ANA RAFFALI MELATAH SEBUT POSTING OHBULAN KEJI.

ANA RAFFALI MELATAH SEBUT POSTING OHBULAN KEJI.

Aku sebenarnya malas nak cerita pasal artis kat Malaysia ni. Aku sendiri ada pengalaman tak best langsung dengan artis. Artis tend to besar kepala bila popular. Seriously besar kepala. They feel like God. They feel like no one else is above them.

Anyway, remember this entry: Lesen Untuk Lambat, Jadilah Artis.

Rasanya ohbulan.com carried the same story on this link – Artis Baru Gosok Baju Kurung 1 Jam.

Beberapa hari lalu, Ana Raffali menghantar twitter kepada penulis ohbulan dan hari ni aku tengok manggaonline turut menegur cara artis itu. Baca di sini.

Aku dah bertahun jadik wartawan, agaknya masa kebanyakan artis muda hari ni masih lagi terhegeh hegeh kat sekolah, aku dah menulis.

Dulu zaman aku mungkin susah artis nak berinteraksi atau nak beritahu tulisan kami keji sebab SMS cuma boleh hantar ke satu talian yang sama seperti celcom ke celcom sahaja dan belum ada integrasi sistem. Hari ni, takyah sms, twit pun boleh. And it stays there.

Ana Raffali menegur penulisan ohbulan sebagai keji kerana dia membawa nama bapanya. Bagusnya ayat kau. Tak pulak kau cakap tulisan ohbulan tu terpuji bila ada story baik pasal kau?

Aku pun setuju apa yang manggaonline katakan, jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.

Aku mengikuti siri twitter antara artis ini dengan penulis ohbulan, antaranya ohbulan menawarkan untuk Ana Raffali memberi penjelasan jika dia merasakan cerita di blog ohbulan.com itu adalah dirinya. Dalam story itu tidak disebutkan langsung nama Ana Raffali.

Penulis ohbulan bagi ruang untuk artis itu beri penjelasan jika merasakan cerita itu berkait dengan dirinya tapi Ana Raffali enggan dan hanya MENYURUH penulis ohbulan memadamkan cerita itu.

Artis itu juga turut menyebut, tidak menolak kemungkinan untuk menyaman ohbulan sebagai satu kemungkinan selepas dicadangkan seorang peminatnya.

Sekarang, artis bukan sahaja bergantung dengan media tradisional tetapi media alternatif turut memainkan peranan sebab orang sekarang malas nak menyelak suratkhabar. Samalah dengan Fasha Sandha, belum pun keluar media cetak pakai bikini, dah berjuta hits kat internet ni gambar dia, dan turut dipaparkan di blog hiburan. Takde pulak aku tengok Fasha Sandha twit suruh padamkan. Tapi yang signifikannya, aku masih lagi tak dapat tengok gambar tu. Its Fasha Sandha, so aku tak kisah sangat. Kalau Juliana Evans, sila twit aku cepat cepat ok. No more Lisa Surihani. Hati dah berubah sekarang. Hahaha

Kita jangan mudah melenting. Janganlah buat lawak yang tak kelakar. Banyak dah contoh contoh kat luar tu. Ambiklah iktibar sikit.

Tetapi bila berkali kali disuruh penulis ohbulan padamkan posting berkenaan yang dirasakan berkait dengan dirinya, aku terasa lebih keji sebab dalam blog ohbulan tu ada jugak cerita cerita baik pasal artis itu, kenapa tak disuruh padamkan semua?

Makin aku gelak bila aku baca twitter tu, penulis ohbulan pun berkali kali offer dia email penjelasan supaya dia boleh paparkan dalam blognya, tapi artis tu kata tak payah. Padamkan jek, dan dia kata terima kasih atas kerjasama anda. 

Maknanya, if you are a media practitioner, kita kena cerita baik baik jek pasal kau? Then, you should print our payslip and appointment letter. Tulah, aku tengok blog tu banyak jugak cerita yang positif pasal artis ni, tak pulak dia sebut: ohbulan, terima kasih for the support. Empat patah perkataan. Tak banyak pun kalau kita nak cakap terima kasih.

Agaknya kan kalau PM tu nak twit pasal orang gossip pasal dia, berjuta penulis dia kena suruh padamkan posting negatif pasal dia. Tapi biasanya kalau sesuatu isu itu heavy, dia akan counter melalui statement. Takdepun aku tengok dia cakap keji ke apa ke dan suruh orang padam entry.

Adakah lepas ni, Ana Raffali akan ada satu team pemantau untuk memantau semua blog hiburan dan blog blog picisan seperti aku ni, bagi memastkan tiada cerita negatif mengenai dirinya dipaparkan? Selepas itu, dia sendiri boleh mintak mana mana penulis blog terbabit memadamkannya? Kalau ada kerja kosong, bagilah kat aku. Aku nak jugak, yelah bukan senang nak kerja dengan artis popular macam Ana Raffali kan.

Anggota team ini takder kerja lain selain mengadap internet 24jam sampai mata bengkak. Google jek kan senang.

Tulah, nak jadik popular tapi tak tahu the how to. Belajarlah dari artis artis lama.

Apapun, aku tetap gelak.

25 Replies to “ANA RAFFALI MELATAH SEBUT POSTING OHBULAN KEJI.”

  1. ahh nasib baik x pernah minat dia ni. baru kenal gitar 2, 3 tahun claim dah pandai main gitar kununnn. bosan dia ni. walaupun i tak minat yuna, but i must say, yuna is far better than her.

    minah ni de masalah emosi agaknya. x habis2 sentap. dulu pasal photoshoot AJL pun sentap.

  2. alah…dah dekat komen berjela2 mengutuk dia…dah dia terasa, fasha sandha x terasa…nak buat cmne?

    tulis la apa yang nak…tp kena la ada ballz. ni tulis, berkias2 obvious…pastuh buat2 taktau. mmg la keji pun perangai.

    ohbulan ke, ohartis ke…sama je. masuk je tang komen…seme nak bajet alim.penulis dia pun sama. nasihat2 konon…padahal sah2 kutuk orang, kalau dorang berani…tak perlu nak berkias2. tulis nama. mana etika journalisme kalau nak berkias2?

    i hate ana raffali…tapi dah mmg sah2 tu cerita psl dia…apsal x tarik balik je? oh right…traffic blog. sapa yang keji skang?

  3. langsung xde ciri2 artis..
    standard lah artis dgn kontroversi..
    klu rse xnk goyang..
    g la dok dlm bilik jgn jd penyanyi..
    nyanyi dlm toilet je bole…
    kahkahkah..
    kesian….
    mcm ne nk glamour….
    baru kne acah dah melatah..

  4. kalau tak buat, kenapa nak sentap?
    orang suruh explain pun xnak
    lantak kau lah labu

    tu kan blog gosip. nama pun gosip. kalau xbetul tu dia xyahla beriya nak suruh padam segala. tula, elok2 indie nak masuk mainstream pastu xtahan dgn limelight.asek sentap, menangis xsudah.drama drama drama

  5. Lantak la…siapa pun dia, kita punya prespektif masing2. Ingat kita baik sangat! Dia x baik..kita pun sama jugak! pasal tu la kita kena ingat diri sendiri jugak. Sama la dgn Ana..itulah caranya utk ingatkan dia 'TOLONG INGATKAN AKU"

  6. Tak sia-sia aku tak minat Ana Raffali.

    Aku tetap sanjung artis lama seperti arwah SUDIR, Dato Shake..

    kalu yang baru pun Afdlin Sauki… few names lah.

    Yang muda gedik perasan bagus, bagi aku taktau nama pun takpe.

  7. adesss~ klu dah terperangkap dgn perasaaan ni ssh la.
    klu betol pon dia, knapa xnk bg penjelasan, b profesionnal la, bg la nmpk skit artist ni berilmu.skit2 nk saman,skit2 nk saman.bkn bsr mana pon malaysia ni.

  8. saman ah. dia ingat boleh menang. dia kena buktikan dengan segala jenis indicator yg dia suffer sebab benda ni. kalu menang pon jadi cam normala,dapat duit tp tak berbaloi. artis mesia ni suke abiskan duit taxpayer,benda yg konfem tak ley menang pon sibok nak bawak kat court. scare tactic much?

  9. pe hal lak nk marah2 ana?? pe kowg ingt kowg tuh da bguih sgt kew?? cuba la kowg letakkn diri kowg uh kt tmpt die time tuh,,!! pk luaq kotak la,, mybe die de alasan tersndiri npe die buat cmtuh,, mybe die xnk kowg tmbh lbey bnyk dosa kn,,!! da la wt cter y x btol,,!! putar belit cter jek pndai,,!! tu kira FITNAH tw x,,!! dosa fitnah tuh LEBIH BESAR dr dosa mmbunuh!! (de y nk pertikaikn knytaan nih??)pd pndngn sy, media seharusnya mnjd pemangkin kpd kjyaan artis2, bkn nya lbey kpd mnabur gosip y ntah pe2,,!! cne lah industri seni nk berkmbang klaw media asyik buat cter y auta jerk,,!! len kali selidik la dlu smpai akar umbi,, ni, dpt jerk cter, tros tulis dlm blog la,, cmnih kew gaya owg2 media kita??profesional la,,!!

    *ni jz my opinion,,

  10. "Ana Raffali menegur penulisan ohbulan sebagai keji kerana dia membawa nama bapanya. Bagusnya ayat kau. Tak pulak kau cakap tulisan ohbulan tu terpuji bila ada story baik pasal kau?"

    i like this!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *