EKSKLUSIF: MAHER ZAIN DAN GRO.

EKSKLUSIF: MAHER ZAIN DAN GRO.

Nanti, jangan marah duhai peminat Maher Zain (ماهر زين‎). Ini bukan cerita rekaan, tetapi eksklusif, dan masih tidak diketahui mana-mana pihak.

Apakah kaitan antara penyanyi kelahiran Lebanon pada 16 Mac 1981 dan GRO atau pegawai perhubungan pelanggan? 
Maher Zain tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran kejayaan album Thank You Allah malah berikutan sambutan yang begitu menggalakkan, penyanyi ini turut merakamkan lagu Insha Allah dalam Bahasa Malaysia malah sudahpun berkumandang di radio dan televisyen tempatan.
Tidak dinafikan rentak lagu serta bait lirik Insha Allah bukan sahaja berjaya menarik perhatian kalangan dewasa malah anak anak kecil turut menghafal lagu penyanyi ini.
Berbalik kepada GRO, mereka lazimnya ditemui di pusat hiburan atau kelab malam. 
Terbaru, pada Khamis 17 Februari lalu, aku menyertai satu operasi Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) di Taman Gaya, Johor Bahru. 
Kami bergerak dari IPD JBS kira-kira jam 10.30 malam terus ke sebuah pusat hiburan di sana.
Dua pusat hiburan di kawasan yang sama diperiksa dan antara GRO yang diperiksa dokumentasi mereka adalah gadis di bawah ini.
Ya banyak selulit. Tulah, taknak jaga kulit.
Wanita berbangsa Melayu ini ketika diperiksa mengakui bekerja sejak empat bulan lalu di premis hiburan itu sebagai GRO.
Anggota polis D7 turut melakukan pemeriksaan terhadap pelanggan yang berada di dalam premis itu. Kesemua mereka diminta mengeluarkan dokumen pengenalan diri.
Dalam kesibukan anggota polis manakala jurukamera, Zarinor Mohamed Noor membuat rakaman pemeriksaan dilakukan, kami dikejutkan dengan satu maklumat yang saya kira mengejutkan anggota polis dan kami yang menyertai serbuan itu.
Ya Maher Zain!
Kami kira ia agak tidak bersesuaian di premis seperti ini apatah lagi tiada meja yang kami lihat tidak dihidangkan dengan arak.
Namun, harap harap ia dapat menginsafkan wanita di atas ini, kerana ia berjaya membuatkan keadaan menjadi senyap seketika apabila secara tiba tiba, telefon bimbit wanita itu berdering begitu kuat dengan lagu Insha Allah nyanyian Maher Zain.
Begitu kuat sekali impak lagu Maher Zain.Baguslah jika wanita itu benar benar menghayati lagu Maher Zain itu.
Ya, itulah ceritanya.
Ohh, dan tidak, Maher Zain tidak berada di premis hiburan itu, cuma lagunya sahaja.
Aku tak tahu, tapi mungkin wanita itu mempunyai signifikan tersendiri menjadikan lagu Maher Zain sebagai nada dering telefon bimbitnya.
Kebetulan, ketika diperiksa dan aku sempat berbual dengan wanita itu, dia mengakui mengambil minuman keras. Harap dia cepat insaf. Mungkin lagu Insha Allah dapat menyedarkan dia segera sebagaimana liriknya. Harap dia tidak mengelirukan dirinya dengan lirik yang mengajak kembali kepada Allah SWT.
Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

22 Replies to “EKSKLUSIF: MAHER ZAIN DAN GRO.”

  1. kussss semangat… ingat maher zain la yg duk langgan gro selulit tuh hehehe.. yelaah mungkin hakak gro tuh baru nak brtaubat kot.. guna konsep.. mula2 insyaallah pastu barulah alhamdulillahhhh

  2. You're a wicked, wicked man, you know.

    Damn, you got me there !! 😛

    Note: I cry each time I hear that song. Each time. I admit at times sampai sobbing ok.

  3. hmmmmm… pernah interview GRO
    dan tanya kenapa kerja ini yang mereka
    lakukan..
    well…. salah satunya mereka terpaksa
    untuk menyara hidup yg susah

    nota
    kerja halal memang ada
    tapi namapun manusia..
    masih memikirkan duit lebih penting
    dari takut pada-Nya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *