PEMILIK KLUANG RAILWAY COFFEE LAKUKAN SAMAK.

PEMILIK KLUANG RAILWAY COFFEE LAKUKAN SAMAK.

Lanjutan dari entry bertajuk PEMILIK KLUANG RAILWAY COFFEE MENJAWAB yang antara lain menyebut reaksinya terhadap status tidak halal kopi serta madu yang digunakan serta entry terdahulu bertajuk UPDATED: SAH KOPI KLUANG RAILWAY TAK HALAL, pemilik kopitiam itu akan melakukan satu tindakan Khamis ini.
Aku menerima mesej sistem pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 10.30 malam Isnin, memaklumkan beliau sudahpun berurusan dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dan Khamis ini, akan melakukan samak bagi menyucikan tiga premis kopitiam lantaran penemuan gelatin babi dalam kopi yang digunakan.
Samak akan dilakukan Ketua Bahagian Penyelidikan Jaij, Ustaz Yosree Ihsan dan ia akan bermula jam 9 pagi Khamis ini di premis Kluang Railway di Jalan Tasik, Kluang disusuli Jalan Station dan premis pertamanya di Stesen Keretapi Kluang.
Jumaat pula, sebuah lagi premisnya di Plaza Kotaraya, Johor Bahru akan turut disamak.
Terdapat persoalan kini, premis mereka disamak, apa pula status kopi yang didapati mengandungi gelatin babi serta madu yang mempunyai kandungan alkohol?
Apapun, usaha segera pengusaha bukan Islam ini harus dipuji kerana ia menghormati tuntutan agama kita dalam penyediaan makanan dan minuman.
Kita nak lihat apa tindakan selanjutnya pengusaha dalam menyakinkan pelanggan beragama Islam.
Updated: Buat sementara ini, premis kopitiam itu ditutup sementara operasinya termasuk proses pembuatan kopi bagi dibekalkan kepada jenama kopitiam itu. Satu proses pembuatan baru akan dilakukan dengan pengesahan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jaij, serta halal certified.

9 Replies to “PEMILIK KLUANG RAILWAY COFFEE LAKUKAN SAMAK.”

  1. assalamu alaikum, semuanya disbbkan duit, dia da takut bisnes tak dtg, kalu betul kopi kluang hormati kita, knp dari dulu tak mohon sijil halal.

    kpd saudara seagama, kenapa masih mencari yg lain, sedangkan pilihan utk mkn dan minum yg jelas halal masih ada didepan mata.

    walau apa pun, kesanggupan utk menyamak tetap dihargai.

  2. abg hazrey…ada satu lagi premis best punya mee yoke in town..di satu lokasi Kelana Jaya, kalau bebudak k.j mesti tau…saya pun salah seorang pengunjung setia until the owner confessed to me his secret ingredients – babi for stock..pergghhh selama sejak pom 1 sehingga umo 24 aku telan makanan dia tu (maklumla masa pom 1 tu tkde kesedaran cop halal etc..kami makan je sbb geng ramai makan situ..n tgk akak2 indon pakai tudung yg jual) so…yeah, gi la serrrbu..ehehheh…

  3. byk lagi kopitiam yang masih diragui status halal. tapi macam dah senyap je operasi check sijil halal ni.

    eloklah owner premis ada rasa tanggungjawab. tindakannya wajar diberi pujian. tapi yang kopitiam2 lain ni bila nak ambush?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *