MANA LAPORAN POLIS FASHA SANDHA?

MANA LAPORAN POLIS FASHA SANDHA?

Aku suka dunia artis Malaysia. Ia penuh dengan warna warni yang tak berapa pekat colornya. Macam water color jaman sekolah kita dulu, bila dah nak abis tu, kita picit bagai nak rak, pastu siap potong bahagian belakang tiub color sebab nak keluarkan belen belen color tu. 
Pastu masukkan air bebanyak, terus cair. Dah lari apa yang nak di color kan. Dan sebab tulah aku seorang yang gagal dalam bidang seni sebab aku tak seni. Aku kreatif sebab boleh pikir untuk memotong bahagian belakang tiub color tu. Haha. Dan itulah jugak dunia artis kita. 
Apapun, Mazidul Akmal Sidik ada menulis mengenai kisah Fasha Sandha yang mendakwa telah membuat laporan polis. Ini butiran yang ditulis Mazidul Akmal dengan tajuk Polis Menyimpan Laporan Kes Ugutan terhadap Fasha Sandha.
Ini berikutan twitter artis itu di twitville sebagaimana dilaporkan di dua blog gosip dunia hiburan Ohbulan.com dan rotikaya.com
Aku suka bila ia melibatkan perundangan kerana aku memang sudah dididik sejak mula menulis sebagai wartawan untuk membuat liputan mengenai kes jenayah. 
Ini yang ditulis Fasha dalam twitnya:
“Tak boleh, sms ugutan utk mencederakan itu adalah kes polis. Polis simpan kes itu lagi. RT @rotikaya dedahkan dear 🙂 @FashaSandha1: Oh ya, jangan lupa pasal sms ugutan from perempuan tu utk mencederakan I. Sms tu pun masih dalam simpanan I.”
Dalam blog Mazidul Akmal, dia menyebut:
“Berikutan kenyataan ditulis secara terbuka, saya telah menghubungi pegawai perhubungan awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memeriksa status kenyataan dibuat. Polis tidak sepatutnya ‘menyimpan’ laporan tanpa mengambil tindakan seperti dituntut undang-undang mengikut Kanun Keseksaan.”
Aku berada di N5 Dun Tenang seharian hari ini sejak dari pagi dan hanya memerhati twit artis itu dan pertanyaan dari penulis blog rotikaya.com
Kira-kira jam 6 petang tadi, aku turut menghantar satu twit kepada Fasha Sandha untuk bertanya bilakah laporan polis itu dibuat sebab setakat inilah, aku tak pulak baca di mana mana akhbar mahupun media alternatif bahawa satu laporan polis sudah dibuat terhadap dakwaan itu.

“Hazrey @FashaSandha1 hi fasha. U mentioned dah report polis? When was that? Apa status investigation? Seksyen? 506 Kanun Keseksaan?”
Bagaimanapun, seperti biasa, kecuali Fazley Yaakob yang membalas twitter dari aku, artis itu tidak menjawab. Haha, mungkin sebab aku tak diva untuk bertanya soalan ala ala wartawan hiburan kan. lols.
Aku cuba mendapatkan maklumat dari sumber sumber aku dan pemeriksaan mendapati tiada satu pun laporan polis dibuat oleh Fasha Sandha atau nama sebenarnya NUR FASHA SANDHA HASSAN. 
Ohh lupa, jika benar dakwaan Fasha bahawa artis itu diugut untuk dicederakan, polis boleh menyiasat kes itu mengikut Seksyen 506, Kanun Keseksaan sebagaimana lazim.
“Barangsiapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya; dan jika ugutannya itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah, atau hendak menyebabkan kebinasaan apa apa harta dengan api, atau hendak menyebabkan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh atau penjara, atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau hendak mentomahkan seseorang perempuan sebagai jalang, maka ia hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”
Ya, aku ada koleksi buku perundangan kat rumah aku. Haha. Aku tak simpan buku Harry Potter. Dulu berangan nak jadik lawyer, tapi sekolah sampai darjah enam jek.
Setakat jam 9 malam hari ini, masih tiada lagi rekod yang boleh mengesahkan bahawa satu laporan polis sudah dibuat Fasha Sandha terhadap dakwaan yang mengatakan dia diugut untuk dicederakan.
Jika benar apa yang dikatakan sumber sumber mengenai tiada laporan polis dari Fasha Sandha, maka aku rasa tidak sesuai untuk artis itu membuat dakwaan bahawa polis sudah menerima laporannya dan ‘menyimpan kes itu lagi’.
Dakwaan seumpama itu boleh menggugat keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa kita namun jika benar ia ‘disimpan’ pihak polis, apakah justifikasi pihak polis ‘menyimpan’ siasatan? Berdasarkan pengalaman, ia sesuatu yang janggal bagi pihak polis untuk ‘menyimpan’ laporan polis. 
Fasha harus ingat, dia seorang selebriti dan di twitternya sahaja terdapat lebih 50,000 orang yang mengikuti setiap yang ditaip dan dilayarkan ke ruang sembang sosial itu.
Manakala jika benar ia disimpan, Fasha harus membuat aduan kepada Ketua Polis Daerah tempat laporan dibuat. 
Aku pun amat berminat di balai polis mana yang artis ini buat laporan? Kalau ada sesiapa yang boleh berhubung dengan dia, tolong tanyakan sebab biarlah keadilan ditegakkan. Ia juga adil untuk semua pihak termasuk pihak yang didakwa. Nak jugak tahu siapakah individu yang dimaksudkan sebagai ‘perempuan itu’?
Lupa nak sebut, menurut sumber sumber aku, tiada satu pun laporan Nur Fasha Sandha Hassan pada tahun 2010 dan 2011. Tak pulak sumber sumber aku check 2009. Tapi kalau laporan dibuat pada 2009, parah tu. Tapi aku tak yakin sebab takkan polis ambik masa terlalu lama?

27 Replies to “MANA LAPORAN POLIS FASHA SANDHA?”

  1. Dua-dua pihak ada alasan tersendiri dalam isu ini. Ntah sapa betul.

    Kita tunggu dan lihat wpun tak berapa minat. hehehe

    Weyyy HAZREY, nak tanya soklan pun, sempat lagi ko “hi Fasha…”

  2. hmm..laras bahasa perundangan kanun keseksaan tu bila baca, terasa macam bahasa melayu lama la plak.
    teringat trus kitab mutla'al badrain hehe.ko mesti tau kan hazrey? hehe

  3. off topik..
    ptg td jumpa bro mazidul kat mesin ATM giant kota damansara.. baru cdg2 nak pow sekeping dua.. kekeke.. kim slm kat dia ye.. cantek no plate kete dia.. hehehe

  4. Q : Nak jugak tahu siapakah individu yang dimaksudkan sebagai 'perempuan itu'?

    A : Sapa lagi…nemesis dia si NoraDanish tu la..janda si Jejai jejaka rebutan tu..

    he's the cause of this mess tau.

  5. Hari tu Lisa Surihani, lepas tu Juliana Evans.. skang ni Fasha Sandha pulak? Hmmm….

    Hazrey, tak dapat jawapan dari si dia, tanya la Oh Bulan ke Rotikaya.. Fasha dah kasi greenlight suruh dedahkan.. dedahkan apa? jangan tanya guaaaa….. tanya sama Bulan dan Roti…

  6. awak x tau ke laporan tu pada 2008..len kali kaji dulu.cari betol maklumat tu..laporan tu mmg wujud..boleh tgok kat blog beutifulnara…jngan ingat nak hentam org len je…mcam ni ke blogger yang bek?penulisan yang sngat bodoh dari seseorang yang nmpak PANDAI..~~sekian..hanya dapat senyum je tgok awak menunjukkan kebodohan sendiri kepada folower2 awak..haha!!~

  7. dah tengok so called laporan dekat beautifulnara..entah entah laporan si fasha kena ragut ke..laporan kemalangan ke..laporan kucing hilang ke…

    kalau nak percaya fakta dari artis kegemaran..mintakla dia disclose fullscreen of the police report..siap dengan description report tuh..baru boleh start sessi bashing..adussssss!!!

  8. Bro, teringin nak tahu apa kandungan laporan itu.

    Teringin juga nak tahu, apa status laporan itu samada disiasat dan diambil tindakan atau NFA, no further action.

    Hmmmm .. It is just like the tip of the iceberg.

    Ditunjukkan bahagian atas tetapi mungkin part menarik di bahagian bawah.

    Hairan, takkan selepas 3 tahun, tiada tindakan diambil pihak berkuasa?

    Seperkara lagi, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, ugutan jenayah berlaku apabila wujud kenyataan berbentuk ANCAMAN kepada tubuh badan atau harta benda.

    Kalau kita kata "Jaga engkau!" atau "Engkau tungguhlah nanti ..", kenyataan tidak dikategorikan sebagai ancaman.

    Kecuali, contohnya apabila kita berkata, "Aku pecahkan muka engkau" atau "Aku bakar kereta engkau"

  9. Weh hazrey, nama ko ngan nama bro mazidul siap masuk blog gosip artis beautifulnara.com….. ekekeke… dah kalah artis ko ni. Nanti mesti masuk ruangan seiras artis – Ajai…( Bair ajai, jangan jejai.

    Bro maz, betul lah… vic pun pernah buat juga report polis pasal ugut sbb India tu cakap ngan Vic, "Lu tunggu nasib lu besok, kasi kena cukup2" Tapi menurut polis, ayat tu tak boleh dikategorikan sebagai ugutan. Selepas polis menelefon India tersebut, kes ditutup begitu sahaja. Jadi mmg teringin sgt nak tau….. apa isi kandungan repot tu.

  10. dah lar…mazidul ngan ko ni x payah nak sebok2 pasal fasha..korang wat lah kije len yang lebih berfaedah..mmg dah betul ade laporan tu…dah lar..skunk sebok lak nak tau isi nye…ape hal lah ngan korang ni…bek g masjid lah..wat keje berfaedah…amek tau hal org x pe..jngan smpai maSUK dalam kain org…mazidul ni pon satu..bukan dulu dye d kes gak ke…hmmmmm..g tgkap PATI ag bagus weyh..FS x d kacau idop ko pon

  11. pedulik lah ngan ape isi laporan tu..FS je yang tau…x payah nak sebok2…daripada korang sebok nak tau isi dye..bek korang g selidik pasal kes2 polis makan rasuah ke ape ke..lagi berfaedah…dunia dunia~~~

  12. eh… ini dot.com siapa ni? banyak dot.com lain (bertauliah ke?) hentam-hentam ni…

    hahaha

    hazreyDOTcom u buka kedai kopi siber ya?

    anyway hazreyDOTcom. ni blog u. suka hati u lah nak dotcom kan apa.

    u nak tulis u nak pinang Fasha Sanda pun u boleh.

    atau mungkin… pinang mawar ke? hahahaha

    dotcom dotcom betullah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *