ENTRY #673: NAIK KATEBANG

ENTRY #673: NAIK KATEBANG

For the past couple of weeks, aku banyak travel.
Penat drive kereta ni. Serious. Pada umur yang muda ni memang sangat tak larat.Sometimes boleh jadik tiga jam, sometimes can be 4 hours drive from JB to KL.
Tapi sorang kawan aku ni drive dari JB ke Penang sorang sorang, cuma dua jam jek. Gila kan. Bawak Proton Saga jek.
Satu jam tangan, satu jam kereta. Ya, tak lawak. Suka aku lah nak tulis benda tak lawak.
Recently, I decided NOT to drive to KL.
Kebetulan tokeh ohbulan.com datang JB dan sebagai seorang manusia yang mudah dipergunakan, aku mempergunakan dia untuk menumpangkan aku for one way trip to Kolumpo.
Aku cuba untuk buat buat tidur masa tokeh ohbulan.com tiba kat Plaza Tol atau stesen minyak tapi tak berjaya sebab dia pun buat buat brake emergency. Dengki. 
“Sori bro, tadi ada kucing lintas kat hiway,” kata tokeh ohbulan sebelum sempat aku bukak mulut.Aku baru tau dia suka kucing. Harap dia bukan gay. Hahahaha. Ok tak.
It was a day trip sebab cubaan aku untuk tumpang tidur di surau, gagal.
So baliklah aku naik katebang. Aku jarang terbang from KL to JB. 
Ok, being a cheapskate I am, I took Airasia. Murah. Terbeliak mata bila dapat RM86 jek masa booking and it was a day before my departure. Kira murah lah tu. 
Jangan terpedaya. Campur ajinomoto, asam keping, tauchu, daun saderi, tambang jadik RM100 lebih. 
Dan sebagai orang kampung yang jarang naik katebang, mestilah aku excited, tapi control macho dan ala ala sentimental kononnya. Hahaha. 
Ada satu perangai yang aku selalu perati kalau orang naik katebang ni. Pertama, berebut nak naik. Macamlah katebang tu nak gerak dah. Macam main musical chair. Kalau boleh tolak, depa tolak.
“Aku pernah naik katebang balik KL, tetiba katebang rempuh awan hujan, apa lagi, goyanglah katebang tu. Ada pulak pakcik sebelah aku ni berdoa kuat kuat ‘Ya Allah, janganlah terhempas katebang ni’. Mula mula tu aku control abang ketak, bila dia doa camtu, tinggal tak keluar jek suara perempuan aku,” kata tokeh ohbulan dalam cubaan untuk tak kasi aku tidur dalam perjalanan ke KL itu hari.
Aku cuma ketawa sikit sikit dengar cerita dia sambil merenung ke arah keluar, walhal aku tengah cover nak membuta. 
Malam tu, it was the last flight to JB. Boleh tahanlah ramainya. Tinggal sikit lagi aku boleh duduk kat dapur katebang tu. Aku suka sebenarnya sebab kebetulan cabin crew comel. Aku tahu diaorang pun nak ngurat aku, sebab, selang dua minit tiga minit, asyik lalu lalang kat sebelah aku. Ke, memang kerja diaorang camtu? Ya eh? Ohhh.
Aku dapat satu idea, patutnya Tony Fernandez buat satu promo ‘Balik Kampung’ masa cuti sekolah and get some of the well-to-do children with the consent of their parents or guardian, to sell nasi lemak and karipap dalam cabin and the proceeds will go to charity. Mesti best kan. Kacang rebus jangan lupa.
Dapatlah kurang kurangnya, bebudak yang kaya raya tu rasa macam mana susahnya rakan sebaya kat kampung.
Berbalik pada flight aku tadi, it was ahead of schedule. Janji nak sampai kul 9.50 malam tapi 9.40 dah sampai kat Senai. 
Masa kapitan katebang tu announce akan sampai 9.40 malam, aku berdiri dan bagi standing ovation sambil menunjuk ke arah pintu kecemasan dengan memakai life jacket. Harus kena tangkap aku.
Tapi kan, masa depa tunjuk safety demo tu, ada ke orang tengok? Aku tengok sebab nak tengok aweks aweks jek. Kesian diaorang kalau takde orang tengok kan. Orang perempuan ni selalu kita bagi perhatian.
Sampai di Senai, as the plane taxing in, orang semua bangun dan kecelakaan yang melampau berlaku. Dan benda ni selalu berlaku dan aku tak tahu apa kejadahnya manusia manusia ni semua tetap nak buat benda benda celaka tu semua.
Aku siap kena tolak masa nak bangun untuk berdiri kat aisle katebang tu. Aku tengok muka brader ni, rasa macam nak tumbuk jek. Hahah. Tapi bila aku pikir kot dia ada adik perempuan cun, terus aku tak jadik. Hahahah. Ya pikiran macam tu berjaya sejukkan hati aku.
“Weii, yang kau ni nak berebut macam ungka ni kenapa?” aku cuma berjaya cakap dalam hati jek. 
Lelaki itu memang ada prospek untuk melakukan benda tu semua berdasarkan pakaiannya. T-shirt masuk dalam, seluar slack, kasut sports. Rambut belah tepi berkilauan minyak rambutnya. Itu headrest seat dia mesti basah dek miyak rambut dia. Memang ada prospek. Rasa macam nak tackle kaki dia masa turun tangga tu. Hahah.
Apapun, sumpah, aku tak order beehon sup atau kuey teow kerang dalam flight tu.

12 Replies to “ENTRY #673: NAIK KATEBANG”

  1. habit lah Hazrey..nak naek ka..nak turun ka mmg cam tu lah. Nyampah jer rasa. Bukan kapai murah jer taw..kapal MAS pun same sepesen jer peel depa tuh..mcmlah kapal tu nak tinggalkan dia ke hape..Pengalaman lalu mengajar..tunggu org abis turun baru ai turun…slow n steady. Sbb takde apa yg dikejar der..ni bukan nak naek bas mini no 14 nak berebut2 kan kan?

  2. ah, kenapa naik airasia? My bapak nye kawan pilot airasia, n dia sendiri advice jangan naik airasia. next time baik naik mas je. harga lebih kurang sama, plus ada numbered seats. x de la berebut cam ungka nak berebut seats.

  3. kita pun rasa len kali naik MAS jer..psl per x tahan tgk org berebut nak msk pintu katebang n chop tempat duduk!pastu tgh2 flight jual segala barang..terimbau kenangan nek ketapi jaman dulukala..tp ketapi best psl dia bunyik chukechachukecha-pompom!

  4. Brother yang ko rasa nak sepak tu pun harus terfikir benda yang sama sebelum dia rasa nak tumbuk ko.

    Gaya citer, gaya eksyen nak katebang tak gemuruh. tapi bila baca balik, macam orang tengah kejung keras kat kerusi tak gerak-gerak, tapi mata rancak jeling stewardess.

  5. Ntahnya, sekarang kan dah ada seat no, nak berebut apanya? Kdg2 depa ni mcm naik bas pulak kapal tbg belum berhenti betul2 dah sibuk ambil brg kat atas tu.

    Skrg ni AA dah tak murah mcm dulu sebab dah ada fuel surchg but still murah compared to MAS. Setakat perjalanan 45 min-2 jam aku pilih yg murah asal selamat sampai sudah.

  6. Hmmmmmmmmmm… skang ni passengers AirAsia dah pandai beratur.. kat LCCT la.. bukan apa.. takut kena langgar – almaklum ler kena berjalan jauh, lintas sana sini.. kang tak pasal kena langgar atau silap katebang.. payah plak kan.

    Skang ni pun passengers AirAsia dah pandai tak berebut.. sebab boleh beli seat masa booking tiket. Tapi kalau ada yang berebut tu, maknanya kiasu bukit la tu.

    Bab sampai awal ke destinasi tu normal, Hazrey. Pilot pun pandai merempit on air. Dah banyak kali kena macam tu dulu-dulu. Ada sekali tu, naik AA dari Kota Kinabalu ke KL, flight tu delayed 10 minit, masa nak take off tu, pilot tu siap cakap "sorry for the delay, we'll see what can do to reach KLIA-LCCT the fastest possible". Time tu dah siap baca doa, siap salam cium tangan laki. Ok.. sorry, I exaggerated. Heheh.. actually we both laughed. And indeed, flight tu sampai on time kat LCCT.. dasat!

    Apa-apa pun, aku sangat berterima kasih pada Air Asia sebab membolehkan aku terbang ke banyak negara terutama negara-negara Asean dan Asia. Dan aku tak penah miss order nasi lemak Pak Nassir sebab tu je yang paling sedap antara yang ada….

  7. Bro

    Kan ke aku dah cakap 2 dekat 2 tahun dulu, sepet-sepet ni suka berebut, dalam kabin bising macam pasar, so, aku dah dekat 2 tahun tak naik 'bas udara' warna merah tu… nyampah dengan perangai 'everybody' yang can fly tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *