ENTRY #670: AKU BENCI SALIH YAKOB

ENTRY #670: AKU BENCI SALIH YAKOB

Itu bukan statement aku. Sumpah.
Sejak Salih Yakob menceburi dunia seni, tak pernah terbit rasa benci pada pelawak yang kini turut terlibat dalam bidang penyampaian radio.Apatah lagi dengan ‘kemajuan’ yang dikecapi Salih Yakob pada hari ini, ia satu ‘pembangunan’ pesat yang perlu diamil iktibar, dan kalau ‘boleh’, dijadikan ‘contoh’. 
Tak, aku memang suka letak koma kat atas tu, nampak cantik ayat tu. Kira macam hiasan cupcake lah tu.
Anyway, aku baru pulang mengikuti operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, dan banyak cerita nak aku cerita kat sini tapi aku rasa cerita Salih Yakob patut diberi keutamaan.
Aku tau, citer ni dah basi dah. Tapi banyak soalan yang tak ditanya wartawan pasal perkahwinan keempat Tok Guru Salih kita ni. 
Ya, kepada kami dia menjadi idola. Idola yang tak boleh langsung dipertikaikan lagi. Dia juga Tok Guru. Tak mahu dah Ayah Pin. Ayah Lih sekarang. Marahlah kami, tapi sesungguhnya, kami dah mula memastikan tiada blackheads pada hidung kami lagi dah. 

Ya, kami menggunakan Mineral Mud Removal Mask bagi memastikan hidung kami bersinar sinar apabila terkena pancaran matahari. Kami pasti, apabila pancaran itu landing pada hidung kami, ia akan melantun pada mata si gadis genit comel lalu memanah cinta kami. Wahlau weii.
Setiap pagi juga, kami akan berusaha memicit noda noda hitam sampai keluar airmata tulus kami. Ia lebih tulus dari lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih.
Dulu memang kami minat Anuar Zain, tapi sekarang dah tak lagi dah. Minat kami dah berubah dah pada Tok Guru Salih.
Inilah idung Tok Guru Salih yang menjadi tajuk utama akhbar tempohari. Sedang sedang jek. Aku pun dah tekad, kalau aku jumpa dia, aku nak bawak tali ukur, pastu nak ikut saiz sama. Kalau boleh rambut pun aku nak ikut sama. 
“Nyonya, kasi potong ikut itu Salih Yakob.” 
“Aiyoh, wa tatak tau mah, itu olang. Lu tak mau itu Lastin Baba kah?”
“Siapa nyonya?”
“Aiyah, lu olang, itu lastin baba, lu talak kinal. Itu ala bulak kasi nyanyiii ilu lagu mehmeh, mehmeh maaa..”
Suasana tiba tiba sunyi. Hanya terdengar bunyi gunting bertemu bilah. 
Tiba-tiba daun pintu terbuka. Wah, aku pun nak cerita hantu. Lampu tutup please.
Ya, aku gunting kat kedai nyonya dan bukan salon ahmoi rambut baru keluar banjir lumpur. Dan bukan jugak kat mamak, sebab mamak sound effect jek lebih gunting dia. Guntingnya sikit jek. Lagipun tak tahan bau ketiak depa. Hangit nok. Macam masak nasi pakai dapur kayu.
Apapun, selepas ini, aku nak tukar profile facebook aku dan letakkan gambar terkini hidung aku sebagai tarikan. Aku yakin ia mampu menjadi satu tarikan kepada gadis gadis di luar sana.
Dan gadis gadis sekelian, tunggu gambar hidung kita tau!
Malah, kalau aku YM dengan sesiapa mahupun ber-Blackberry Messenger, aku akan tanya:
“Hi awak, kita nak kenal dengan awak. Awak nak tengok gambar terbaru kita tak? Tiap tiap hari kita update tau gambar kita. Baru lah latest lewww. Ini bukan gambar kita kat pelamin tau tengah bersalam.”
“Wiiiiiiii, beshnya.. nak nak nak nak!”
Hazrey is sharing with you a file Hidung-17May.jpg. Click accept to receive the file.
Yang pasti, gadis gadis kat Malaysia ni sebenarnya tak tahu, Justin Bieber itu sebenarnya adalah Salih Yakob.  Ini rahsia. Jangan beritau sesiapa ok. Susah aku nanti.
“Dulu ingatkan dua jek, sekali dua kali dua rupanya.. ahaks.. jangan jelesss.. aiii followwwww….!!!”

Bang Salih, kaulah idolaku. 

23 Replies to “ENTRY #670: AKU BENCI SALIH YAKOB”

  1. citer salih yaakob ni terlalu berlebih-lebih sangat la.

    ape ntah yang best reramai isteri. nak2 yang baru ni, baru grad, keje pun tak dapat lagi dah sebok2 nak kawen. haih..

    masalah orang msia ni, yang camni la nak ikut. tak pikir kemampuan diri sendiri yang bergaji kecik nak compare ngan salih yaakob bergaji lumayan tu.

    bukan nak mempertikai la di sini, just orang2 kita ni obses kepada benda yang bukan2 la. tak lama lagi, berduyun2 la yang nak fail nak pasang cawangan baru mengikut idola mereka yang satu ni. huhu..

    tak terasa ke ni lebih kepada nafsu, bukan seperti yang tertulis dalam islam untuk melindungi balu2 yang kehilangan suami akibat perang??

  2. kaki gossip:
    aku kalau jumpa dia, aku nak tanya 'schedule' dia.

    gha sudin
    alah, u nih, tak romantik lah. sesekali berangan nak pakai ferrari lah. u nihhhhh.. tak shuke lah.

    tapi saya, dengan ini berikrar akan melindungi balu balu yang kehilang suami akibat perang. eh, malaysia mana ada perang daaaaa.. tapi saya nak ikut macam shidee.

    delancrett
    kalau kuak lentang kuat jugak ke? kalau tak, lakukan kuak lentang.

    diana
    Salih.. ejaannya adalah S.A.L.I.H. SALIH. Eja betul betul boleh tak?

    Bitter sweet
    A'ah kan. Hahahahah baru perasan. Hahahah. Stedi ahh bang salih, pasni leh gi korea kasi lawan kpop sana.

    berita sensasi
    tetiba belia aku rasa. hahaha. ok, aku gi beli baju batik sekarang jugak.

  3. kahwin 4 memanglah sunnah tapi calon tu… tak ikut sunnah langsung… tak kan nak citer ciri2 pompuan yang perlu dikahwini pulak kan??? kalau kata ikut sunnah nabi, calon isteri pun kenalah ikut sunnah nabi gak.. tak gitu yeop?? wiiiii…

  4. bini pertama memang leceh. nabi pun berpoligami selepas KT wafat. ketua wali yang berjaya nikah 4 dara, sheikh kadir jailani. sebenarnya abe nor yang paling direspect sebab berjaya 1 kan bini2 dalam 1 rumah. gaji rm3 k jer.

  5. Bukanlah i nak menentang poligami..and personally mmg salute sgt dgn abg salleh kita tu..tp kan citer dia kat paper mcm berlebih2 dan terover2 sampai satu tahap mcm menyampah tau…paper pun cam sengaja buat berita2 as panas utk lakukan paper..maklumlah org terutama lelaki kan suka citer2 gitu??…mmg rezeki dia kan, cumanya..me and few frens mcm dah tak berapa lekat dah nk dgr sinar pg cam dulu2…dah stat tukar2 kat Suria which seblum ni x pernah. Jgn sbb citer2 tu rating sinar turun dah ler ye.

  6. zara
    sewel

    azrul
    salih salih. eja betul betul boleh tak idolaku ni

    nenekpenne
    ai menchi u ni tau

    wahidah
    boleh, tapi pompuan selalu tamak. hahahahahahahahha

    ibnu
    apa?

    rozy
    ilmu alam.

    amir
    betul bro. kita penyelamat sebenarnya.

    anna
    alah biarlah, itu sebenarnya untuk beritau semua wanita di luar sana, poligami itu indah sebenarnya. ahaksss

    miloais
    miloais milo lebih satuuuu

    lemonade
    sebab tu dia kahwin empat, nak garukan gatal sambil memantapkan ukhuwah. ewahhhhhhhh

  7. dia mampu…tu yg penting…zahir dan batin…
    so mana2 laki yg berangan nak ikut jejak dia tu rasanya leh ikut ke capabilities dia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *