KENAPA?

KENAPA?

Kenapa drama Melayu:

1. Mak Mah selalu sangat diberi watak orang gaji. Tak boleh ke lain kali Mak Mah diberi watak ibu Pan Asian seperti Juliana Evans? Salah ke? Berilah dia peluang. Aku sedih.

Mak Mah mau sajer berlakon jadik orang putih..

2. Orang botak adalah jahat. Orang ada misai pun jahat. Jahat jahat jahat. Stigma orang kita adalah orang botak – JAHAT, orang misai – JAHAT.

3. Orang kaya duduk tepi swimming pool petang petang minum fresh orange ada payung kat gelas. Kenapa tak minum kopi jantan atau kopi janda?

4. Orang jahat mesti pakai kereta sports yang modified ntah apa apa ntah. Sungguh Sivaji The Boss kan.

5. Datuk datuk dan tan sri tan sri mesti perut buncit. Orang tak perut buncit tak boleh jadik datuk ke? Abislah peluang aku macam ni. Berapa lama nak ternak perut cam aku ni. Model jari dah ada, model rambut dah ada, apa tak boleh ke aku jadik model perut? Gaviscon melegakan senak.

6. Kalau tokeh, scene dalam pejabat mesti ada adegan gatal miang gedik gedik. Pastu keluar pegi Tugu Negara ehh salah, tu cerita jaman Hail Amir, pastu keluar gi minum panas panas buta tepi kolam. Kesian pelakon extra sebab kena panas. Kalau banyak take, mau Samy Vellu diaorang.

7. Detektif polis mesti pakai jaket, macamlah Malaysia ni suhu 3 darjah celcius. Scene kat tengah panas buta pun kena pakai jacket. Jacket tebal pulak tu. Confirm lepas scene tu, meleleh air ketiak, pastu bau macam lori sampah baru lalu.

8. Kalau orang kaya mesti nak ada scandal. Pastu yang scandal semua hot pulak tu. Celaka betul lah. Kalau kaya semua hodoh.

9. Kalau orang kampung kerja kat opis, tiap tiap hari pakai baju kurung. Kesian sponsor kena standby baju, pastu credit kedai cuma keluar last last jek masa ending credit, tu pun orang dah tukar channel. Tak tesco betul.

10. Rumah orang kaya mesti tiang porch kalau monyet panjat, mesti kena tibi sebab tinggi sangat.

25 Replies to “KENAPA?”

  1. Perasan tak, part yg selalu ada dlm cerite melayu adalah adegan makan. Tak penahnye takde.. Pemalas betol nak pikir mana nak shoot eh, ambik senang, kat meja makan takpun kat ruang tamu sambil hidang air teh..cheh!

  2. Kang kalu aku buat drama, asyik shoot dalam bilik air jer, orang hentam jugak BRO….

    U rasa drama Melayu sesuai tak kalu guna bahasa skema?

    Ntah… aku bukan pelakun drama. Kalu kaya pun aku tak fikir aku nak melabur buat filem.

  3. Nanti kalau buat stail lain, org kata dah melanggar tatasusila kita sebagai bangsa yang penuh sopan santun. hehe.

    tambah sikit mak mah tu. sikit2 jadi hantu. penat tgk.

  4. kat malaysia ni pelakon veteran tak ada nilai walhal cuba tengok depa berlakon di zaman dulu2 tu, nak2 time P. Ramlee…berbakat!!!! kalau kat omputeh, pelakon veteran dibayar mahal..kat mesia, bayar ciput jer…. watak pun watak tempelan jer…. ada ke patut mcm tu…

    hoooiiihhh Mak Mah lawa ooooo…time berlakon dalam citer anak bapak tu…ke citer apa entah, yang dia jadi penyanyi kelab malam tu yang ugut P. Ramlee suruh bayr hutang dia tu, pergghhh kelas!!!!!

  5. Pengarah suma ikut kebiasaan..ikut jer org ..cam tak ada idea..coba tgk citer mat salleh tu..takde makan2 pun..takde adegan pool pun..laku gak..boom gak kan…bak kata u la Hazrey..Sivaji the boss sangaaaaaaaat!!…

  6. Your entry kali ni buat aku pecah gelak terbahak-bahak! Adoi.. senak perut, baby dalam perut pun moving actively as if dia pun ikut gelak!

    Very typical drama Melayu yang kita ada. Meh aku tambah 10 lagi.

    1. Time breakfast, sapu jem ke marjerin ke kat roti, pas tu cakap-cakap sikit, merajuk, terus blah.. lepas tu si mak akan cakap "haa .. tengok la anak abang tu!"

    2. Boss masuk office, bukak file sekeping dua, call secretary suruh cancel semua appointment, lepas tu terus keluar. Tak sampai 5 minit.

    3. Kalau contractor/engineer, kena lawat tapak pembinaan tengahari buta. Kalau watak tu orang perempuan, siap pakai skirt dengan kasut tumit tinggi.

    4. Kalau watak orang gaji, uniform dia baju Kedah dengan serkup kaler putih.

    5. Kalau watak datin/puan sri, takde keje lain selain bukak butik atau attend persatuan.

    6. Anak orang kaya tak ramai, paling kuat 3 orang. Selalunya anak tunggal, manja gedik-gedik atau anak lelaki yang macam tak reti nak buat decision sendiri.

    7. Minuman rasmi baik kat rumah atau tepi swimming pool – orange juice (atau nampak macam air sunquick aje).

    8. Drama/filem dulu-dulu, kalau perempuan nak marah orang lelaki yang jahat mesti start dengan perkataan ni "Binatang!!" lepas tu yang lelaki ketawa yang tak real punya.

    9. Some actresses – bab bulu mata "pelesu" tak boleh tinggal. Walaupun time tu kat rumah atau time nak tido atau scene bangun tido pagi-pagi..

    10. Kalau scene kat kampung, watak jahat mampu pakai moto kapcai aje lepas tu asyik la me-round kampung.. pas tu takde keje, dok lepak kat warung, main dam, sambil minum teh tarik, bayar pakai buku 555.

  7. Audra: hahahaa.. dun watch too much of malay drama nanti baby keluar macam muka iras mak mah. hahaha.. ok keluar macam juliana evans.

    Anna: jangan kutuk sivaji the boss lebih sangat, thats my favourite movie ok. lols

    rommel: tak boleh sebab slang dia persis seorang datuk. hahahahah

    netnet: itu dulu. now, orang gaji.

    putubambu: terasa aku.

    unaberry: hahahaha true. takder penyakit yang komplikated kat malaysia ni selain barah dan kanser otak. hahahahahahaha. yang selalu jadik mangsa, azhar sulaiman.. dulu lah..

    ruggedmom and faizal: props dah beli so kena pakai, takut kena audit.

    landaklaut: mak mah jadik antu eh? cerita apa?

    azrul: tapi itulah yang kau tengok dan tangisi setiap adegan sedih kan.

    azie: sesuai bahasa skema, apatah lagi kita semua sesama insan perlu untuk memahami hati budi masing-masing. ayat ni untuk scene, tepi sawah.

    ezal: haha

    dude: sequel – ngangkang. orang kita suka. suka sangat. baguslah. bantu industri perfileman tempatan. kesian dr rozmey.

    bungakopi: takyah buat, dah berlambak kat tv tu haaa.

    delancrett: nak save kan scene sebab nak cukupkan 40 minit period for a drama. kalau tidak nak masuk scene apa? scene bilik tido bini tengah sikat rambut kat depan cermin dan lakinya ala ala baca buku kat katil. halo, ada ke orang buat camtu zaman sekarang ni. Masuk bilik terus gelap.

  8. Erkk…dah tutup komen ni? nak tambah sikit, tu pasal la Rosyam Nor tak penah jadi datuk sebab tak der kriteria tang peghut tu…asyik laaa jadi anak orang kaya yang sentimental dan kaya tahap gaban gitu….

    Encik Hazrey…saya silent reader blog anda selama ini…tak sangka kita punya persamaan yang sangat sangat la chemistry….ai pun suka Sivaji The Boss- tue nama manja husben ai tau…

  9. nak tambah sket

    setelah buat pemantauan selama seminggu memang drama melayu aje suka spend 2-3 minit pasang soundtrack dan scene protagonis tengah berangan atas katil, tepi pantai atau kat balkoni. Drama omputeh takde pun.

    Kalau scene flashback mesti bosan sebab shot dia daripada mata kamera, bukan kalo ko berangan ko imbas balik imej dari mata ko sendiri kan?

    Kalau kompeni besar suka rujuk pada projek2 hebat dengan term projek ini, pojek itu tanpa kita tahu apa sebenarnya yang dia buat.

    perempuan sebelum tidur touch up mekap.

    kawan kat kolej/uni suka nak tegur "ko ni bila nak belajar, peksa dah dekat" padahal dalam realiti hanya wujud sikap 'sendiri mau ingat la'

    kalau jahat mesti ending sakit dan mati, takpun jatuh sakit dan merana konon karma lah.

    cerita hantu suka tampal intro ayat Quran walau cite merapu nak mati.

    Ok, mari direct drama sendiri pandai sangat cakap.

  10. cikgu nurin: mari kita bukak page "kami Menyokong Sivaji The Boss dan Samy Vellu"

    miloais: hahaha bulu mata tiga tingkat. hahahahah.. ada lif tak?

    mizzyn: hahaah aku suka kalau jahat mesti last last mati merana. hahahhaahah.. sungguh drama melayu kan.

    ieda: hahahhaha hahahahha.. hahahahahaha..

    sakit dada aku baca komen korang ni.. hahahahahahahaahhaha

  11. tadi kejap je tgk citer kat tv9. citer budak laki yg lembut. asal lembut, partner dia wan norsharmila. tapi tengok kejap je sebab tgk wan tu pakai wedges kayuh beskal. pastu org kg pun suka naaa pantis kening.
    citer melayu byk tak real dr segi solekan..paling teruk cerita puteri, tidur dgn bulu mata palsu dan mekap penuh.. helo…camne la muka diorang tak berjeragat dan berjerawat, kulit perlu bernafas ok!

  12. i gotto blaim the director yang tak buat homework langsung. director malaysia tak ambil berat all the details. saya dah kemukakan masalah ni di forum semasa filem festival pelajar bersama pengarah finas. ramai yang hadir tapi walaupun masalah ni timbul, tiada tindakan dilakukan. tiada perubahan. still i blaim the director yang tak competent.

  13. baru jer t'tgk satu citer melayu td(t'tgk yer coz tgh main tuka2 channel), ade lg ke stail ckap ngan pakwe 'aku-ngkau'..ni manenye zaman ni.paling busuk pun 'awak-saye' kut……
    satu lagi ader jer dialog 'oh ya'(disertai dgn blah…blah..blahh….)RELEVANKAH????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *