KISAH ARTIS.

KISAH ARTIS.

Seriously, aku jarang buat liputan mengenai artis kat Malaysia. Sampaikan pada satu tahap aku sendiri tak kenal siapa artis, apa aktivitinya, apa filemnya, apa albumnya. Betul tak tahu.
Apapun, hari raya keempat, aku diminta untuk ke Felda Tenggaroh Selatan 1, di Kota Tinggi dan perjalanan mengambil masa selama hampir dua jam, Alhamdulillah, tiada kesesakan sebab hari itu adalah Isnin maka kuranglah kenderaan.
Aku ke sana bersama dua jurukamera, Fikri dan Rino serta wartawan Melodi, Nas Ahmad untuk buat liputan majlis pertunangan Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Percayalah, itulah pertama kali aku jumpa artis ni tapi jangan risau, aku tak menjerit jerit dan meminta autograph kat belakang baju aku. 
Sepanjang perjalanan,I had mixed thoughts, sebab aku ni phobia cover selebriti selebriti ni. Kannnn..
Apapun, sebelum tiba di rumah Memey, aku cari satu warung dulu untuk isi perut sebab ni karang kalau ada kontroversi, tak sempat nak makan ni. Haha, kenalah standby siap siap kan.
Well, I must say, famili Memey sangat baik. Above my expectation. Seriously, as we arrived, ibu Memey sangat baik, in fact, risaukan kami sama ada kami dah makan ke belum. Well some may say that “alah, biasalah tu, korang kan orang media,” which aku setuju tetapi aku sempat tengok cara dia melayan tetamu lain, memang itulah cara dia. Pada aku mudah jek, kita kalau memang seorang beradab, akan automatik berhemah dengan orang lain. Dan Alhamdulillah, sepanjang aku berada di sana, tak ada masalah langsung. It went very well.
While Memey sedang dimekapkan, kami masuk ke bilik to shoot, dan Memey receives us very well. Kat mana tak tumpah kuah, kalau tak ke nasi. Begitu juga dengan famili serta orang kampung, aku rasa macam, esok aku pindah sinilah. Haha, jauh nok. Abis minyak aku.
Kekawan Memey juga baik. Ehem, baik ada maknaaaaa tu. Haha.Sungguh, diaorang berebut rebut nak bergambar dengan aku, ok tak, aku berebut rebut nak bergambar dengan diaorang, tapi ditolak mentah mentah sebab aku nampak macam cendol basi. Shedih ai.Tapi hakikatnya kekawan Memey semua perlu diberi ais kepal sebab semua hot banget. Haha.

see what i told you. now baru kau nak percaya aku kan..

Aku sempat update story pertunangan ni secara live to www.gua.com.my dan the entertainment portal is the first to report the engagement. Itupun, hasil usahasama berbayarkan cendol dua mangkuk dengan blogger Sultan Muzaffar yang kini bersama portal itu.
Truly, aku tak paham apa yang berlaku dalam media between Abby and Norman Hakim. Sebelum pertunangan tu, Abby disebut sebagai berkata “Norman perlu selesaikan sesuatu.”
Pada hari tu, aku ada tanya Norman, apa cer ni der? Apa yang kau hutang ni? Norman cuma cakap, itu masalah antara dia dan Abby, dan tak rasa ada keperluan untuk berperang dalam media. Aku setuju. Kalau dah start kat media, last last bukak pekung di dada sendiri. Kenapa ada keperluan macam tu?
Bukankah ia boleh dituntut secara sivil jika benar wang itu belum dibayar? Kenapa nak beritahu satu dunia? Tak kesian ke pada anak anak nanti?
“Ehh bapak kau tu tak bayar duit hantaran eh?” Haprak lah bapak kau. Mungkin itu yang terkeluar. Mungkin.
 Bila keluar di akhbar, kita lupa bahawa ia kekal. Esok lusa bila ada flashback, pasti wartawan yang check arkib akan jumpa cerita tuntut wang hantaran ni. Apa yang sakit hati sangat sampai nak ke media untuk tuntut?
Dan aku pun setuju, kenapa sekarang baru nak mintak? Kan masa bersama dulu, tak mintak Norman bayar secara ansuran ala ala court mammoth atau Seng Heng? Ni kira promosi raya ke, pakai dulu bayar kemudian? 
Adakah when she goes to the media, it is the right timing and the right thing to do?
Aku ada jugak baca some of entertainment blog kejap tadi, But ehh, kenapa gambar dalam some of the portal tu cam aku kenal jek. Kurang kurang pun, bagilah credit kat tukang ambik gambar. Kesian aku susah payah. So aku tak payahlah letak gambar yang aku ambik itu ari kat sini sebab dah banyak blog hiburan yang guna gambar aku ambik tu, dan tanpa credit, kecuali gua.com.my
Anyway, banyak komen yang menghentam Memey sebagai perampas suami orang. Aku lagilah tak faham. Kenapa Memey dipanggil perampas? Adakah kita yang kahwin dengan Norman? Adakah kita yang kahwin dengan Abby? Adakah kita ketahui akan keperibadian kedua mereka?
Aku teringat akan cerita Ustaz Azhar Abdullah, rakan aku yang bukan sahaja bijak berdakwah, tapi kalau nyanyi pun suara sedap (betul, depa anak beranak pandai nyanyi, esok kalau depa buat grup, dah senang dah.. letak nama the fabulous ustazssss).
Ustaz Azhar pernah menceritakan tentang seorang wanita yang menghubungi dia sebab bakal berkahwin dan menjadi isteri kedua. 
Perempuan tu kata “patut ke saya kahwin dengan lelaki tu?”
Jawapan Ustaz Azhar mudah sahaja, walau apapun, saya tak berhak untuk mengatakan awak berhak atau tidak, sebab bukan saya mengenali bakal suami awak tu, dan bukan saya mengenali awak. Awak sahaja yang tahu sama ada dia sesuai untuk diri awak atau sebaliknya. Even your family pun tak tahu peribadi suami awak, kecuali awak sendiri dan awaklah yang menentukan secara bijak dan matang.
Betul tu. Kalau pun pergi ke kaunseling, kaunselor hanya sebagai penasihat semata mata dan bukannya penyelesai. Yang mampu menyelesaikan adalah pihak terbabit sendiri.
Apapun, aku rasa tak adil untuk kita menghukum dan menghentam mereka padahal mereka bakal mendirikan rumahtangga. Jangan takut, aku pun tak kenal Memey dengan Norman ni. Tulah first time aku jumpa, dan aku rasa, patutnya kita doakan satu lagi masjid didirikan secepat mungkin. Yang dah lepas, apa kuasa kita untuk mengubahnya? Takde kan? 
Dan aku doakan Abby pun bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama pucuk muda yang semakin nampak intim tu. Woohhh, dua dua dapat pucuk muda kannnnn.. Hahaha.. Donia donia..

p/s:  ada yang mintak letak gambar kat sini tapi aku sangat malas. but you can still see them at this link, sebab gambar yang ada kat situ pun aku yang hantar. So enjoy.

12 Replies to “KISAH ARTIS.”

  1. Salam,
    Apa-apa masaalahpun yang timbul antara Abby-Norman-Memey, mereka yang lebih tahu secara mendalam. Tak pasal-pasal pulak kita jadi nasi tambah hangatkan cerita … ada masa, apa yang kita nampak tak sama macam apa yang berlaku.

    Kalaupun semua gosip tu betul pun, apa salahnya beri peluang kepada mereka bina hidup baru. Macamlah kita tak pernah buat silap hingga nak hukum orang lain. betul tak bro?

  2. aku suke memey

    bibir dia buat aku hilang kawalan diri untuk seketika

    HA HA

    selamat bertunang la kepada dua orang artis yang tidak berapa artistik ini! semoga kekal ke juara lagu 2016…

    i am being optimistic!

  3. tu lah org kata masa sayang, suka..suma wangi..dah tak suka semuanya yg busuk2 belaka..satu aku tak paham sampai kini..apesal artis2 la ni suka sgt citer2 pribodi dorang jadi tatapan yek?..tuntut utang ke, gaduh ke..perang ke..dendiam sudahlah..coba tgk artis dolu2..suma citer dalam kain/kelambu simpan di sisipan hati..tup2 tau dah berpisah…ye lah berpisah ke cerai ke..itu bukan kita yg menentukan ye dak…

    Anna_M

  4. ada sesetengah orang bila nampak kamera/media trus jd baik..yela,kang kalu bg layanan teruk kang kena hentam pulok..

    pphlpn,aku tak suke Memey.sb aku logik akalku masih takleh terima kes dia tido kat opis si Norman tu.sedangkan dia ada family Ngasri utk tumpang berteduh..

    n ya..kesian kat anak3 dorang yg taktau pape tu.mak bapak dok sebok berpoya-poya je,smpi anak3 jd mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *