THEY SAID – KAMI LEBIH DARI POLIS.

THEY SAID – KAMI LEBIH DARI POLIS.

Setiap kali paparan 999 dan jika ada berita dari Johor, tentu nampak muka comot aku sedang bertanya dengan suspek yang ditahan.
Dan, pasti ada yang sms atau call – kau ni tanya mengalahkan polis.
Kadangkala ada yang tidak memahami. Dan bagus jugak kalau yang telefon atau sms, sebab itulah peluang aku untuk cerita disebalik semua kisah yang dipaparkan.
Apa yang dilihat dengan masa terhad bukanlah
“Most people learn by observation, and there are the few who learn by experimentation. And then there are those who actually TOUCH the fire to see if it’s really hot.”
– Anonymous
And us, the journos are privileged to touch the fire and its definitely hot.
Tampak mudah, kadangkala kami menunggu sehingga 6 jam semata mata untuk menerima khabar kurang baik, target tidak masuk ke sasaran. Dan kami tidak mengeluh seperti wartawan hiburan. Kami terus senyum.
“Biasalah Tuan, benda ni macam laut jugak. Ada pasang surut. Kadang kadang ada. Kita pun tak tahu depa tak mau masuk. Takpe, meh kita sejukkan tekak dengan teh ais kurang manis dengan roti banjir.”
Dan biasanya, mereka berterusan meminta maaf, padahal kami pun tak kisah sebab adakalanya operasi yang disertai membuahkan hasil. Yang tak dapat sasaran mungkin satu dari 50 serbuan yang kami sertai. Maka, takpelah kan.
Dan kami jugak tak menceceh macam orang tak dapat tiket konsert Maher Zain atau tak dijemput preview Hikayat Merong Mahawangsa. It is our job to find the (source of the) story and not the other way around. 
Berbalik kepada soalan soalan berbunyi ‘ganas’ dalam paparan 999, sebenarnya banyak kali kami turut membantu mereka yang ditahan, contohnya gadis yang bawah umur yang mengandung enam bulan di mana kami turut sama-sama tak tidur sehingga jam 10 pagi dari malam sebelumnya untuk menunggu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.Itu yang ramai tak tahu. 
Satu lagi contoh ialah apabila Mazidulakmal dan penerbit 999, Shahnun sendiri membantu kes pemerdagangan manusia di Sandakan, Sabah tak lama dulu.
Sejak mula lagi, penerbit eksekutif 999, Mazidulakmal Sidik sudah memberitahu untuk melihat sesuatu perkara bukan dari satu perspektif semata mata, kerana kita bukan pihak berkuasa.
“Don’t look at the way things are and ask why – think about the way things could be and ask why not.”
Ramai yang selalu kata – wah femes kau sekarang. That is NOT true. There no such thing as famous. 
We do our coverage like others too. The only difference is we have a dedicated programme. Itu jek.
Kekadang kami bukan nak sangat terpacak kat situ bertanya pada mereka yang ditahan, ini bukan kisah orang kahwin atau orang menang loteri tapi orang yang ditahan pihak berkuasa, selalu jugak kami fikirkan tentang dendam namun ingatan pada Yang Esa, menyakinkan kami.
Dan kalau dengar suara orang bertanya, ia juga akan jadi satu shot yang kurang lengkap kerana kita tak tahu siapa yang bertanya dan ia tergantung sebab tak nampak relevan kepada skrip yang ditulis dan keseluruhan cerita. 
Pun begitu, soalan mestilah relevan dan kehadiran kami dalam sesuatu serbuan itu membolehkan kami memahami apa yang berlaku dan situasinya.
Ya, antara soalan pemula kami termasuklah dah makan belum, anak berapa, asal mana dan kadangkala kami memuji mereka yang ditahan termasuk cantik rambut, lawa baju dan sebagainya. Ya, kami peramah.Selagi mereka tidak disabitkan, mereka bukan orang yang bersalah dan mereka juga manusia. 
Of course, soalan soalan tu semua tak akan dipaparkan dalam 999 sebab tak relevan. Tetapi lazimnya, soalan pemula akan memudahkan kami mesra dengan mereka yang ditahan untuk menjawab soalan soalan kami dengan rela hati.
Dua minggu lalu contohnya kisah seorang wanita dari Negeri Sembilan yang dicekup kerana menawarkan khidmat seks di Jalan Wong Ah Fook Johor Bahru. 
“Rambut awak ni memang kerinting ke? Ke buat kat saloon? Mesti mahal kan?”
Wanita itu tersenyum dan menjawab tak mahal sangat bang. Dan itu sebagai break the ice. Dan yakinlah, kami tak paksa mereka menjawab. Kalau taknak jawab, itu hak mereka. Tapi Alhamdulillah, kami selalu mendapat jawapan. 
Malam ini, malam yang sama. Jam 9 malam. Pastikan frekuensi VHF anda tepat untuk siaran lebih jelas di stesen televisyen ini.

Dan ohh tak, kami tak mintak nombor telefon mereka.

5 Replies to “THEY SAID – KAMI LEBIH DARI POLIS.”

  1. oppps pembetulan

    selalu kadang2 baca artikel artis tu bagi statement entah pape yang mana membuatkan pembaca kata "perasan". aku rasa most of the time wartawan yang tanya soklan tu baru artis jawab. tapi bila keluar artikel jadi mcm artis tu yang hegeh2 bagi statement. eh terkeluar tajuk.

    ko gi operasi ni dikaber insurans pape tak? peribadi? kompeni?

  2. amboi. gile ganas abang polis2 dalam 999 tadi. tak sempat drebar lori tu nak bedalih terus kena tengking. kah2. padan muka. orang camni tak layak cakap elok2.

  3. betul- bukan semua serbuan, operasi yang disertai menemui kejayaan. aku pernah sampai bermalam dalam kereta di pinggir hutan, dengan nyamuk dan macam2 bunyi, dan akhirnya, jam 5 pagi, dimaklumkan, ops gagal. apa yg dilihat di kaca tv, mungkin adalah ops yg ke 17 di mana 16 lagi gagal, atau setalah melakukan intipan berhari2, maka hari ke 8 baru berjaya.
    kadang2, dgn bertanya, bersembang dgn yg ditahan, macam2 perkara diketahui yg kita tidak ketahui sebelumnya.
    apa2pun bro, ko dgn mazidul n krew, memang gandingan mantap.

    tahniah.!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *