STOP CHILD ABUSE.

STOP CHILD ABUSE.

Click the mini poster to voice your pledge!

Aku tak pernah menulis untuk Nuffnang, tetapi agak terpanggil apabila ia mengelolakan satu penulisan mengenai penderaan kanak-kanak sebab aku rasa ia satu subjek yang kita masih lagi ketinggalan.Dan tidak, ia bukan kerana kamera digital yang diberikan Sony tetapi aku merasakan ia hanya satu insentif untuk penulis blog menulis mengenainya.

Selepas insentif itu diterima kita tanya diri kita, adakah akan wujud sedikit rasa prihatin terhadap penderaan kanak-kanak? Stigma masyarakat kita ialah: Jangan Campur Hal Orang. Tetapi tidakkah kita rasa bersalah apabila kanak kanak itu sudah mati kelak?
This is a reposting of an entry that I wrote in March 2010.
Case study: Syafia Humairah Sahari, 3 tahun maut jam 7.30 malam, 26 Februari 2010, di Kampung Batu 30, Batang Kali, Selangor.
Aku rasa, ratusan, ribuan blog memperkatakan mengenai kisah ini ketika ia berlaku.
Sebenarnya, aku hanya mampu sedekahkan Al Fatihah kepada si kecil yang masih lagi bertatih menyusuri maksud kehidupan tetapi dikatakan diragut nyawanya oleh seorang lelaki yang menjadi penghuni rumah ibu tanpa sebarang ikatan perkahwinan.
Semua simpati akan pengakhiran hidup si kecil ni tetapi aku tak mahu bercerita tentangnya kerana aku rasa semua sudah bercerita mengenainya. Banyak persoalan timbul yang buatkan aku pelik.
Kalau kita analisa akan berita yang dipaparkan, kita lihat fakta berikut:
1. Si kecil ditampar, ditendang di kawasan orang ramai.
2. Terdapat saksi melihat kejadian dan cuba menghalang tetapi diugut suspek.
3. Suspek tinggal bersama tanpa sebarang ikatan perkahwinan mungkin selama 6 tahun. Hasilnya, seorang anak dilahirkan out of wedlock (luar nikah).
4. Suami kepada ibu Syafia yang kini menjalani hukuman penjara enggan menceraikannya.
Ok, let me question the above:
1. Si kecil ditampar, ditendang di kawasan orang ramai.
Adakah masyarakat khuatirkan keselamatan mereka jika masuk campur atau menghalang perbuatan suspek di padang itu? Siapakah mereka? Adakah mereka orang dewasa atau hanya kanak-kanak atau remaja? Mengapa mereka tidak terus menghubungi 999 untuk melaporkan kejadian itu?
Langsung tiada laporan mengenai panggilan dibuat ke 999 sebaliknya hospital yang membuat laporan kepada polis selepas mengesyaki kanak-kanak itu didera sehingga mati. Adakah pengetahuan masyarakat kurang untuk mereka melaporkan kepada pihak berkuasa? Terdapat ruang beberapa jam antara kejadian dan suspek membawa mangsa ke hospital, tentu sekali di situ terdapat peluang untuk menghubungi pihak berkuasa.
Atau mereka sudahpun menelefon 999 tetapi seperti yang kita tahu, menghubungi 999 adalah sesuatu yang menjelekkan? Perlukah kita mempunyai satu lagi talian? Kita juga mempunyai talian Nur, tetapi berapa ramaikah yang tahu akan talian itu?
Aku rasa, mungkin saksi di kawasan berkaitan tahu akan talian Nur tetapi tidak tahu nombornya. Percayalah. Ia tidak mustahil langsung kerana seperti yang aku kata, ia hanya gah ketika dilancarkan dan sekarang ia perlahan lahan luput dari ingatan. 
Sebenarnya, lebih baik kita mempromosikan talian tempatan seperti rakancop yang lebih efisien dan pantas bertindak dari mempromosikan talian 999 di mana operatornya berada di Sibu, Negeri Sembilan dan kadangkala tidak tahu lokasi sebenar kejadian.
Lihat pada laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, respons pengunjung terhadap masa yang diambil melalui talian Nur menjurus kepada TIDAK MEMUASKAN.
Namun, analisa dari laman web sahaja tidak mencukupi, seharusnya Puan Menteri lebih proaktif dengan melakukan analisa SWOT  (Strength, Weaknesses, Opportunity dan Threat) kerana sejak dilancarkan dengan gah sekali, tidak pernah lagi satu analisa dilakukan. Jangan tunggu kerana ia melibatkan wang rakyat. Mungkin Pak Amirsham mahupun Uncle Koh dapat memasukkan analisa ini sebahagian dari KPI Puan Menteri kita.
Untuk rekod, mengikut statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pada tahun 2008, terdapat 6 juta kanak-kanak berusia antara 0 hingga 9 tahun. Maka tidakkah itu sudah menuntut keutamaan untuk perhatian diberikan?
 
Truly, this is the time to reassess everything. Jika tidak berkemampuan beroperasi secara efektif, something should be done, quickly. Jangan dok sibuk membuat kenyataan media tetapi satu apapun tak buat atau buat sekadar buat tapi tak ada follow up. 
2. Terdapat saksi melihat kejadian dan cuba menghalang tetapi diugut suspek.
Diugut suspek supaya jangan campur. Kita takut dicederakan tetapi sanggup melihat anak kecil dicederakan sehingga mati? Kita tanya diri kita. Kalau kita beramai ramai, pastinya kita dapat mengekang perbuatan itu. Namun, nasi sudah menjadi bubur tetapi ia harus dijadikan iktibar.
Kalau lihat seorang anak kecil dipukul dengan begitu teruk sekali, apakah yang perlu dilakukan? Aku teringat dulu, akhir tahun 80-an, apabila penderaan kanak-kanak diberi perhatian khusus, semua pihak mula membuka mata, tetapi biasalah di Malaysia ni, kempen kesedaran hanya syok sendiri. Buat pelancaran begitu gah, habiskan duit rakyat, follow up macam haramjadah. Takda kesinambungan langsung.
Menteri pulak saling bertukar, dan hanya turun padang kalau ada kes public interest atau yang diberi liputan meluas media. Kalau tak, jangan haraplah. Adakah fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat semakin tumpul?
Manakala, bukankah kita mempunyai program Rakancop di mana-mana sahaja. Adakah di tempat kejadian iaitu di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, tiada program Rakancop? Atau ia hanya tertumpu di kawasan bandar semata-mata? Tidakkah di kampung ia juga penting untuk diwujudkan community policing supaya masyarakat dapat menyalurkan maklumat seumpama ini kepada pihak berkuasa dengan lebih cepat? Mungkin Uncle Musa dapat melihat ini sebagai satu langkah proaktif untuk melebarkan program Community Policing ke kawasan luar bandar, yang betul betul luar bandar. Jadikan ia KPI kepada OCS mahupun OCPD di kawasan terlibat dan dapatkan maklum balas. Jenayah juga berlaku di kawasan luar bandar.
3. Suspek tinggal bersama tanpa sebarang ikatan perkahwinan mungkin selama 6 tahun. Hasilnya, seorang anak dilahirkan out of wedlock (luar nikah).
Di mana imam, di mana bilal, di mana Ketua Umno, di mana Ketua Pas, Ketua Keadilan dan segala jenis ketua yang berdaftar di Pendaftar Pertubuhan di kampung Batu 30 Batang Kali.
Ok, YB sibuk. Imam sibuk? Bilal sibuk? Jiran sibuk? Kita tak perlu lihat enam tahun. Kita lihat anak kecil yang dilahirkan dan kini berusia setahun enam bulan. Ketika si ibu mengandung, takkan jiran tak nampak akan fakta ini? Sembilan bulan perut membuyung, takkan imam atau bilal langsung tak nampak? Lagi pulak enam tahun. Pelik tak? Adakah di kawasan kampung itu tiada penduduk selain mereka? Atau mereka membutakan mata sebab ‘taknak campur’ hal orang? But, this is a kampung, kalau di bandar, mungkin.
Manakala si ibu, bagaimana pegangan agamanya? Adakah keinsafan sekarang mampu mengembalikan si kecil tak berdosa itu? Apakah karektor si ibu itu? Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menentukan. Ini balasannya mungkin? Adakah surau di kampung Batu 10 itu tidak cukup untuk menganjurkan aktiviti keagamaan bagi memberi kesedaran? Atau aktiviti keagamaan berunsur politik sehingga menyisihkan golongan sasaran seperti ibu si kecil dan pemandu teksi ini? Apakah pendekatan untuk memujuk golongan seperti ini ke surau atau masjid sudah lapuk?
Kalaulah. Ya, kalaulah si ibu ditangkap dulu dan dikenakan hukuman rotan, ada pulak NGO seperti Sister In Islam (SIS) mula mencongak untuk membela. Lebih rela hubungan seperti ini berlaku dari mengekang kemungkaran. Islam ini mudah, tetapi dipersulitkan oleh mereka yang ada kepentingan.
4. Suami kepada ibu Syafia yang kini menjalani hukuman penjara enggan menceraikannya.
Islam itu mudah. Tetapi jangan dipermudahkan hingga melampaui batasan. Bukankah si ibu mempunyai alternatif untuk merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk menuntut cerai jika benar si suami enggan berbuat demikian.
Si isteri boleh menuntut fasakh dari suami iaitu membubarkan perkahwinan. Mengapa ia dipandang remeh si isteri? Adakah kerana si ibu tidak membuat tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Selangor?
Contoh lafaz taklik yang dibuat di Selangor seperti berikut :-
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya………….. selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya di sisi Mahkamah Syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaq ia dengan cara talaq khulu’..”
Adakah taklik ini tidak difahami wali wali si perempuan? Atau ia sekadar lafaz tika majlis nikah semata-mata dan dilupakan begitu sahaja? Wali menanggung dosa kerana tidak mengendahkan akan tanggungjawab.
Selain suspek yang sudah puas kita sumpah seranah dan maki hamun tu, apakah karektor si ibu, apakah fungsi mereka yang disebutkan di atas? Ini hanya analisa, tetapi kalau ada tindakan, seharusnya ia bukan sekadar syok sendiri semata-mata untuk mendapat liputan media.
And of course all responsible parties should stop making this as another publicity opportunity. Stop it, indefinitely. Do your job and DO IT NOW.
Penderaan kanak kanak adalah satu subjek yang PERLU diberi perhatian. 
Adakah kita akan terus menanam sikap Jangan Campur Hal Orang? The least we could do is to report to the authority manakala the authority MUST be effective as well. Kalau ada laporan tetapi the effectiveness of the enforcement is lukewarm, then there will be problem to the whole system and we will go back to square one.

Thus, we the community MUST play our role to stop this, for good. Do your part, the least.

6 Replies to “STOP CHILD ABUSE.”

  1. BRO, I terharu baca entri ini, kerana ianya melibatkan anak-anak… kecil lagi tak tau apa-apa. Lemah tidak berdaya.

    Kejam, dan hina sungguh.

    Segalanya bermula bila iman tidak lagi dijadikan tunjang..
    Agama dianggap sebagai pelengkap tapi banyak yang pincang di sana sini.

  2. Quite serious entry, jarang aku tak ketawa bila baca blog ko… tapi nampaknya kali ni entrynya takde yang melucukan… sebaliknya memberikan kesedaran.

    p/s: Dowang yang mendera budak2 ni rasanya patut disumpah menjadi lipas supaya bila org lain nampak akan ridsect dan pukul mereka dengan selipar sampai penyek.

  3. itulah malaysian..time jiran perlukan bantuan..dia larikan diri x nk masuk cmpur hal keluarga org lain..kununnya..ceh tp bl accident tepi jalan tu dia la yg dok sibuk2 nk tgk dekat2..punca jln jem..hampeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *