ITS HAZREY.COM NOW. Ini bukan blog gosip artis. Its all facts, you dumbhead.

ITS HAZREY.COM NOW. Ini bukan blog gosip artis. Its all facts, you dumbhead.

Aku suka tajuk ni especially the last word.
Lepas migrate the domain to www.hazrey.com semua link kekawan hilang. 
Aku pikir nak list kan balik tapi sebagai manusia yang dah menghampiri usia Maghrib tetapi masih kelihatan kacak seperti Zed Zaidi, aku mintaklah korang tuliskan balik link korang semua kat ruang komen kat bawah tu.
Dan jika kau rasa kau pun kacak macam Zed Zaidi, silalah tulis blog kau. Kalau aku rasa menarik, aku link kan. Kalau cerita kau mengarut dan bila orang cakap kau mengarut, kau pura pura pengsan, jangan berangan ok. Hahaha. Dah jangan nangis, pergi ikat rambut.
Yang hot seperti Nursyella pun boleh. Tapi ini tips aku, kalau letak gambar kau macam ni, mesti ramai setan, iblis, jin dan pocong kliwon malam jumaat akan menurun kat blog kau. Mesti berjuta yang datang. Hahahah. Dosa aku letak gambar ni. Alah, korang pun selalu google gambar ni kan. Aku tahu. Im watching you.

Jangan risau, aku cuma ada domain jek, belum bercadang untuk mengeluarkan produk kesihatan mahupun gelang atau mengeluarkan filem sendiri di mana aku sendiri berlakon, aku sendiri jadik hero, aku sendiri jadik penyanyinya. Belum lagi sebab aku rasa kat Malaysia ramai lagi penyanyi.
Dan link yang korang letakkan tu tak memerlukan korang letak header blog ni kat blog korang sebab itulah satu benda yang paling LAME dalam blogville ni. Dan janganlah kasi aku gelak lompat kijang tetiba korang nak letak.
Dan blog ni bukan blog gosip. Dan blog ni jugak terutama kepada Ana Raffali, bukan blog yang pandai pandai tambah fitnah. Aku tulis berdasarkan fakta. Definisi fitnah adalah apabila sesuatu cerita itu ditambah, tidak bersandarkan fakta yang berlaku tetapi blog ni belum lagi nak masuk kategori macam tu. 
Maka, jika tak tahu apakah definisi fitnah, jangan pepandai nak gunakan perkataan fitnah.
Ok dah. Sekarang pergi buat kerja.

29 Replies to “ITS HAZREY.COM NOW. Ini bukan blog gosip artis. Its all facts, you dumbhead.”

  1. Tahniah!!!!

    Teringat dulu-dulu ada domain sendiri. Punya la nak eksperimen bagai, letak blog la, kedai online la, wiki la… last-last guna balik WordPress untuk blog.

    Bukan apa, malas nak maintain. Especially bila kalau google domain info tu, abih semua keluar. Ishhh…..

    P/S: Errr.. kalau time raya, boleh tumpang iklan serunding tak? heheheheheehhe

  2. Oleh kerana audra orang pertama komen utk domain baru ni, of course, bukan kata serunding, nak jual kepala keretapi pun boleh. Errr.. jangan lupa bagi sampling.

  3. walau mcm mana gaya pun aku tetap nak baca entry blog kau setiap hari. walaupun bukan blog gosip. kerana antara ilmu tu perlu juga sedikit gurauan untuk release tension.

  4. Tahniahhhh! BRO…

    sebab mampu upgrade rumah ko menjadi rumah yang lebih establish dan eksklusif.

    Hebat.. hebat…!

    Elehhh puji bebanyak pun bukan dapat apa pun, kan? kan?

    aku tak ingat url aku, lagipun tak penting lah tu semua…

  5. tahniah bro. kau kena daftar cap dagang nama hazrey.com tu supaya taklah nanti aku gi bayar juta2 nak dapatkannya…!!!
    bila le agaknya ko nak menginap kat kl lagi bro.
    boleh tak aku nak memohon semula untuk kau meletakkan link blog aku kat hazrey.com ni. kena buat resume jugak ka?.tapi blog aku takda dot com.
    anyway, tahniah.!!

  6. wahhh…. masing² tak mau kalah! Sham & Shah kat atas tu.

    Tahniah dah ada pasport peribadi alam maya – hazrey.com

    kembang hidung nak menyebut tuu..hehe..tahniah!

    sampai termimpi² hazrey tukar dot com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *