BAPA DAN IBU TIRI DERA HINGGA MATI KANAK-KANAK TIGA TAHUN DIHADAP KE MAHKAMAH.

BAPA DAN IBU TIRI DERA HINGGA MATI KANAK-KANAK TIGA TAHUN DIHADAP KE MAHKAMAH.

Ingat Nur Dania Qistina Norafizan, 3 tahun yang disahkan meninggal dunia pada 9 Januari lalu akibat didera?

Sebelum itu, bapa mangsa, Nurafizan Ludin, 30 tahun mendakwa beliau menerima panggilan dari isterinya iaitu ibu tiri Nur Dania Qistina bahawa mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas dalam baldi di rumah kira-kira jam 8.30 malam 9 Januari lalu.
Mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan disahkan meninggal sejam kemudian.
Bedah siasat mendapati terdapat 73 kesan kecederaan pada Nur Dania Qistina selain pendarahan dalam paru-parunya yang menyebabkan kematian mangsa.
Hari ini, bapa, Norafizan Ludin, 30, dan ibu tiri mangsa, Dewi Nadia Alias, 25 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru dengan pertuduhan membunuh dan melakukan penderaan terhadap dua lagi adik beradik mangsa.
Kedua tertuduh tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi menaiki van polis selepas dibawa dari Penjara Reman Ayer Molek, Johor Bahru tempat keduanya ditahan reman sejak ditangkap pada 10 Januari lalu di Felda Tenggaroh 6, Mersing, Johor.
 
Keduanya yang tidak diwakili peguam, dituduh menyebabkan kematian dengan niat terhada Nur Dania mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Bagaimanapun, ketika ditanya pengakuan oleh Majistret Hafizah Johor, kedua tertuduh hanya mendiamkan diri. Majistret Hafizah menetapkan 21 Februari depan bagi sebutan semula pertuduhan.
Bagi pertuduhan kedua, Norafizan dan Dewi Nadia didakwa melakukan penderaan fizikal erhadap dua adik beradik mangsa berusia satu dan 5 tahun antara Oktober 2010 hingga Januari 2011.
Keduanya dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan mengaku tidak bersalah.
Perbicaraan bagi pertuduhan kedua ini akan bermula pada 16 Ogos depan.
Tertuduh didakwa melakukan kedua dua pertuduhan di rumah Dewi Nadia di Jalan Tengku Mariam, Batu 17 1/2, Kampung Sungai Tiram, Johor.

11 Replies to “BAPA DAN IBU TIRI DERA HINGGA MATI KANAK-KANAK TIGA TAHUN DIHADAP KE MAHKAMAH.”

  1. Arwah Nur Dania sebaya dengan anak aku. Aku bayangkan arwah setinggi dan sebesar anak aku.

    Aku tak boleh tahan sebak dan sedih bercampur marah dan geram perasaan aku bila aku bayangkan anak aku pun kena dera macam arwah. Alangkan aku pura-pura nak jentik atau nak cubit pun aku akhirnya akan menangis diam-diam, inikan pulak nak pecahkan paru-paru dan cederakan anak tu dengan macam-macam cara.

    Aku berharap si pendera dijatuhkan hukuman yang setimpalnya. Alangkah bagus kalau hukuman itu berbentuk "an eye for an eye". Biar dia rasa.

    Dan biarlah adik-beradik arwah yang lagi dua orang tu mak kandung dia jaga. Semoga kes ini memberi teladan kepada semua orang.

  2. manusia yg kejam
    harap dapat hukuman yg setimpal

    mak dan ayah – patut membela – menjaga dan melindungi dan mendidik anak
    ini jadik pendera

    walopon itu mak tiri
    kenapa nak bela budak tu
    kalo dah tak suka???

    kesian…. anak yang tak berdosa

  3. ye, aku paham, jaga budak2 ni memerlukan kesabaran yg sgt tinggi.. especially umur 3 tahun ni mmg suka throw tantrums sampai mendatangkan amarah.. tapi tu la sebabnya, mak bapak kena belajar.. kena berckp dgn org, tanya pendapat.. ye lah dah tentu la kite yg beranak kecik ni masih muda, darah asik mendidih aje kannn..

    aku bersyukur sebab dkt sini ada health visitor yg monitor children sampai umur 5 years old. So, kite boleh ckp apa yg tak kena dan discuss the solutions. Kadang2 aku malu, sebab aku mmg ringan sikit pukul kaki dia kalau dia degil.. tapi lepas join the discussion, baru tau ada better way to elakkan all the mean physical act…

    Aku yakin mak tiri and pak si aruah ni depress.. korang tak rasa ke?

  4. kalau xnak jaga dulu jgn la bwk lari bdk2 tu… anak sendiri ke, anak tiri ke, manusia tau… mak dia xmengandung 9 bulan utk bagi kat org srh pukul! sampai mati lak tuh!

  5. I despise and against child abuse.
    yep, memang children that age suka throw tantrum. me my self pun susah nak control diri tp igtlah, apa2 tu anak yang xberdaya kot. dera2 dpt apa? puas ke kalau bdk tu dah xbernyawa. haish, igtkan zaman sekarang dah tak de dah mak2 tiri kejam ni. bapak dia pun boleh bantai turut serta plak. geram betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *