UPDATED: SAH KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL.

UPDATED: SAH KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL.

Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal.
Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hubungi tadi mengesahkan jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin babi dalam kopi terkenal itu.
Manakala madu yang digunakan dikatakan terdapat kandungan alkohol.

Hakikatnya, enforcement perlu lebih tegas dan penyiaran maklumat seperti ini perlu dihebahkan supaya umat Islam tak terperdaya.
One blogger Salmiah wrote about this on her blog.

UPDATED:

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang:
Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.
Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.
Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.
Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.
Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.

Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.

UPDATED (03:00 am / 25 March 2011)

Pemilik Kluang Railway Coffee memberikan jawapan kepada isu ini. Klik pautan berikut:

PEMILIK KLUANG RAILWAY COFFEE MENJAWAB.

32 Replies to “UPDATED: SAH KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL.”

  1. Susah betul skg ni kan. Bnyk benda2 gini berlaku. Enforcement berwajib patut amik serius hal2 gini kan..Mujur la saya x minum kopi, tp sedara2 Islam lain tu kalau kita tak beritau terjebak sama…

  2. this is what happen when people dun really care what is halal cert. function actually. make sure every eateries that u go into must have halal cert. at least u hv confidence…

  3. hawau btol2…minum kopi kluang bersama roti kaya adalah agenda wajib bila turun kluang@johor…bila balik kl pasti berbungkus2 kopi akan dibawa balik…siap promosi pada rakyat jelata yang x pernah minum atau ke kluang..rupanya x halal…hamoeh tul…tp kan ada org kata tauke kedai ni cina-islam..yeke??

  4. thanks coz' sama2 sharing about this…sepatutnya memang perlu di war2 kan..coz' tadi jalan2 area bandar…ada lagi umat ISLAM yang makan minum kat situ..nauzubillah…

    btw…memang betul owner sebenar kluang railway tu cina mualaf…tp dia dah pindah ke ipoh and buka cawangan di sana. Yang kat kluang tu tak sure either adik or sepupu dia yang take over and adik or sepupu dia tu still CHINA non MUSLIM k.

    me dpt info nie coz' my FIL memang kenal rapat dgn owner lama dia and tempat tu memang dah jadi salah satu port we'll satu family utk b/fast or minum petang. So, lepas nie…mmg takkan jejak kaki ler..

    and
    my hubby sendiri called pejabat agama kluang utk sahkan status Kluang Railway nie since kawan dia sms berita about that.

  5. assalamualaikum…
    wa mintak share link ni yer der…

    adoi, wa baca sambil tepuk daya juta kali. wa sket giler kentang smp ke kluang ha semata nak carik kopi sedap. upanya panggilan setan kasik wa mkn benda x halal. patotla islam jiwa makin gelap skrg. jabatan yg sepatutnya plak wakper selama ni?! hmmmm… salahkan org lain semata x guna jugak kan… diri sendiri leka… x pasti sana ade HALAL ker x tapi confident belasah jer… adoyai…

    terlebey emo plak. kalo copy komen ni leh siap 1 entry ni. hehheee…

  6. buffet ramadhan WAJIB ada sijil halal tak silap wa so kpdn berhak sita. kluang station cawangan 1utama mereka buat berbuka puasa. murah lak tuh. komen masih tak banyak sebenarnya. ramai lagi tak tau. awat benda HARAM tak leh masuk tv TAPI kes sudin ajaib yang HALAL heboh 1 dunia? oh lupa, akhir zaman lah, der… lambat lak ujan asid nak mai malaya nih!

  7. selain dari menyalahkan orang lain

    diri sendiri kene periksa dulu

    contoh macam kopitiam
    ada 2-3 je yg ada sijil halal tp orang kita orang islam sendiri jugak yg macam xde tempat lain nk mentekedarah?

    ape cer?
    ape cer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *