Derita Si Kecil

Derita Si Kecil

Anak adalah permata hati, pelengkap cinta buat suami isteri.

Gelak tawa, tangisan, biarpun sering mengejutkan kita tak kira waktu, tetap menjadi pengisi kekosongan dalam hidup.Anugerah rezeki dari Allah SWT.

Melihat mereka membesar di depan mata tentunya satu anugerah Allah SWT yang tak dapat kita bandingkan dengan apa jua yang kita miliki dalam dunia.

Tentu seronok melihat mereka merangkak, kemudian berjalan, berlari dan jatuh, menangis dek kesakitan kerana tersungkur dan kita lekas lekas mendapatkan mereka dan memujuk. Tangisan mereka ketika kita dakap bagai pengubat keresahan kita, pengubat segala tekanan yang ada, pelerai semua masalah dibahu.

Tetapi tidak buat adik Afiq Safwan Saiful Anuar, berusia setahun yang baru mengenal erti dunia, terpaksa bertarung dengan masalah kesihatan – jantung berlubang dan saluran jantung sempit.

Pada tika rakan sebaya berlari lari, adik Afiq terpaksa merenung sahaja gelagat mereka biarpun hati melonjak mahu bersama menikmati zaman kanak-kanak.

Cadar putih nipis sudah akrab dengan adik Afiq, malah hampir semua jururawat hsopital mengenali siapa kanak-kanak ini. Terkadang adik Afiq berkongsi gelak ketawa, tak siapa dapat merasai kekurangannya, apatah lagi buat dirinya yang masih mentah untuk mengerti mengapa perlu dia melalui semua ini.

Comel. Mahu saje dicubit cubit pipinya. Sejuk mata memandang melihat wajahnya yang bersih, terhindar segala dosa bak kain putih. Mau saja dibiarkan jari kita digenggam jari jemari genit si kecil ni.

Hari ini, aku dikhabarkan seorang sahabat mengenai kesukaran yang terpaksa ditempuhi adik Afiq ini.

Kekadang ada baiknya blog. Kekadang ada kelemahannya. Kita yang perlu tahu mana sempadan, mana batasan.

Seorang penulis blog bernama Acu, menulis pada aku mengenai kisah si kecil ini dan kebetulan aku mengenali bapanya.

Bapanya, sudah banyak berhabis. Tetapi tak sekali pun merengus. Apatah lagi merungut. Semuanya untuk Afiq. Kalau diberikan segunung sekalipun, tiada lain yang mahu dilakukan, hanya untuk Afiq.

Alangkan kita yang mendengar sudah pilu, bayangkanlah perasaan si ibu pula, puas menggalas amanah Allah SWT mengandungkan si kecil selama sembilan bulan, terpaksa pula menerima hakikat si kecil berdepan dengan masalah jantung.

Kisahnya, si kecil terpaksa terbang ke Bangalore India, minggu depan untuk menjalani pembedahan kerana dikatakan Institut Jantung Negara (IJN) mempunyai giliran yang banyak.

Tanpa memikirkan keperluan asas, si ibu sudahpun bersiap siap untuk menemani Afiq. Tak kisah jika berbantalkan lengan di lobi hospital kelak, entah makan entah tidak, yang penting Afiq dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun, sebagai seorang dewasa, tataplah wajah Afiq, mungkin terbuka hati, terdetik untuk berkongsi nikmat yang kita ada hari ini, bukan untuk kedua ibubapa Afiq bersenang lenang, tapi biarlah sedikit selesa tika menemani si kecil ini. Mungkin, ya, mungkin, kemurahan hati kita itu digandakan dengan pelbagai rezeki lain. Kita tak tahu. Tapi kita tak harus berhenti.

Dijangkakan, Saiful Anuar (bapanya) akan turut menemani dan dikhabarkan seorang lagi kanak-kanak seusia Afiq turut akan diterbangkan ke sana untuk menjalani pembedahan.

Menurut Saiful Anuar (bapa Afiq), bapa kepada seorang lagi kanak-kanak yang turut mengalami masalah yang sama terpaksa melupakan hasrat untuk menemani si ibu kerana kurang berkemampuan kerana masih ada lagi tanggungjawab lain yang perlu digalas di sini.

Alangkah indahnya, jika dapat kita turut berkongsi rezeki bersama mereka agar dapat mereka bersama anak kecil masing-masing tanpa perlu berpisah beribu batu dan hanya perkhabaran di telefon yang mungkin tak sekerap yang kita sangkakan dapat disampaikan.

Insya’allah, aku sendiri mempunyai kenalan iaitu rakyat tempatan di Bangalore dan mungkin cuba mendapatkan pertolongan dari mereka untuk mencari tempat tinggal yang sesuai.Biarlah apa yang kita kongsikan dengan mereka, Allah SWT sahaja yang membalasnya.

Dijangkakan, mereka akan terbang ke India minggu depan pada Awal Muharam

Saiful Anuar boleh dihubungi di talian 013-2078787.

7 Replies to “Derita Si Kecil”

  1. bro,

    entry u memang le menyentuh jiwa
    acu nye entry straight to the point…tak kisah lah janji isi nya sampai…

    Alhamdulillah sehingga pukul 3.40ptg tadi acu berjaya kumpul kan RM267.00..dan telah pun acu bank in kan ke akaun DJ Epoi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *