TEMAN LELAKI PASANGAN NAK KENA TANGKAP KHALWAT TERJUN LAUT.

TEMAN LELAKI PASANGAN NAK KENA TANGKAP KHALWAT TERJUN LAUT.

Seronok kalau dapat holiday. Kalau dapat free holiday lagi bagus.
Di Malaysia aku rasa banyak destinasi pelancongan yang best best, cuma yang tak bestnya, it is NOT being well maintained. 
Kalau sesiapa yang pernah datang Johor Bahru, beritahu aku apa yang best kat Johor Bahru ni selain Pantai Lido yang semak dengan construction dan walaupun cantik pemandangan menghadap ke Temasek, ia kurang kondusif.
Dulu ada Tapak Senaman kemudian dibangunkan menjadi Danga Bay. Dulu kawasan itu menjadi tempat famili keluar dan adakalanya boleh lihat ramai yang berpiknik dengan seluar pendek dan bakul makanan berderet. Seronok.
Tapi seperti biasalah, bila malam, ada jugak orang buat piknik, tapi piknik berdua jek.
Pernah aku teringat dulu pada tahun 90-an, serbuan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) ke kawasan tepi pantai Lido tu yang memang terkenal dengan tempat bercengkerama di bawah bulan purnama. Wait, lazimnya kalau bulan mengambang agak kosong sebab line tak clear. Takut tengah meraba, orang nampak.
Satu couple lingkungan belasan tahun sedang elok duduk di tebing Pantai Lido berhimpit himpit bagaikan tempat mereka duduk tu sempit.
Agaknya, sebelum disergah tu, dialog diaorang:
“ayang, kalau ai pegang sikit awak, awak marah tak?” 
“alah u nih, ana oleh iter wat camtu,” jawab si perempuan merengek rengek.
“Alah awak ni, awak kan sayang kat iter, kan kan kan, comellah awak ni, pernah tak orang cakap awak ni muka macam Julia Rais? Alau wak tak bagi pigang, iter rasa cam nak uno wiwi jek tau, iter terjun jerlah kat laut ni”
“Ehh aner der, (sambil menepuk nepuk tampar boiprennya) wak ni iter tau ahh wiwi iter.. hihihi wiiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…”
Tak sempat agaknya ketawa manja itu abis tetiba ditegur pegawai penguatkuasa Jaij. Tentulah bagi salam dulu kan.
“Assalamualaikum, kami dari Jabatan Agama,” kata salah seorang pegawai.
Kedua-duanya toleh, dan satu adegan paling best dan dramatik berlaku.
Teman lelaki gadis itu terus terjun ke dalam laut meninggalkan pasangannya. Setan punya budak. 
Rombongan penguatkuasa yang terlibat dalam operasi tu semua tergamam dan aku pulak terus tergelak. Sungguh aku gelak. Dan gadis itu terpinga pinga tengok boipren sudah terjun ala ala uno wiwi (bunuh diri) gitu.
“Alamak, budak tu terjun, budak tu terjun,” kedengaran ada pegawai penguatkuasa menjerit.
Selain tergamam, ada jugak yang panik, yelah masalah ni kalau kuar media suspek khalwat terjun ketika hendak diberkas. Mungkin mereka dah membayangkan situasi yang sangat kritikal untuk berdepan dengan masyarakat nanti.
Pegawai penguatkuasa Jaij segera menghampiri gadis itu untuk membuat penilaian situasi sebelum satu tindakan segera dilakukan bagi mengelakkan lebih banyak damage berlaku dalam operasi itu.
Ada yang sudah memegang walkie talkie, mungkin untuk mendapatkan bantuan agensi lain seperti bomba, Polis Marin atau mungkin Navy yang kita tahu memiliki juruselam yang terbaik.
Aku mengikuti dari dekat apabila mereka approach. Ketawa aku dah terhenti sebab aku terpikir sesuatu yang buruk berlaku pada boipren gadis tu.
Gadis itu, sepanjang beberapa minit itu, kaku merenung ke bawah – ke arah laut tempat boiprennya terjun meninggalkan dia. Apalah agaknya dalam minda gadis itu apabila melihat jejaka idamannya sanggup meninggalkan dia bersendirian.
Beberapa langkah berjalan ke arah tebing. kami sekali lagi tergamam seketika. Sunyi keadaan pada masa itu. Tiada suara langsung kedengaran dari sesiapa termasuk dari wakil media yang mengikuti operasi itu.
Tak sampai beberapa saat, kedengaran sikit sikit, pelan pelan suara orang ketawa. Jenis ketawa yang di control sungguh tanpa mencacatkan unsur dramatik pada adegan terjun laut itu.
Aku tertanya, apsal pulak ada orang ketawa. Aku pun cuba mencelah di antara pegawai penguatkuasa dan aku terbeliak mata. Abis budak ni, aku kata.
Aku jenguk ke bawah – laaaa air surut kekdahnya. Dan boipren gadis tu tersekat dalam selut pantai Lido dan tak boleh bergerak. Bagi menambahkan unsur dramatik, sempat pulak dia terjun dengan helmet. 
Aku tak tahu sama ada gadis itu berkahwin dengan boiprennya atau tidak, tapi kalaulah kau gadis yang kena tinggal tu, beritau lah kami, kau kahwin ke tak dengan boipren takde prospek tu. Haha.

27 Replies to “TEMAN LELAKI PASANGAN NAK KENA TANGKAP KHALWAT TERJUN LAUT.”

  1. Mula-mula aku baca tang dialog tu sungguh aku bingung. apa ke bendanya “uno wiwi” tuh?

    Mujur ko sebut maknanya… Laarrr baru ler aku tahu.

    Btw, kisah Pantai Lido top dgn kisah piknik berduaan tu memang sejak dulu lagi, sampai ada kawan aku novelis buat citer tentang nya. ohhh hebat!

    Terjun dgn helmet? Cisss… lawak antarabangsa sungguh!

  2. pueh la akak ko pikir..uno wiwi tu menatang apa…rupanya bunuh diri..adabahasa elok2 guna bahasa darat..adoii..sekali kantoii..bunuh diri amenda mcm tu..belum apa2 baru kena sergah dah x nak bertanggungjwb..

  3. ahaha…teringat time muda remaja mak ayah x kasi p pantai lido ahaha lama2 baru tau naper…tp ada satu kali tuh part time kat satu hotel btoi2 depan pantai lido tuh…blik2 kene kaco org gila seks..ahahaha tobat gwe x p sana smpe la ni

  4. Lawak gile ok!! Dulu penuh dgn org nak bercengkarama kat situ and waktu petang2, ada budak2 mintak sedekah.. ramai gile ok! Aku kalau pi JB, tak pi jalan2, tapi pi makan2.. oh I really missed JB!!!

  5. pueh den nak terjemah apa itu uno wiwi…aduyai….haha..kalau gadis tu kawin dgn laki tu..den xtau la…agaknya gadis tu terus bengong kot bila tgk boypren dia terjun laut….hahaha

  6. Masa acu belajar kat Skudai,Pantai Lido salah satu 'port' dating acu & boipren…tapi acu pegi petang-petang je…syok tgk ibu bapa bawa anak2 main kat situ sambil kami menikmati tauhu bakar / steamboat…

    nak unoh wiwi tapi tersekat dlm selut??? muahahahaaa…betul2 lawak antarabangsa lah bro…hahahaaa

  7. Adeh laa… puas ler aku nak pahamkan dialog couple dramatik tu.. kalah bahasa sms anak sedara aku.

    Tapi ending dia sangat bagus. Mana-mana adegan slapstick pun tak boleh lawan. Keh keh keh keh…

    P/S: Abih kantoi aku baca blog Hazrey kat office.. iskkkkkkkkkk…

  8. hahahaaa..tersembur bubur pulut itam den baco lawak ni ha..uno wiwi kunun..bru jab.agama bg salam dh terjun laut..mmg lawak p.ramlee terjun air surut..bongokss..

  9. Mila
    hahah, itu live.

    noorcahaya
    haaaaa nasib baik tak kena cekup, kalau idak sure nak uno wiwi

    wahidah
    hahahahah..

    chenal
    jaga kepala jangan cedera.

    rina
    tulah makan tak ingat orang. cuba hantar semangkuk dua.

    anna
    masa lum kawin. dah kawin, nampak lautan api: "alah awak panggilah bomba"

    audra
    bagus kantoi. esok naik gaji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *