And The Winner Is..

And The Winner Is..

Ramai tanya aku, “kau sekarang pandai buat contest yek, tapi kenapa kau tak suruh reader letak header blog kau kat blog diaorang?” I was like what the fudge??? Perlu ke letak header blog aku ni? Hahaha. Aku bukan jual gelang nak suruh orang reramai masuk blog bongok aku ni.

Dan tak pulak aku nak jadik popular dek blog ni. Kekadang aku gelak, bila ada contest montest tu semua kat blog and asking people to place their blog header as part of the contest rules. Kira macam kita kecik kecik dulu ahh, kalau awak taknak, kita tak maooo kawan ngan awak.. nanak ajak awak main macak macak. Assalamualaikum… tak jawab dosaaaaa..

Part bagi salam tu, teringat masa kecik kecik masa nak ngurat anak dara lalu depan rumah.. assalamualaikum.. tak jawab dosaaa.. mazhab apa ntah boleh berdosa pulak jantan bagi salam semata mata nak ngurat kan. Haha. Kalau kena dengan comelnya masa bagi salam tu, gerenti ada yang jawab, tersipu sipu malu macam heroin citer P Ramlee. Lari lari belakang pokok. Lari lari belakang kerusi besi kat tepi tasik. Ok no more P Ramlee movie for me.

Anyway, that is just NOT me to have such rules. And to recap, aku menulis kat sini about giving out an appreciation to one lucky reader.

This is the link to the entry.

Ya, tak ramai yang tinggalkan komen mengampu aku, yelah, aku lupa nak suruh orang letak header kat blog diaorang.. hahahahahahhahahahhahahaha..

It was more than a month ago. Gila babs lama orang tunggu. Mesti ada orang pikir, si budak ni ntah yek ke tidak. Budak ehh?

Anyway, a winner has been chosen, although my only wish is  – semua orang boleh dapat hadiah; malangnya aku tak kaya macam adik Sultan Brunei. Eh, kalau aku kaya cam dia, takkan ada masa nak tulis blog kan. Membazir jek layan korang ni semua kan. Hahahah, dah jangan nangis, pergi ikat rambut.

Semua best. Tapi since budget 2010 menetapkan bahawa satu hadiah saje diberikan maka mak gegula had chosen only ONE reader to receive a complimentary ONE night stay di Grand Paragon Hotel Johor Bahru.

Dan komennya dihantar melalui email sebagaimana berikut, aiseh tak ada lagu ala ala Jaws..

Salam hazrey,

Saya menulis (menaip) email ini bagi pihak suami saya.
Ini adalah suami saya (rujuk gambar).

setiap malam dia akan tidur di atas tilam buruk ini di atas lantai.
Ini adalah kerana katil tempat kami berkongsi kasih setiap malam telah dikongker oleh anak kami yang baru berumur 2 tahun lebih itu.
jadi tak pasal-pasal suami saya terpaksa mengalah dan tidur di bawah.
saya kesian kat dia. jadi saya harap saya boleh hadiahkan dia sesuatu atas pengorbanan yang dia dah buat untuk anak kesayangan dia tu.
maka dengan itu, saya tahu yang suami saya sebenarnya layak memenangi voucher satu malam di grand paragon hotel.
supaya dia boleh tidur dengan lebih lena tanpa digigit pijat.
dan kami boleh bermanja-manja (eh eh ok censored)
jadi pilihlah saya eh, suami saya supaya dia dapat tidur lebih lena untuk sehari.

Hahahaha, aku tersedak baca citer sedih reader ni, and guess what, Puan Ilyana Zaini via email ilyana9 at gmail dot com, the one that sent the above email – you have won yourself the voucher! 

So, if you are her, please email me your full address and I shall courier the voucher by this week to your home. Ohh, satu jek permintaan kami, sebab dah berjaya malukan laki yang tengah syok layan mimpi peluk Lisa Surihani tu, sila ambik gambar dengan voucher tu once you got it and email back to me.

And nope, it is NOT required to put it on your blog if you have any, tapi kalau nak letak, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Sumpah tak ada. 

Ok dah, sila menjerit sekarang Ilyana.

15 Replies to “And The Winner Is..”

  1. mizzyN::

    kebanyakkan contest mesti WAJIB folo blog dulu baru leh join kontest….dah 2 kontest acu join,both memerlukan acu jadi follower dulu…

    acu yg lurus bendul (walau pun gemuk) join la jugak jd follower..tapi nasib baik le menang…heheheheee

    opsss!!!maaf en.Hazrey terlajak membebel lak dalam blog yu ya…hehehee…anyway,congrats too Pn.Ilyana…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *