ENTRY #674: BEING A JOURNALIST.

ENTRY #674: BEING A JOURNALIST.

Do you know that, in our quest to seek for the truth, we are prone to threats too?
Investigative reporting is not as easy as it looks.
Bukan mudah. Tetapi apabila ditonton, ia akan tampak mudah dan ringkas.
Contohnya, kami pernah ke Batam, Indonesia untuk melakukan investigative reporting about prostitution on the Island. Tapi, kami melakukan dengan dua kaedah. Balance. Pertama, menemubual mereka yang terlibat secara langsung dalam perdagangan haram itu, kedua, menemubual pihak NGO yang bertanggungjawab memberi tekanan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti pelacuran.
Investigative reporting sudah bermula berkurun lamanya.
Julius Chambers yang menulis untuk New York Tribunes berjaya membongkar mengenai operasi Pusat Sakit Jiwa Bloomingdale pada 1872.

 

Wartawan ini berjaya membongkar mengenai penahanan 12 pesakit yang tidak mengalami gangguan mental sehingga dibebaskan, rombakan organisasi pusat itu, malah ia turut menyumbang kepada perubahan kepada undang-undang pesakit mental / gila.
Melakukan investigative reporting juga mendedahkan wartawan kepada ancaman nyawa.
Wartawan Turki, Ugur Mumcu dari akhbar Cumhuriyet yang menulis mengenai kes berprofil tinggi dan sensitif termasuk pertalian antara Parti Buruh Kurdish dengan perisikan serta sokongan kerajaan Iran terhadap pergerakan Hezbollah; latarbelakang pembunuh Pope John Paul II – Mehmet Ali Agca, turut dibunuh pada 1993.
Pengubalan wang haram sudah lama aktif di mana wang yang diperolehi dari aktiviti haram seperti penjualan dadah, cetak rompak ‘dicuci’ menggunakan legitimate business front.
Semua ingat akan Al Capone yang disabitkan dengan kesalahan lari dari cukai pada 1931, seorang lagi samseng, Meyer Lansky menyalurkan wang dari Florida ke akaun di luar negara. Malah, Lansky turut membeli sebuah bank Swiss untuk membolehkan dia menyalurkan wang dari perolehan haram melalui syarikat ‘halal’.
Di Malaysia, anggapan bahawa penjualan DVD cetak rompak sebagai satu jenayah kecil dan tidak berbahaya adalah salah. Dengan membeli DVD cetak rompak, anda mungkin tanpa disedari turut membantu penjenayah yang mungkin terlibat dengan pelbagai jenayah berat seperti penyeludupan, dadah, senjata dan pengubalan wang haram.
For the fact, ill-gotten gains can fund illegal activities.
Bahaya penjualan cakera optik cetak rompak ini sudahpun dibuktikan apabila ada antara mereka yang turut menjual dadah melalui premis yang sama.
Di Ampang, satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini dikesan berselindung di sebalik penjualan cakera padat digital (DVD) dan video cakera padat (VCD) untuk mengedar dadah kepada penagih, sejak tiga bulan lalu.
Baca mengenainya di sini.
Di Amerika Syarikat, aktiviti cetak rompak atau copyright theft dianggap satu jenayah serius. Malah, ia menjadi bidang kuasa Federal Bureau of Investigation (FBI) untuk menyiasat dan mengambil tindakan kerana ia adalah kesalahan persekutuan (federal offence).
Di negara ini, bidang kuasa pembanterasan penjualan DVD cetak rompak dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan, Bahagian Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri serta polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Aktiviti jualan cakera optik dipercayai dilakukan melalui penglibatan sindiket. Dan apabila disebut sindiket, tentu sekali ia adalah satu kumpulan yang terlibat dalam aktiviti haram.
Ini disahkan dengan lumpuhnya lima sindiket terbesar yang terlibat dalam kegiatan cakera optik cetak rompak pada 2010, sebagaimana dinyatakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe di sini.
Di Johor sendiri, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif pernah dipetik sebagai berkata, seorang lelaki dalang sindiket DVD cetak rompak dicekup pada 2 Mac tahun lalu.

Lelaki berusia 30 tahun itu memiliki 20 premis DVD cetak rompak di sekitar Johor Bahru dan ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933.

Pada 2009, seramai 281 individu dikenakan tindakan sama kerana terlibat dalam aktiviti / sindiket penjualan DVD cetak rompak.

Tentunya, mereka sanggup berbuat apa sahaja apabila kegiatan mereka didedahkan kerana dalam keadaan terdesak, mereka boleh berfikir apa sahaja untuk menidakkan hakikat bahawa apa yang mereka lakukan adalah salah di sudut undang undang.
Jika tidak, tak mungkin ada pengusaha premis cakera optik cetak rompak yang sanggup berhabisan wang untuk melakukan pengubahsuaian pada premis mereka untuk membina bilik rahsia dan pelbagai lagi.
Dan ada juga yang sanggup melakukan tohmahan dan melempar fitnah bodoh disebalik hakikat – mereka terlibat dalam kegiatan haram yang perolehannya berkemungkinan disalurkan kepada pelbagai jenayah berat yang lain seperti yang berlaku di Ampang.

6 Replies to “ENTRY #674: BEING A JOURNALIST.”

  1. I agree with you. But pernah ke pihak berkuasa terfikir kenapa penjualan bahan cetak rompak ni masih lagi dapat sambutan hangat? Sebab utama – harga. Yang ori – mahal. Harga sekeping DVD ori yang paling murah pun dapat beli 4 keping DVD cetak rompak – secara am. (Ada jugak yang bila ada sale tu, jual murah-murah, tapi movie tu dah kira sangat basi).

    Bukan setakat movie saja, games, software – yang ori masih lagi mahal. Sedangkan benda yang sama dapat dibeli dengan harga lebih murah – tapi cetak rompak la. Katanya nak berjimat cermat, tapi masih mampu menikmati hiburan macam ni.

    😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *