Gangster And Murder Threats

Gangster And Murder Threats

Salam Aidiladha my dear blog. Ohh and you too, if you are there. You there?
Being in this industry has its perks.
Orang tanya apa yang bestnya jadi wartawan ni? Dulu pun aku tak tahu apa yang bestnya. The only thing yang aku tahu dulu, aku boleh lulus karangan Bahasa Malaysia dengan handsome-nya! Dan it is definitely nice to receive some souvenirs walaupun bukanlah kita hendak sangat (tipu kan?).
Tapi idaklah nak jadik Diva, berkilat bibir sampai boleh buat cermin. Apatah lagi menceceh mengalahkan mak andam pasang pelamin senget.
Diugut literally memang banyak, tetapi diugut physically lebih mengecutkan segala otot-otot, urat-urat dan molekul molekul serta jisim jisim dalam badan.
Even in 90’s masa memula memasuki dunia ni, aku berdepan dengan satu situasi yang agak tegang apabila disergah askar Australia yang menghalang kami dari membuat liputan rakan mereka yang terbabit dalam kemalangan di Kota Tinggi.
Well that is not as bad as years ago, bila sekumpulan lelaki mengepung aku dan mengugut untuk membunuh selepas premis mereka diserbu kerana menjalankan aktiviti urut batin. Premis diserbu Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) tapi aku pulak yang kena. 
Masa dikepung tu, aku terus tekan jam aku dan aku terus jerit “Bertukar” dan bertukar menjadi alien-form Ben 10. Aku terus melompat dan menyelamatkan bumi seperti biasa. Sila baca dengan suara halus yang dialihbahasa. Baca sekali lagi. 
Sebenarnya aku dok ketuk ketuk jam aku, tapi bunyi ketik ketik kat jam tu rasa macam kuat jek. That was the longest 30 minutes of my life. Haha, ya ketawa pun tak keluar masa tu. Peluh sejuk lebih banyak keluar dan mata terkebil kebil bagai kena Eye Mo. Kalau ada sound effect masa tu, gerenti best.. ohh untuk kebil kebil tu jek.
Bila aku jeling ke bawah, aku nampak banyak semut sedang memandang aku dan bagaikan bercakap “abang abang, kenapa pijak kitaorang tak mati.. har har har.. avang niiiiii…”
One interesting fact ialah ketika dikepung itu, waktu pada masa tu, kira-kira jam 4 petang! Daytime y’all !
Dan orang ramai memang turut mengepung – bukan nak tolong tapi sebab nak tengok adegan best dan harus dimasukkan pada tonton dot com. Aku sempat jugak tengok bystanders tu semua dan ada yang sedang menghirup air, ada yang mengunyah ngunyah chewing gum dan ada yang sedang menelan berbutir butir popcorn. Tipu kan, mana sempat nak tengok tu semua, masa tulah ingat segala dosa. Lols. 
Kesemua suara lelaki terbabit menengking dan tak memperdulikan orang orang sekeliling. Masa tu, tanyalah aku, apa yang tak ketar. Semua ketar. Yang tak ketar cuma telinga dengan hidung jek. Kalaulah hidung aku terketar masa tu, confirm aku dah boleh masuk Ripley’s Believe It Or Not.
Lepas beberapa minit suara ugut mengugut dari kesemua lelaki tu, situasi menjadi agak genting dan sesuatu yang tak disangka terjadi…
Ok aku sambung nanti. Pilot episode mesti ada sambung kan. Jangan memarah, raya kan. Kurang pahala.

12 Replies to “Gangster And Murder Threats”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *