kira ketampanannya kurang sikit dari Encik Samad ni, menjerit kat telefon “Aku cintakan kamu.” pada jam 1 pagi kalau tak silap.
Aku yakin jejaka itu bukan kerja di hospital.

Aku dengar akibat dari jeritannya itu, dia dihalau dari kampung dia sebab banyak ayam kena berak berak. Dan aku dengar, awek dia tak mahu dia dah sebab jadik bahan kat tempat kerja.

“TIPAHHHHH… KAU KERJAAAA KE HARI NIIIIIII..,” bahan kekawan awek jejaka itu di tempat kerja, menjerit pada Tipah walaupun jarak mereka sedepa, tanpa sentuh kulit sebab batal air sembahyang nanti.
 
Tengahari nanti, kau lunch, kau pegi duduk kat kedai yang pasang radio. Kau nengok muka orang bila lagu jiwang jiwang keluar.

1. Mata terkebil kebil dan teteiba termenung (bahaya tu tetiba termenung, pastu tetiba menjerit, nayaaa!)
2. Makan semakin slow
3, Hiris ayam yang boleh suap satu shot masuk mulut jadik sembilan keping
4. Kejap kejap lap mulut dengan tisu
5. Jari tegang masa pegang rokok dan hembus asap dari lorong bibir tepi tepi
6. Taknak shwit shwit mamak dah, tapi lambai sungguh sungguh
7. Kaki silang kepit (tak seliuh ke?)
8. Makanan tak abis, konon konon kenyang padahal “kalaulah aku kat rumah, aku siap hirup kuah ni”

Takpelah, ikut selera masing-masing kan nak dengar lagu, nak tuju tuju kat siapa kan.

Apapun, ingatlah daku dalam doamu ya. Fahami lirik lagu ini.

Kalau nak tuju lagu kat aku, beritau awal awal tau.

18 Replies to “ENTRY #679 : ORANG KITA SUKA LAGU JIWANG. TAK TIPU.”

  1. lol… main tuju2 lagu ni mmg hobi aku time skolah2 dulu… kalau x dapat on air siap mintak lagi ngan DJ bertugas tu nak bg ucapan on air…

    Lagu ni saya tujukan buat si polan yg berada di luar sana dengan ucapan, bro I taw u suka lagu jiwang kan?

  2. pernah dgr kt thr sorg pompuan tuju lagu kat ex dia yg nikah aritu.pastu siap ckp dia dh dpt bf baru.siap sama nama lg dengan ex."memang saja cari sama nama sebab saya xleh lupakan dia".

    tak boleh blah btol!

  3. penah dengar dulu sekali..
    tobat tak nak dengar lagi..
    geli gila dengar bila dj tu ucapkan kata2 jiwang dgn background music yang ala2 sentimental…

    huh…koseeerrrrr

  4. LOL

    i used to listen to Sinar malam2, sebab nak dengar lagu2 best.

    tapi yang buat turn off ialah sms2 jiwang karat itu haiyohh.

    sekarang tak dengar dah >.<

  5. I dari dulu sampai skg paling menyampah bab2 tuju lagu kat radio neh..mana tak bila ckp i tujukan lagu ni buat isteri/somi tersayang, mak ayah yg ada kt umah ni..bla bla bla..bak kata DJ IsmaHalil masa dia handle THR memalam dulu…kalu takat nak ucap cam tu..baek ckp jer terus..takyah masuk redio on air..buang karan jer..Which i setuju sesgt…kan?

  6. anna
    hahaha, ya tak ya kan, ada tu kat dalam keta sesama pun nak ucap ucap kat radio. cakap jerlah kan. tapi bila ucapan dah dibaca, mesti tersenyum simpul kan diaorang dalam keta. "u nih, chomel lah.. wiiii" ok, ilang ngantuk. hahahahahahaaha

    ateeka amer
    i know, u listen to cd justin bieber kan. terus terang.

    nenek
    hahahahhhahahaha.. alah u suka kan sebenarnya.

    cikkaikazie
    hahahahaha.. tersedak neskape aku tau. hahahahaha

    miloais
    aiseh kiah.

    saykoji
    ala kekadang jek. jgn beritau orang leh tak.

    che sue
    mu belajor matemahtik? kecek seratuh peratuh untuk abeh?

    amman
    sila nangis.

  7. Jiwang sampai tahap kena petir.Muahaha.Tpi Sinar FM memang terbaik r.Ucapan2 tu kalau diingat2 balik,peh….memang dah masuk zon hiperbola seh….

  8. hahahahahaha..serius rase nak muntah kalau dengar ucapan jiwang karat nak mampos kat radio memalam..

    macam watdehelah betul..lagu dah 'in' sekali dengar ucapan terus 'off'..

    ape la salahnye p je kol ke sms ke sendiri kat boipren/gelpren/laki/bini tu..yang nak p on air macam la dorang tu dengar kan?aishooo..gelimat sungguh!

  9. know that segmen tengah malam at Sinar tu
    kadang2 memang kelakar dengan dedikasi orang2 lama kat situ
    lepas tu dj lak kadang2 tambah sound effect
    kebabom la..apela
    HAHA

    betullah orang Melayu jiwa lembut. bini kat seblah pun nak bagi dedication

  10. sik baik tak pernah berjaga lewat mana nak dengar radio………ops…. kat rumah ni radio pun tak de?

    mcm mana rupa radio tu hazrey?

  11. Hahaha.. memang takleh blah ganda 23 tu.. siap ada kebabommmm
    Tapi lagi takleh blah kantoi tu… memang kanina..

    Tapi suara lelaki dalam radio cam hensem jer eh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *