Aku tak tahu dah.

Aku tak tahu dah.

Aku serius, aku dah tak tahu. Aku tak tahu dah.

Aku rasa dah hampir seminggu dah, tapi aku check check, memang aku tak tahu.

Rasa macam ada benda tak kena, tapi aku tak tahu jugak.

Aku tahu benda tu ada, tapi aku tak tahu jugak.

Lama jugak, kalau seminggu, dah tujuh hari dah tu, tapi aku rasa macam lebih jek. Aku pun jarang kira hari sebab kekadang aku tak tahu hari apa. Aku tak tahu kenapa aku lupa hari.

Mungkin sebab umur makin meningkat, aku jadik tak tahu. Tapi aku tak ada Alzheimer. Dan aku pun tak tahu apa motif iklan pakcik dalam bas nak pergi tengok bini Alzheimer tu. Aku tak tahu. Aku tak tahu siapa yang buat. Aku tak tahu mungkin ada mesej illuminati tersembunyi? Itu aku tak tahu. Serious aku tak tahu.

Aku pun tak tahu kenapa mamat India masuk Islam tu menangis tetiba bila tengok bapak dia pakai baju Melayu. Aku tak tahu pun kalau kita tengok bapak kita pakai baju Melayu, kita boleh nangis. Kena nangis eh? Aku tak tahu sama ada aku bakal kena silat dengan bapak aku kalau aku tiru macam tu masa dia pakai baju melayu. Aku tak tahu sama ada aku nak try ke tidak sebab aku tak tahu nasib aku nanti.

Aku tak tahu mungkin mamat tu pikir, aiseh kasim, bapak aku beli color sama dengan aku, dan dia mintak maap sebelum dia tiau bapak dia, “Apaaaa, yenada apaaa, why lah, this color, change color lah apaaaaa.. putu mayam, putu mayam.” Tapi serious aku tak tahu kenapa setiap kali aku tengok iklan tu, aku teringat putu mayam.

Aku tak tahu siapa rozzan ni, tapi aku ambik gambar dari blog dia. Aku tak tahu dia pandai buat putu mayam. Aku tak tahu rumah dia, kalau tidak mesti dia belanja aku putu mayam.

Kata orang simptom Alzheimer ni keliru atau confusion. Aku selalu confuse terutama bila tengok ada wanita yang diteriak ketika polis buat pemeriksaan dengan nama: Abdul Karim bin Hamzah. Aku tak tahu, kenapa mereka lagi bertambah gelek bila disorak. No no, they are not walking, they are waddling.

Aku tak tahu mereka suka kena sorak. Aku tak tahu mereka kemaruk sorak. Aku pun tak tahu kenapa orang sorak padahal mereka ni nama lelaki dan tersembul biji halkum. Aku tak tahu kenapa disorak padahal mereka ni golongan orang cacat sebab ada ketumbuhan keras di dada mereka. Aku tak tahu sama ada wujudnya persatuan ketumbuhan keras di dada semalaysia. Aku tak tahu siapa presidennya. 

Aku tak tahu kenapa keyboard aku ni bunyi krek krok krek krok masa aku taip. Aku tak tahu mungkin agaknya ada tikus mini hidup dalam keyboard aku ni. Aku tak tahu kalau tulis macam tu bagai bukak pekung di dada, aku akan kena keji. Aku tak tahu pulak, kalau aku tulis macam tu, nuffnang nak bagi aku notebook baru.

Aku tak tahu, ada orang gila kat sini, senile. Aku tak tahu dia sebenarnya perlukan perhatian dari seorang lelaki dan bukannya seorang wanita sehingga dia beriya iya untuk menulis di semua blog milik orang lelaki. Aku tak tahu dia mempunyai angan angan untuk menjadi Snow White. Aku tak tahu alamat dia, kalau tidak aku akan hantar Fair and Lovely stok setahun. Aku pun tak tahu, selain Snow White, mungkin dia nak jadik SindirLela. Aku tak tahu wajah dia persis warga asing jual tisu masa kita makan kat warung dan letak kadbod saya bisu padahal memang dia temberang takut orang tanya.

Aku pun tak tahu, kenapa orang suka baca blog ni. Aku tak tahu sama ada korang semua ni kerja ke makan gaji buta. Aku tak tahu kerja korang banyak masa free sebab aku tengok repeat hits dari orang yang sama berulang ulang. Aku tak tahu siapa tokeh korang, kalau tidak sure aku boleh buat ugutan terancang tanpa cangkul dan ladang, dan aku pulak bukan peguam.

Aku tak tahu kenapa, tapi aku letak jugak video ni.

Aku tak tahu tapi masa aku tekan play, aku ikut nyanyi lagu ni. Aku tak tahu lagu ni pasal monster, tapi aku cuba buat moonwalk dengan worm wave break dance ala ala kena electric shock masa interval lagu ni, walaupun aku tak tahu caranya. Aku tak tahu sama ada korang akan buat benda yang sama, tapi kena cuba jugak. Aku tak tahu, tapi aku rasa korang kena tarik nafas dulu sebab mungkin kena pakai nafas panjang. Aku tak tahu perlu ke tidak sebelum hembus nafas tu, kena pastikan korang dah kumur Listerine.

Aku tak tahu, tapi kalau tak pandai buat worm wave, aku tak tahu sama ada korang boleh buat kepala korang vibrate ikut rentak lagu. Aku tak tahu sama ada korang akan buat, tapi kalau korang buat pun, aku tak tahu.Orang lain pun tak tahu. Buatlah kejap, wave kepala ke kiri, ke kanan ikut rentak lagu, sambil tu nyanyi kuat kuat. Ready? Ok tekan play button.

Aku tak tahu macam mana orang boleh jumpa blog aku, tup tup bagitau korang ni yada yada yada yada yada yada.

Aku tak tahu mana omputih dapat perkataan yada yada yada untuk gambarkan etc etc etc. Aku tak tahu mungkin ada kaitan dengan Yoda Star Wars. Aku tak tahu Yoda tu kampung kat mana. Aku tak tahu sama ada Yoda tu ada bini ke tidak. Kalau tak ada, aku tak tahu mungkin ada orang perempuan kat sini syok kat dia sebab orang perempuan suka benda pelik, pastu cakap “aiyangggggg.. comellllllnyaaaa… so shweetttt… shweettt shweett witt wittt wittttttttttt..”

Yang penting sekali, masa aku start tulis entry ni, aku tak tahu apa aku nak tulis.

15 Replies to “Aku tak tahu dah.”

  1. aku pun tak tau apa nak komen kat sini. sebab aku tak tau sama ada ko akan approve ke tak? tapi aku cuba gak, sebab nak tau komen aku ni approved ke tak. Tapi seriously, aku tak tau kenapa aku baca entri ini in the first place.

    seriously aku tak tahu.

  2. Bapak gegula,
    kdg2 bkan takde keje pung..tp sajer release tension bace hang pnye blog..hang pnye citer…apa2 apun..tahniah..ari tu tgk 999 hang mmg bagus..terer berlakon sebagai penjual cendol dari Batu Pahat…biarlah org2 giler komen memacam kat blog hang..depa tu jeles tu…bak kata org biarkan jer..karang penat diamler dia..tak pun ko delete or block jer dorang dari masuk blog hang…abis citer..

    keep it up nulis ..bole gak release tension gelak gumbira baca blog hang no…

    Anna_M

  3. yang saya tahu, saya tak pernah sesat masuk sini
    sentiasa dengan url yang betul – cuma

    kali ini

    saya tak tahu kenapa saya nak menulis komen di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *