ENTRY #668: REMPIT BISU.

ENTRY #668: REMPIT BISU.

Remaja berusia 19 tahun. 
Ramai rakan sebaya turut terlibat dalam lumba haram malam tadi hingga jam 3 pagi.
Bezanya, remaja berusia 19 tahun itu, bisu. Tak padan langsung dengan kecacatannya.
 Remaja bisu (berpakaian putih) dan rakannya di sebelah kiri.

Remaja bisu mengaku tidak memiliki lesen memandu.

Rakannya pula, seorang mekanik berusia 26 tahun, menunggang motosikal jenis Yamaha 125z berkuasa 125cc, mengakui memecut selaju 125 kilometer sejam!
Ini contoh motosikal yang disebut.

Jalan Tebrau, Johor Bahru yang sudah lama sunyi dari lumba haram sejak dibanteras habis-habisan pada tahun 90-an kini kembali bising dengan bunyi enjin pelumba pelumba haram yang berani mati. 
Sebelum ini mereka menjadikan jalanraya sekitar Pantai Lido berhampiran Teluk Danga sebagai medan, namun bertukar selepas kerap digempur polis trafik.
Gila pecut 150km sejam! 
Kelajuan maksimum motosikal dua lejang  ini adalah 180km jika mengikut pada odometer kenderaan ini. 
Jalan Tebrau agak sibuk kerana ia antara jalan utama di Bandaraya Johor Bahru, tetapi buat pelumba haram, ia satu cabaran buat mereka.
Aku rasa, lepas ni kalau bebudak ni semua degil sangat, haramkan jek semua jenis motosikal dua lejang, dan perkenalkan balik motosikal Yamaha Passola. Takkan tu pun nak buat lumba haram jugak kan.

Kalaupun depa nak juga berlumba guna motosikal ni, kaki kena kuat sebab kalau naik bukit kena hayun kaki kais jalanraya kasi laju.

Awek berusia 21 tahun ini turut ditahan. Dia antara penonton lumba haram di Jalan Tebrau. 
Antara foto menarik Ops Samseng Jalanan subuh tadi. Awek berbaju putih itu tidak berlumba tapi temankan abang sayang anje tengok lumba haram. Anak siapalah tu.

 

Punggung kasi naik lebih sikit. Tak, selepas ditahan, pelumba haram ini tak perlu angkat sumpah di masjid kerana posisi compromising ini.

9 Replies to “ENTRY #668: REMPIT BISU.”

  1. dulu aku pon mcm depa nih..maklum la dulu masih bengong..skang cerdik sikit dah tinggal dah mender nih..taubat dah..wak motor sopan santun lagi..adakala tersipu-sipu lagi..

    Accident sakit..Mati lagi sakit..

  2. tak faham saya budak2 zaman sekarang ni… mat rempit jadi pilihan..adeesss sadisss… tak pe lah dik, janji kau bahagia esok lusa dok rumah setinggan… eh tetiba..ha ha ha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *