UPDATE: MENYAMAR SEBAGAI KAKITANGAN TV3 DAN MELAKUKAN PEMERASAN.

UPDATE: MENYAMAR SEBAGAI KAKITANGAN TV3 DAN MELAKUKAN PEMERASAN.

This will be a short entry.
Semalam (Isnin), kami berjaya membongkar kegiatan seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun, menyamar sebagai kakitangan TV3 di Kluang, Johor.
Aktiviti suspek turut melibatkan penyamaran bagi tujuan melakukan pemerasan wang dari mangsa. Hampir seminggu kami menjejaki lelaki ini, namun gagal.
Kami turut menyamar bagi mendapatkan pengesahan terhadap dakwaan suspek yang dipercayai sudah melakukan kegiatan jenayahnya menyamar sebagai kakitangan TV3 sejak beberapa bulan lalu di sekitar Kluang, Johor. 
Saya menyamar sebagai penjual cendol dari Batu Pahat bertemu dengan suspek untuk meminta bantuan kononnya bagi mendapatkan perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ya, saya ada persis seorang penjual cendol.
pic credit to http://gastronomicdiary.wordpress.com
Saya turut ditemani seorang rakan baik, Abdul Razak Isam yang menyamar sebagai penjual kelapa parut dari Semerah, Batu Pahat.
pix credit to http://www.trymasak.my
Ia dilakukan selepas menerima maklumat dari seorang pengadu yang curiga terhadap identiti suspek yang mendakwa sebagai kakitangan TV3 namun melakukan pemerasan wang tunai dari mangsa.
Selepas membuat perbincangan dan menerima nasihat dari penerbit eksekutif 999, Mazidul Akmal Sidik, saya dan pengadu bertemu dengan suspek di sebuah kafe di bandar Kluang, dan sepanjang perbualan, nyata apa yang diperkatakan, penipuan semata-mata. Tanpa disedari suspek, perbualan serta gerak geri suspek bersama kami turut dirakam lensa jurukamera, Fikri yang berada tidak jauh dari lokasi pertemuan.
Karektornya sangat menyakinkan namun apabila merujuk kepada beberapa nama menteri kabinet, dia tersasar dari fakta sebenar.Malah, dia berulang kali ketika ditanya, dengan bangga, berterusan mendakwa dirinya bertugas untuk TV3. Well, siapa tak bangga bekerja untuk stesen nombor satu kan.

Selepas pasti dengan penyamaran itu, kami menghubungi pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah Kluang bagi mendapatkan bantuan memberkas suspek dan rakannya.
Suspek bersama seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, dipercayai rakan subahatnya, dicekup polis sebaik menerima wang yang diminta dari pengadu.Tangkapan dilakukan sepasukan anggota  polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kluang diketuai Inspektor Mohd Hasrudi Mohd Zain.
Insya’allah, bakal dipaparkan melalui slot berita dan butiran lebih terperinci melalui program 999.

Suspek, dikenakan tahanan reman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan, hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun menanti. Seksyen yang sama turut membenarkan pesalah disebat, sekurang-kurangnya satu sebatan.
Suspek turut didapati positif dadah jenis methamephamine.

Polis turut meminta orang ramai yang pernah diperdaya lelaki ini agar tampil membuat laporan polis.

27 Replies to “UPDATE: MENYAMAR SEBAGAI KAKITANGAN TV3 DAN MELAKUKAN PEMERASAN.”

  1. Orang tu memang gila pangkat…
    Aaku memang gila cendul… tak boleh tahan tengok gambar tu, mengancam, sexy, mengiurkan, mengecurkan airliur menitik hingga ke lantai, mulut ternganga masuk lalat. Tak boleh jadi, esok lusa kena gi buat lawatan mengejut ke Leman Dawi..he he

  2. Alhamdulillah.
    Nasib baik kamu tak apa2, Encik Hazrey.

    🙂

    Dan ya, menyamar dan minta duit?
    Ish, memang sengaja nak mengantoikan diri la tu. >__<

    P/S : Dah terima kad raya kamu semalam. Terima kasih banyak-banyak!
    🙂

  3. “…mendakwa dirinya bertugas untuk TV3. Well, siapa tak bangga bekerja untuk stesen nombor satu kan.”

    itu statement sapa tuh? heheheheheheehe Bikin gua jelessss jerrr!

  4. Ustaz: Lupalah ustaz di kluang, kalau tidak boleh belanja saya mengeteh. Kirim salam pada Jamil ya. Dia pun saya lupa nak call. Kelam kabut semalam.

    Azrul: belanja sayaaaaa semangkuk.

    wan: kami ada bertanya soalan tu kat suspek, dia terpinga pinga. Hakikatnya, kami bukan pihak berkuasa yang memiliki kuasa untuk menangkap.

    marina: nothing is great except Allah. Cheers!

    zz: aku dah pikir camtu jugak.

    azie: nak cendol tak?

    faizal: tulah kan. terpaksa berhenti kat simpang renggam dalam hujan. ari ni cendol tutup, off day.

    zara: mestilah, sebab masih tunggu mee bandung dari zara.

    Naz: kak naz, sila click kanan dan pilih save as.

    alid: belanja aku yek.

    hellioz: ada ada. log in selepas jam 11 malam khamis depan.

  5. en. hazrey
    saya sngat sedih bila hari tu saya nak masuk blog ni tapi tidak dibenarkan…
    nasib baik hari ni saya dah boleh masuk semula blog ni…

    janganlah sekali2 incik privatekan blog inchik ni….

    ni amaran terakhir kali pertama tau…. 😛

    anyway..selamat hari raya….

  6. org menyamar sbg staff? hehehe bila ada yang jadik staff ada tak menyamar bukan staff?
    apa2pun kalau bapak gula2 jadik peniaga cendol konfem laris…maklumla pakai pelaris….pelaris gula-gula peram..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *