refresh | DEFINISI SEKSI |

refresh | DEFINISI SEKSI |

Ramai yang tak faham sebenarnya my intention of the entry about Siti Nurdiana.

Sebenarnya aku nak tanya apakah definisi seksi yang dimaksudkan penyanyi tu. Dulu diselar sebab berskirt pendek, tetapi semalam gambar terbarunya yang turut aku anggap seksi dan yang beza cuma – dulu dedah peha, sekarang dedah bahagian atas pulak.

Apakah “hati hati” yang dimaksudkan penyanyi itu? Adakah dengan dedah bahagian atas sahaja, itu bukan seksi?Nampak peha sahaja diterjemahkan sebagai seksi?

Adakah nanti jika ditanya pada penyanyi itu, kita akan dengar jawapan: “saya hanya mengikut kehendak penerbitan akhbar yang meminta saya memakai baju itu.”

She was quoted: “Kritikan hebat terhadap gayanya yang dikatakan seksi membuat Nana kini lebih memilih dalam penampilan.”

Dan gambarnya agak kontras dengan kenyataannya itu. Jadik aku sendiri tertanya, apa definisi seksi ni sebenarnya? Jangan dedah peha and people will say that you are sexy? Dedah lain tak seksi?

******************************************

Fire it up Houston.

Dari ubun ubun aku lembut (masih lembut), sampailah melepasi gunting tukang sunat dan kini bakal keluarkan wang EPF sebab dah tiba waktu matang, aku masih tak paham definisi seksi.

It is not a word, it is an attitude.

“Wuwiiieeee tengok tu, seksinya misai dia.” Dem, macam skrip gay, I am gay and I am ok. Yeah, but we all heard that before rite.

“Wohhh (sambil dengus dengus macam kerbau Pak Mail nak kena sembelih), nehgok tu awek tu, peha dia. Fuhh.” This too.

Pada aku seksi ini subjektif, kekadang awek pakai baju kurung pun seksi jugak sebab sungguh ayu. Macam gampang jiwang aku kan. Betullah, awek pakai baju kurung seksi lah. Tapi idaklah aku suruh bini pakai baju kurung 24jam, karang aku ingat macam nak kendurikan aku pulak. Aku tak rela.

Their eyes can be sexy too. I mean perempuan. Gila keldai kalau aku pi cakap:

“Faizal, seksinya mata yuuuuuu… wuuu wuu wuu..” kalau aku buat macam tu, selepas seorang jurutera, ada pulak seorang wartawan buat video, its ok.

Bila jejalan kat bandar JB ni, aku tengok kekadang, wait, selalunya, orang Melayu lebih seksi dari bangsa lain. They feel more sexy. And well, itu bonus lah, kata orang tengok sekali rezeki, tengok dua kali dosa. Ada pulak mangkuk cakap, ohh kalau macam tu, kau tengok jangan toleh toleh tempat lain. Itu mazhab toreh badan lah tu.

Anyway, aku tertengok Harian Metro hari ni (senin), ya aku baca sok kabor masa mesin cetak sok kabor dahpun cetak sok kabor esok. Aku sibuklah, bukan macam kau, asyik mengadap facebook dengan cari resipi, pastu nak marah orang pulak bila kena buat kerja. A’ahlah, appointment letter kau mesti tulis:

At all time, you must be connected to facebook and recipe hunting on the net – 24/7. Takperlah, untuk sedapkan hati, cakap dengan penuh keyakinan – alah orang lain pun makan gaji buta jugak. Hidup Melayu!

Ada tak siapa yang tak kenal Siti Nurdiana? Selepas dia pegi majlis majalah Eh! teruk kena bantai sebab pakai skirt panjang sikit dari seluar dalam Kuman.

Ini gambarnya masa Siti Nurdiana dikatakan seksi.

Aku suka seluar Bob Kuman ni. Epik ok. Aku tak tahu siapa sebelah dia sebab aku kurang arif pasal dunia hiburan kat Malaysia.

Sorrylah tapi aku cuma tahu Siti Nurdiana nyanyi lagu ala ala desa gitu. Ala ala kombo gitu. Orang yang menulis pasal dia seksi kat majlis mag Eh! tu idaklah pulak nyebut, dia nyanyi lagu apa.

Takkan lagu benang emas pulakkan.

Apapun, itu cerita lama. Hari ni cerita baru.

Baca dan tengok pastu pikir. Salah taip ke? “Kenyataan saya disalahertikan wartawan terbabit?”
 

Maaflah, kebetulan kamera aku takleh nak zoom, cuma boleh amik wide angle jek. Kalau boleh, takut pulak tersalah zoom. Sorry ya. Aku suci.

p/s: aku balik dari Parit Ju, Tongkang Pechah, banyak jugak aku tengok peniaga jual tembikai di tepi jalan.

20 Replies to “refresh | DEFINISI SEKSI |”

  1. Yeahhh aku baca sokabar ni semalam di ofis. Bila sampai jer page ni, aku terus jernit,

    “Weyyy tengok nih! Nana ni pakai bra push up ker?!”

    wakakakaka!
    utk nampak seksi kot, mau terbeliak mata duda dia!

    *Hmmmmm…. aku sentiasa rasa aku seksi. All the time! — sila pegi muntah.

  2. Gambar KUMAN tu, I like!
    sebelah dia tu mcm NABIL jer? Sorang lagi tu aku perasan dia berlakun citer Zombi Kg Pisang. Nama, taktau.

    Suar petak KUMAN, suar zaman aku kecik-kecik. Lama tingin nak ada suar camtuh, tapi MAK aku tak penah belikan. Jahit pun kain batang bantal jer buat suar katok!

  3. azie: ko nak suar petak tu? kat rumah aku ada byk laa pak syed punya hohoho 😀

    skrg dah trend artis pakai bra 'menongkat'nak kasi naik itu barang yg kecil supaya nampak besau dan lebih besauu :p

    buruk pulak bila terlampau besau dah jadi mcm cacat disitu huhuhu. *pic si nana*

  4. LOL! gamba tu T_T

    dulu bukan ke ada guideline baju yg boleh dipakai dan tak? artis rambunt panjang berjela kena kerat kalau dia jantan n so on. pelik tengok bukan main halang artis luar negara yang kafir pakai baju mendedahkan padahal tiap kali anugerah2 tu artis kita yg islam pakai macam.. apa beza?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *