VIDEO LUCAH.

VIDEO LUCAH.

Kalau cerita aksi seorang pemimpin pembangkang dirakamkan ketika melakukan seks keluar minggu lalu, aku mesti cuba cari di kedai kedai yang diserbu KPDNKK. Tapi mestilah tak ada kan sebab kata Datuk T, ia masih dalam simpanan dia.

Standard answer yang aku dah dengar semalam dalam berita ialah ada yang mendakwa ia adalah doctored filem. Bukan senang nak doctor movie. Kena pakai CGI. CGI bukan murah. Kalau tak caya, tanya Yusry KRU yang buat Hikayat Merong Mahawangsa. Dia pun terkial kial. Tak aku pun pasti, video yang disebut Datuk T, tiada kena mengena dengan Hikayat Merong Mahawangsa.

CGI boleh buat kita tercungap cungap dek kerana kosnya. Bukan murah.

Dan ramai juga yang sms tanya sama ada aku dah tengok video itu. Aku pelik, patut ke depa tanya soalan tu pada aku? Dosa ok. Lagi pulak kalaulah yang beraksi dalam tu orang tua, mau muntah darah aku nak tengok.

Ramai yang meneka, termasuk di laman sosial dan tidak berapa sosial dan ada juga yang menepis, termasuk di Balai Polis Dang Wangi.

Aku tertanya, selamatkah ia disimpan? Dan ramai tertanya siapakah Datuk T.

Ramai yang meneka dalam kesamaran.

Siapa Datuk T ni. Jangan tanya aku sebab masa video Chua Soi Lek keluar dulu, aku dah macam jangka he will make a comeback.

Cuma soalan aku ialah: adakah terdapat laptop dalam video itu? Adakah wanita itu menonton sesuatu pada skrin laptop? Berapa angle shot? Ada close up shot tak? Lighting ok ke tidak? Berapa durasi video itu? Banyak tak foreplay atau terus shoot? Ya, ia berbunyi lucah tapi tanya diri korang, kenapa korang nak tengok?

Dalam pada tu, kenapa Datuk T tak serahkan rakaman itu kepada pihak berkuasa?

Terdapat Seksyen 18 (4) (a) dan Seksyen 5 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 bagi kesalahan mengedar DVD tanpa Perakuan B dan filem lucah. Kalau tak silap, dalam Seksyen 5 itu ada disebut mengenai penyimpanan bahan lucah.

Apapun, bila tempohari disebut nama Datuk T, aku cuma terbayang cerita A-Team.

Gambar Mr T ini sebagai gambar hiasan semata mata sebab dah lama tak letak gambar. Dan aku pasti, bukan Mr T yang beraksi dalam video yang disebut Datuk T itu. Kalau dia, mesti calar balar pompuan tu dek gelang dengan rantai dia.

6 Replies to “VIDEO LUCAH.”

  1. Kalau kita rakam video dgn bini, ajak org tengok .kurang adap sopan.. Org timur, kalu ajak ramai tengok video org luar, kureng ajar namanya..itu belum bab Agama..
    Dato T ,boleh lantik anak2nya jadi ajen..bguz gak

  2. "Dan barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah menutup aibnya di dunia dan akhirat"

    Renung2kan la Datuk T, dan kepada sesiapa yang berhasrat nak jd pengedar bahan2 sebegitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *