UPDATED – ENTRY #676: MAJLIS AKAD NIKAH SALIH YAKOB

UPDATED – ENTRY #676: MAJLIS AKAD NIKAH SALIH YAKOB

Berseri abang aku ni.

Tak sempat nak upload gambar lain sebab have to rush for his sanding later.

Anyway, dua kali lafaz, Salih Yaacob sah memperisterikan Samihah Sheikh Ali, 25 tahun di Masjid Jamek Kampung Melayu Kulaijaya tepat jam 3.50 petang tadi.

Hantaran RM25,000 bersama sebentuk cincin dan mas kahwin RM23.

Keduanya dinikahkan Kadi Daerah Kulaijaya, Ustaz Haji Fahmi Samad. 

Apapun, hari ini bersejarah buat Salih. Cukuplah empat isteri mengisi hidupnya.

Tiga lagi isteri Salih ialah Norlizah Mamat, Norraha Hamat dan Norfara Wahida Sulaiman.

Wartawan yang hadir, wait, wartawan cuma aku jelah kan. Haha. Ok, bersama Harian Metro, bagaimanapun tidak dibenarkan menemuramah isteri Salih.

Malam ini jam 8.30 malam, pengantin ini akan disandingkan di sebuah hotel di bandaraya Johor Bahru.

Apapun, yang penting, masa abang Salih sampai, dia sempat turunkan ilmu pada aku. Aku pasti, gambar bawah ini akan mengakibatkan miss bini cuak besor dan tetiba aku takleh keluar malam dah. Abislah.

Aku nak balik nak sembunyikan butang baju melayu siap siap. Leceh nak beli nanti.

* * * * * * * *

Foto semasa majlis makan beradab di sebuah hotel terkemuka di Taman Abad, Johor Bahru bermula jam 8.30 malam.

“Saya bersyukur dan terima kasih kepada keluarga sebelah isteri saya, bagi pihak pak sheikh, dah boleh panggil bapak ya kerana sudi menerima.saya sebagai menahantu (lafaz Salih berlawak ketika berucap di majlis makan adab).”

Memang susah sikit nak nengok isteri baru Salih senyum tapi sekali senyum, memang harus luntur cik Salih kita. Haha. Ok, dunia memang tak adil. Aku tahu.

Apapun, bila ditanya ke mana nak pergi honeymoon, Salih jawab:

“Pergi China. Semua pergi. Kebetulan cuti sekolah.”

Aku tanya: semua?

“Ya, semua isteri saya pergi sekali.”

Indahnya donia.

Macam best jek jawab macam tu kan – cuba korang practise depan bini – semua isteri saya pergi sekali. Buat banyak kali. 

33 Replies to “UPDATED – ENTRY #676: MAJLIS AKAD NIKAH SALIH YAKOB”

  1. Aku datang lagi bagi komen lepas refresh untuk kali ke berapa entah ni~

    Phewit!
    Mak Gegula, pastikan semua baju Melayu yang memerlukan butang disimpan dengan kemas dalam beg. Bahaya ni.

    Tips : Kau pakai baju Melayu Raihan bang. Tak payah letak butang sebab memang dah jahit sekali butang~

    XD

  2. Pengumuman
    Kepada sesapa yg bekerja@brkaitan@yg sewktu dgn hal ehwal brkaitan k0smetik hidung(peh…k0smetik hidung tu) sila tinggalkn emel atau n0 utk dihbngi di sini.
    Sekian,terima kasih.
    Weeee…lalalala.

  3. Soal Salih kahwin lagi ini, telah menjadi isu perbualan yang panjang lebar dan serius antara aku dan anak dara aku….!

    Apapun Selamat Pengantin Baru, SALIH, Moga jodoh berpanjangan.

  4. Semoga hidup mereka aman damai dan diberkati Allah selalu. Gini baru betul, kawin tak sorok2. Takde timbul fitnah.

    Tahniah abg. Jem.

    Abg Hazrey sy copy gamba abg jem ni bule?

  5. sanggup kau dik, kahwin dgn laki orang… kalau kau sanggup kahwin dgn laki orang, maka kau sangguplah mengadap madu2 kau nanti yer dik…
    lepas kahwin ni sila TABAH dan SABAR byk2 yer…

  6. Kehkehkeh….petir baru hbis konsert ni bang.Pasir gudang berdentam-dentum tadi.cuak jugak.

    Alah…ingatkan dah salam2 tu sambil berniat sekali.erkkk….ampunnnnnnn Ya Tuan Hazrey.

  7. Isteri muda beliau ni kena banyak belajar dari madu-madunya.. bila masing-masing faham dengan tanggungjawab masing-masing rasanya takde masalah mereka bahagia sepanjang hayat.. dah jodoh mereka.. doakanlah mereka bahagia..

    psstt: tak semua perempuan suka dimadukan walaupun suka makan madu..

  8. β€˜Bukan berahsia’
    Oleh Ibrahim Isa
    ibrahim@hmetro.com.my

    JOHOR BAHRU: β€œSaya bukannya mahu merahsiakan pernikahan, namun atas permintaan keluarga isteri, saya tidak menjemput rakan media ke majlis itu petang kelmarin,” kata pelakon dan penyampai radio terkenal, Salih Yaacob, 49, menjawab soalan mengapa rakan media tidak dimaklumkan berkaitan pernikahannya di Kulaijaya di sini, kelmarin.

    Salih ketika ditemui di majlis resepsi di sebuah hotel di bandar raya ini berkata, permintaan keluarga isterinya itu mesti dihormati kerana mereka kurang selesa dengan publisiti yang diberikan.
    Katanya, keluarga mentuanya meminta supaya majlis diadakan secara sederhana tanpa menjemput wakil media dan sebagai ahli keluarga, dia perlu menghormati permintaan mereka.

    β€œSejak berita berkaitan hubungan kami disiarkan, mereka menyatakan kurang selesa dengan publisiti diberikan dan meminta jangan menjemput wakil media.

    β€œSaya hormat permintaan itu, inikan majlis sebelah perempuan dan saya bercadang menjemput rakan artis dan media pada majlis sebelah lelaki yang akan diadakan di ibu kota tidak lama lagi,” katanya.

    LU DAH JADI WARTAWAN HIBURAN, BRO… SYABAS!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *