SERVIS KFC DI MELAKA MACAM SAMPAH.

SERVIS KFC DI MELAKA MACAM SAMPAH.

Rakan aku, Azhar Abdullah yang aku kenal mempunyai tahap kesabaran yang lima tingkat lebih dari aku, bercakap mengenai khidmat pelanggan KFC. Ya, Kentucky Fried Chicken. Bukan Kada Fried Chicken atau Kassim Fried Chicken.
Service kat Malaysia ni memang camtu. Tak tahulah bila zaman nak maju service kat Malaysia ni. 
Kerja gaji nak besor. Nak memacam. Tapi masa sekolah dulu taknak belajar betul betul. Pastu kualiti kerja macam sampah. Nama KFC, ingatkan international standard, warung lagi baik servis. Patutnya, hantarkan bebudak yang problem tu kerja kat warung kat kampung kampung dulu, belajar customer service. 
This is a true experience by blogger buddy – Azhar Abdullah. Please read the full version here. Yang pastinya, bila aku balik JB nanti, aku nak telefon boss QSR or Jcorp and let them know about this.
* * * * * * 
Tengahari tadi kami ke Tesco Cheng, tak jauh sangat dari rumah. Tujuan utama ialah nak beli blender jug buat ganti yang lama dah pecah…tapi biasa la bila ada anak-anak ni, macam-macam la yang diorang masukkan dalam troli…antaranya Chocolate Chip Cookie yang sedap buatan Tesco tuh…

Bila dah menuju ke kereta baru teringat, kang kalau diorang makan cookie tu kering pulak tekak, so my wife suruh Rayyan pergi beli dua gelas Pepsi atau Coke kat KFC di tingkat bawah…

Tabiat aku, bila anak-anak pergi nak beli barang sendiri aku akan perhatikan dari jauh. Ada dua kaunter yang berfungsi waktu tu, kaunter hujung sekali sebelah kiri ada sepasang lelaki dan perempuan berbangsa Cina dan kaunter tu dikendalikan oleh Supervisor sebab baju dia kaler lain. Kaunter sebelah tu pulak kosong, tapi ada seorang pekerja perempuan dok buat-buat sibuk di sebelah tu. Jadi Rayyan ni pergi la terus ke kaunter kosong tu dan aku nampak dia bercakap-cakap. Ok, aku pun attend to other business sebab mission Rayyan dah selesai.

Tetiba, another glance, aku tengok Rayyan berlegar-legar antara dua kaunter tu dan di kaunter yang tadi dia pergi tu ada sepasang lelaki dan perempuan Melayu. Yang perempuan berseragam jururawat (muka tak macam jururawat yang selalu aku tengok kat spital pun)…

Aku pun terus tolak troli ke situ. Aku tanya Rayyan kenapa, dia jawab kejap. Aku tanya dah order belum, dia kata belum. Then aku tanya lagi, tadi bukan Adik kat kaunter tu ke, dia kata ya, tapi akak tu buat tak tahu je then datang orang lain terus dia ambik order.

Aku sekarang ni dalam keadaan tidak bersuara. Bak kata Hazrey, suara aku hari ni ibarat suara pondan gersang…sebab sakit tekak. Jadi aku malas bising-bising, aku pergi dekat sikit dengan kaunter dan aku bercakap dengan Rayyan :

Aku : Tadi Adik berdiri kat kaunter ni tak?

Rayyan : Ya la, tapi akak ni ambik order orang lain pulak.

Aku : Tak pe la Adik, KFC kat sini tak layan kot pelanggan budak-budak.

Masa tu staff kaunter KFC tadi buat muka bodoh dan dua ekor Melayu yang berdiri kat situ pun beralih tengok aku sambil kontrol muka tak bersalah.

Tak puas hati sebab tak leh bertengkar dengan kadar suara yang baik, aku pergi ke arah wife dan bagitau apa yang berlaku. Apa lagi, my wife terus pergi ke kaunter tu dan berlaku lah perbualan berikut :

Wife : Maaf ye dik, tadi anak akak datang kaunter ni kosong, dia nak beli air kenapa adik tak ambik order dia dan dahulukan orang lain?

Staff : Saya ingat dia anak pasangan kat kaunter sebelah. (Please note that kaunter sebelah ialah pasangan Cina)

Wife : You are not supposed to do that. Walaupun dia budak tapi dia adalah pelanggan. I wish to see your supervisor atau manager.

Jururawat : Alah, benda kecik je, kan dah bagitau silap faham.

Wife : (Api sudah naik kepala)…Are you working here?Am I talking to you? You takde tanggungjawab tau, sebab tu walau you tahu ada pelanggan lain kat depan, you terus jugak bagi order, walhal sepatutnya you bagitahu budak kaunter ni yang ada orang lain depan you kalau in case dia tak perasan. Benda kecik yang you kata tu ialah apa yang kita panggil Adab. I didik anak I supaya dia beratur dan ikut undang-undang, supaya dia tidak membesar jadi orang yang tidak ada adab dan tak tau beratur.

Wife : (Sambil bercakap kepada supervisor di kaunter sebelah)You sepatutnya tahu melatih dan menasihati staff you. Bukan ambik pekerja kemudian biar diorang bekerja tanpa ada kawalan mutu yang baik.

Supervisor : …. (hanya memandang seolah-olah dia hanya bekerja sebagai tukang sapu sampah kat situ)

Wife : Ok…since no response from both of you dan I hear no apologies sampai sekarang, I will file a report to your HQ after this.

20 Replies to “SERVIS KFC DI MELAKA MACAM SAMPAH.”

  1. Bro, thanks for putting up my entry here. The impact will be much harder on those fellas comparing my small 'kampung' blog..hehe…

    BTW, I received a call this morning from Assistant Manager of KFC cawangan Tesco Cheng, saying that she received call from higher administration about the report lodge. At first, she was a bit defending her staff by saying that my son was wandering around the counter and the staff didn't really know whether he wanted to order or not. I let her speak, then I said that was the version of her staff story, and as you are now talking to the complainant, you shouldn't start by blaming the customer and defending your staff. My version would be the other side of the coin.

    So we did chat a bit and she admitted that most of newly employed worker are not keen in their job, and most of them are part timers. She apologised to me on behalf of her staff and her branch, and I let her off the hook by asking her to make sure no such incident will ever happened to other customer, let them be children or adults.

    The most important point is they now knew that their misbehaviours are not acceptable and customer can talked directly to their higher management, and they will be hearing from their bosses should the complaint reached them. And we, as customers, must make full use of this ability, to complaint for we have the right to do that.

    Thanks again bro. Have a nice day.

  2. OuchhH!!

    Terima kasih, sekurang-kurangnya perkara macam ni boleh jadi panduan pada pelanggan yang takut atau treagak-agak untuk tuntut keadilan.. =))

  3. selalu kalau dh complaint ke HQ, selalu branch yang diadu akan panas buntut. Saya selalu komplen especially perihal McD. Derang lagi la kurang adabya. Saya pun dulu keje McD tapi taklah mcm tu perangai. Bukan bab2 restoran je, kadang-kadang salesman jual kereta pun sama.

    Haritu masa syarikat nasional launch kereta, saya ada pi meninjau kereta baru kat ruang pameran. Ada la dua ekor salesman dok main-main hp. Dah la takde brosur, senarai harga pun takde.. Dah lama saya tawaf kereta tu, dua ekor tu masih buat tak tahu. agaknya penting kot hp tu. Last-last saya approach dua ekor tu dan tanya soalan berkaitan dgn kereta tu loan dll. Yang panas hati, mereka langsung tak pandang muka kita bila menjawap. Muka dok tgk hp. Then saya mula tinggi suara dan kata "awak ni semua dh lama ke keje salesman? Kalau dh lama tentu awak tahu adab2 melayan pelanggan mcm saya…" terkebil2 derang kat situ…tau la sales masyuk..eksyen plak

  4. wahhh I pun pernah kena sama kes macam kawan you tu di KFC jugak tapi lain cawangan. Anak I beratur tapi dia pergi dahulukan orang yang beratur belakang anak I. Nasib baiklah I dekat terus I sound jer kata anak I dulu. Orang yang beratur belakang tu pun kurang ajar nak main potong queue orang jer. Nampaknya KFC memang kena latih & hantar training staff derang supaya lebih beradap.

  5. Oooooooo kfc mmg terkenal dalam bab lembabnya dan servisnya yang slowwwww gile macam siput. Belum lagi pekerja yang blurrr takde product knowledge. Pengalaman saya komplen siap tulis kat website diorg. Last2 manager branch tu call minta maaf and nak bagi voucher zinger burger percuma. Heh.

  6. sebab tu la org kat kaunter kedai2 kat sini selalu tanya "how may I help you?"kalau kita dok berlegar2 depan mata diorg..

    susah agaknye diorg ni ckp "boleh saya tolong anda"…

    emo ni!!!

  7. Hmmm… malas dah nak cerita pasal kualiti servis.. tapi bukan semua cawangan KFC macam tu. Ada jugak yang bagus. Walaupunnnnnnn… saiz ayam dah dikecikkan… macam makan ayam serama la pulak! Tapi harga mencanak naik.. hmmmm…

    Dan bukan KFC je ada insiden macam ni, restoran makanan segera yang lain pun ada jugak.. terpulang kepada kita, nak guna hak kita sebagai pengguna ke tidak..

    P/S: Kalau nak pergi Pizza Hut di KL, elakkan pegi cawangan The Mall, servis teruk!

  8. Hmmm… malas dah nak cerita pasal kualiti servis.. tapi bukan semua cawangan KFC macam tu. Ada jugak yang bagus. Walaupunnnnnnn… saiz ayam dah dikecikkan… macam makan ayam serama la pulak! Tapi harga mencanak naik.. hmmmm…

    Dan bukan KFC je ada insiden macam ni, restoran makanan segera yang lain pun ada jugak.. terpulang kepada kita, nak guna hak kita sebagai pengguna ke tidak..

    P/S: Kalau nak pergi Pizza Hut di KL, elakkan pegi cawangan The Mall, servis teruk!

  9. Servis KFC kat Labis tak brapa bagus, kalau kat Gemas bagus. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri la yang pernah bertekak dengan Manager KFC Labis pasal front staff dia ter-over charged RM2, lepas tu tak nak pulang balik duit. Pesanan: sila ambil resit bila buat pembelian. Kekadang dek kerana ketidak-kesahan kita sendiri, front staff akan ambil kesempatan.

  10. I think such situations tak patut dibiarkan. It's nice to read that the mommy stood up for her kiddo.

    Sometimes people might think tu adelah perkara kecik, but then, who are we kidding? Perkara kecik tu lah might effect the kids' childhood and the kid might just grow up to be an introvert and then jadi takut nak approach orang. It will have a huge impact on the kid's life.

    I know a kid who had a bad experience over the counter. Almost similar situation, but worst, she got scolded, got a shock and cried. Up till today, even as a teenager, nak order makan pun ajak orang teman pegi counter, as long as there's someone standing next to her. That's how bad of a childhood trauma she had.

    It's not fair to these kids. Afterall, dorang dah boleh berfikir and all, they sure will remember if its a bad experience.

  11. Pernah saya pi McD, staff kaunter mcm tensen, supervisor pulak dok marah2 mcm nak tercekik 10 burger dlm tekak lalu saya bercakap ngan supervisor tu.."kalau korang nak bergaduh, sila buat gelanggang gusti kat tepi tu..boleh saya jadi pengadil"….

    Pengalaman saya kat KFC selalu bila order, makanan tu tak siap, so derang bagi nombor besi dan letak kat tray. Katanya jap lagi derang hantar makanan tu. Saya tgk, makanan dh ada tapi dia dok bagi kat pelanggan yang take away. Lalu saya pi kat dia dan serahkan no besi ni dan berkata "dik, adik makan je la makanan tu..saya dh takde selera"….

  12. walaupun tak semua tapi bila dah dikumpulkan memang panas jadinya, habislah prestasi branch dorang lepas ni, bukan nak tangguk di air keroh tapi kekadang dorang ni kena ajar skit. eh.. skit tak cukup kena ajar banyak2 baru cukup..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *