Artis Kita – Supply vs Demand.

Artis Kita – Supply vs Demand.

Hujung minggu lalu, aku bersama blogger Azhar Abdullah di Kota Tinggi, Johor, bukan sebagai pasangan gay tetapi menganjurkan satu kursus Skil Komunikasi untuk 116 peserta.

Kami bercakap, berbual bermacam macam. Antaranya mengenai jumlah artis di Malaysia.

Tidakkah kita rasa mereka terutama penyanyi melebihi supply? With all the on-going competitions, contests, lahirlah bermacam jenis, bermacam bentuk penyanyi, yang gendut, yang tak gendut, yang seksi, yang dedah buah dada, yang dedah peha, yang selak kain, yang berlitup sopan etc?

Itu belum lagi yang dianjurkan bermacam hypermarket, bermacam macam even mini market pun nak anjurkan pertandingan nyanyi. Ohh, kekadang sampaikan Umno dan PKR sendiri anjur pertandingan nyanyi. Dah tak cukup ke penyanyi kat Malaysia ni?

Prinsipal ekonomi ialah demand dan supply (permintaan dan bekalan).

Dan nilai pasaran lazimnya ditentukan oleh kedua dua perbekalan dan permintaan untuknya.

Adakah penyanyi kita mampu memperolehi pendapatan yang besar kalau mereka terpaksa bersaing dalam ekonomi yang kecil dan melebihi permintaan?

Jika di Indonesia, kalau dapat jual album pada satu peratus penduduk, aku kira dah kaya raya. Pada tahun 2009, Bank Dunia merekodkan populasi Indonesia mencapai 229,964,723 !

Gila kaya ok. Pintu rumah kat Indonesia boleh salut emas. Bilik air letak gelungsur macam Sunway Lagoon. Orang gaji boleh pakai 50 orang, semua bawah 21 tahun. Cari yang muka macam Cut Tari jek.

Tapi, mereka tetap tamak dan nak jugak masuk Malaysia sebab diaorang tahu, orang Malaysia hati lembik dan mudah terperangkap dengan lagu lembik, takde unsur motivasi. Ya, siapa dengar lagu motivasi selain dipaksa terutama pada musim banci, pilihanraya? Siapalah cipta lagu tu semua kan. Kenapa bunyi tak komersil lagu banci, pilihanraya? Denggi ada lagu tak?

Aku tak tahu berapa jumlah penyanyi kat Malaysia ni, tapi macam mana mereka cari makan? Lets say penyanyi nama Suria kata dia nak RM5,000 untuk satu show, penyanyi Azieazah pulak kata RM1,000 cukuplah dan keduanya mempunyai hampir kualiti yang sama dan dipanggil untuk persembahan dinner. Which one should the client choose?

Kalau berjaya, berjaya sungguh. Can we say that penyanyi di Malaysia sebenarnya berada dalam sistem kasta, iaitu kalau berjaya, berjaya sungguh, dan kalau tak berjaya, memang confirm melarat. Tak ada kelas pertengahan.

How to be successful in Malaysia as a singer? Has anyone thought of this before? Kalau ada tolong beritau aku.

Aku taknak tulis mengenai paksi equilibrium supply and demand ni tapi seriously, kalau depa tu tak dapat show, takkan nak harapkan duit royalti?

Face the fact, berapa ramai daripada korang yang beli album original? Jangan hipokrit. To you, it is enough to just listen to youtube kat opis guna internet opis dengan alasan kat rumah connection slow padahal rumah kau takder internet, otherwise pergi leeching mp3 from some illegal sites. Illegal ke? Banyak leeching sites for every single Malaysians to get the latest songs.

Boleh kaya ke jadik penyanyi kat Malaysia ni? Memanglah nampak gempak bila keluar kat centrespread mainstream newspaper pakai baju sponsor, tapi hakikatnya, baju yang kita pakai hari hari beli kat Petaling Village (nope, they are not Bicester Village).

Ada yang senang bila dah kahwin, sebab kahwin dengan orang kaya, atau duda kaya padahal langsung orang tak kenal.

“Vic Diana temui cinta hati, kahwin duda anak satu.”

Kenapa tak letak jek: “Vic Diana temui jackpot, kahwin duda kaya nak mampus.”

Adakah ia nanti akan menjadi satu budaya – “alah kalau kau tak pandai belajor, nyanyi betul betul, esok kuar sok kabor, ada jek yang minat ambik kau jadik bini.”

Bagaimana pulak dengan lelaki? Takkan nak jadik anak ikan pulak? Baru satu album, tu pun suam suam kuku pun tak sampai, tup tup pakai keta sports, gaya sakan.

“Ini hasil kegiatan seni saya bukan dari mana mana mak datin.”

Yelah, kalau jadik anak ikan pun seni jugak apa. Bukan senang nak mengiut macam ikan tul tak. Lebih lebih lagi kalau nak buat mulut macam ikan emas masa nak makan. Wooot wooot wooottt..

Tapi baguslah, aku tengok bila Ramadan, penyanyi lelaki ada gak nak niaga kat bazar Ramadan. Yelah, nasib mereka tak sebagus penyanyi perempuan, ada jek buaya yang nak sambar kalau iman tak kuat, tapi Ramadan bukan 12 bulan. Lagi 11 bulan nak makan apa?

Kena pulak yang jenis demanding mengalahkan Michael Jackson kalau boleh sampaikan unggas unggas kat hutan tu pun nak, memanglah jarang dapat show. Kalau dapat RM5,000 sekalipun tapi kalau setahun dua kali jek show, nak makan apa? Maggi cup pun dah mahal sekarang. Aku tahu sebab aku pun makan maggi cup. Yang perisa ayam tu sedap. Yang perisa kari tu kurang sikit. Rendam dalam air panas dulu pastu baru cekik. Tapi maggi cup takleh letak telur sebab aku dah try, telur cair mair macam baru keluar bontot ayam.

“aku artis, takkan nak pakai proton saga enjin orient?” Susah nak cari spare part weh, bukan pasal gaya, tapi susah nak cari spare part, maklumlah versi pertama proton. Itu confirm power window dah kaput, biasalah Proton kan, popular sebab power window lepas enam tujuh bulan, dah jadik tangan window sebab kena tarik pakai tangan.

Tapi betullah, memang kat Malaysia ni lebih sangat penyanyi dan aku pun dah tak kenal siapa penyanyi. Kalau orang tanya siapa nyanyi lagu ni atau itu, mampus aku tak tahu. Kalau aku kena pergi interview, haruslah aku terkangkang sebab aku tak tahu. Memanglah boleh buat homework tapi biasanya, kalau aku nak cari background kat google pasal artis especially perempuan, tup tup aku dapat gambar depa nampak peha atau dada. Tak semua tapi itu hakikat tul tak?

Esok, dah ada anak, elakkan jadik penyanyi sebab cuma dua tiga kerat jek yang betul betul buat duit dengan menyanyi. Masuk Imam Muda atau Akademi Alquran takpe. Dapat barakah, dapat ilmu.

Ehh, tapi kalau tak menyanyi, macam mana nak pakai ketat ketat dengan baju jarang gi festival muzik?

Dahlah, aku taknak pikir.

14 Replies to “Artis Kita – Supply vs Demand.”

  1. wow..nice and punchy one. weird is, i don't mind spending banyak2 beli album ori mat salleh.

    mungkin sikap aku ni kot yang menyebabkan wujud kasta dalam so-called dunia artis di malaysia. woot woot woooot!!

  2. Sebenarnya saya risau bila tengok anak dara saya yang baru 3 tahun suka sangat layan hi-5 dan siap hafal segala lagu hi-5. Sebab takut nanti satu hari nanti, dia tulis cita-cita dia nak jadi penyanyi…… walaupun dia minat sangat main flight simulator..

    P/S: Orang sekarang ni nampak dunia seni (kononnya) yang glamer ni short cut untuk menjadi senang/kaya. Teringat kes sorang budak perempuan yang lari dulu tu, dah balik semula ke pangkuan keluarga, tapi lepas tu bukannya nak sambung belajar, tapi ambik kelas nyanyian sebab nak jadi penyanyi! Adehhhhhhhh

  3. Bro, dlam 100 orang artis termasuk artis rakaman, artis majalah, artis berjadual, hanya 2 atau 3 orang sahaja yang benar benar berjaya sebagai artis. Yang lain tu sekadar cukup makan dan cukup hutang sampai pencen. Orang tua tua kan dah kata, belajar pandai pandai, bukan menyanyi pandai-pandai. Rasul Allah pun dah bersabda, belajarlah sampai ke Negeri China bukan menyanyi hingga ke Negeri China.

  4. aku pun dh naik menyampah tengok trend ada je tambah penyanyi baru la konon…

    tapi last2 jadi pelakon. Alasan? "saya rasa rezeki saya lebih dlm bidang lakonan"

    cheh

  5. lawak nak mampus aku gelak horror baca posting ni..lepas birthday ni kepedasan ko makin menjadi2 ke apa ni hahaha!

    btw, jgn ko berani kata aku dapat jackpot bila aku kahwin nanti. aku punya mungkin claypot kot

  6. Nice thought Hazrey..I pun ada terfikir gitu ramai sgt dah yg nak jadik artis..hatta x masuk final pun nangis mcm mak bapak meninggal….So being parents, kami salu jer beri komen sumbang pda mereka2 yg menangis2 x dapat masuk final realiti tuh dpn anak2 supaya dorang insaf dan x teringin….la ni pulak bdak2 kecik pun terkinja2 nak jadi penyanyi..letih lah..its good ada program cam imam muda dan sewaktu dgnnya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *