KENAPA KITA TAK BOLEH MARAH PADA RAKYAT INDONESIA?

KENAPA KITA TAK BOLEH MARAH PADA RAKYAT INDONESIA?

Selamat Hari Raya, Eid Mubarak.
Hari ini, Harian Metro melaporkan Kedutaan Malaysia di Jakarta sekali lagi diceroboh.
Lunsuri laman web ini untuk berita sepenuhnya.
Kali ini lebih hebat, terutama the way the Indonesian police handled the situation.
“Berikutan itu Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang oleh anggota polis yang mengawal di hadapan kedutaan itu.”
Adakah pertemuan Menteri Luar kedua negara ini di Kota Kinabalu tempohari hanya gimik atau PR exercise semata-mata?
Jaminan sudah diberikan ketika pertemuan itu, namun kawalan terhadap pejabat wakil rasmi Malaysia di negara itu bagai tidak diberi pengiktirafan.
“Premises of the mission, which are inviolable and agents of the receiving state may not enter them, except with the consent of the head of the mission”” (Article 22 of the 1961 Vienna Convention on Diplomatic Relations).
Aidilfitri semakin hampir, dan seperti yang dilaporkan Buletin Utama, terdapat sekumpulan warga tempatan yang kerja mereka, hanya untuk demonstrasi demi sesuap nasi. Mereka ini jika ditanya mungkin tidak tahu apakah tujuan sebenar berdemo, melakukan perkara perkara yang dianggap ‘hero’ tetapi hakikatnya ditertawakan oleh masyarakat antarabangsa.
Pastinya, apabila mereka berdemo hari ini, makanan yang bakal disuapkan ke mulut mereka pada pagi Aidilftiri nanti pasti lebih enak dari sebelum ini.
Manusia kadangkala apabila berada dalam keadaan terdesak mampu melakukan sesuatu di luar batasan, dan Indonesia adalah satu contoh yang amat baik untuk kita kaji.
Tahap kemiskinan tegar di Indonesia hanya 16.7 peratus, namun jumlah itu mencecah 30 juta penduduk, satu jumlah yang signifikan.
Penduduk di Indonesia dilaporkan berjumlah 230 juta orang dan menduduki tempat keempat negara paling ramai manusia. Ia memiliki 17,508 kepulauan. 
Mengikut kajian Bank Pembangunan Asia (ADB), lebih dari separuh dari penduduk Indonesia hidup dengan pendapatan kurang dari USD2 mengikut standard kemiskinan antarabangsa.
(The international poverty lines of $1 and $2/day are converted into countries’ local currency units—the rupiah in the case of Indonesia—using 1993 purchasing power parity (PPP) exchange rates. It is important to note that $2 converted into rupiah using the 1993 PPP exchange rate is an amount far less than $2 converted to rupiah at a current exchange rate. In the IMF World Economic Outlook Database (April 2005) the implied PPP conversion rate per US dollar was just 2,535 rupiah for 2005. The US dollar exchange rate was 10,425 rupiah on September 1, 2005. Source ADB).
Ramai penduduk Indonesia dianggap di bawah paras kemiskinan tegar. Kemiskinan ialah kesulitan memiliki aset kemudahan asas kehidupan. Di Indonesia, ia adalah kelaziman, apatah lagi tinggal di Jakarta dan ada yang berkampung di ibu kota negara ini pada awalnya untuk mengubah nasib hidup.
Apabila tidak ada kemampuan, apa jua peluang yang hadir akan disambut dengan tangan terbuka biarpun ia melampaui asas kemanusiaan dan akal.
Rakyat Indonesia banyak membanjiri negara kita. Pelbagai sektor diterokai. Malah, kewarganegaraan juga ‘berjaya’ diterokai mereka.
Tahun lalu, dalam salah satu episod 360, saya menemubual seorang penduduk di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru yang terkenal sebagai mini Indonesia. Kawasan setinggan itu pernah disebut akan dibangunkan oleh seorang menteri, namun, ia berlalu pergi sebagaimana menteri itu berlalu pergi dari barisan Kabinet. Pada saya, it is another political statement. But not to people.
Penduduk yang disebutkan tadi berasal dari Indonesia dan sudah tinggal di situ sejak tahun 90-an. Sudah punyai anak dilahirkan di Malaysia, isteri dibawa dari Indonesia. Rumah juga sudah dibina malah lebih besar dari penduduk tempatan. Status tanah – setinggan. Untuk nota, lelaki ini memasuki Malaysia secara tidak sah.
Jika negara tanah tumpah mereka menjanjikan seribu kemewahan seperti itu, tak mungkin warga Indonesia akan ke Malaysia, dan turut mendakwa sudah memiliki kad pengenalan dengan status penduduk tetap dan turut menganggap memiliki semua keistimewaan yang kita, warga Malaysia miliki.
Indonesia sememangnya terkenal sebagai negara yang mengamalkan rasuah yang agak tinggi dan berada di tangga ke 111 mengikut kajian Transparency International pada tahun lalu.
Apabila berada dalam keadaan kemiskinan, rakyat Indonesia akan melakukan apa sahaja demi sesuap nasi. Ini termasuk menyabung nyawa merentasi Laut Cina Selatan untuk ke Malaysia, yang dianggap syurga buat mereka. Tak kiralah industri apa sekalipun, termasuk industri pasang rumah dan pecah rumah atau bela ayam dan jadi ayam.
Selagi ia menghadirkan wang, ia pasti direbut mereka. Mereka miskin. Jurang antara kaya dan miskin ketara. Yang kaya, sangat kaya, yang miskin, terlebih miskin. Apa itu miskin pada mereka?
Menurut Badan Koordinasi Keluarga Berencana Nasional atau BKKBN, ia mengklasifikasikan sesuatu keluarga kepada 5 kategori dari pra sejahtera hingga sejahtera sebagai mengukur tahap kemiskinan penduduk.
Jika sesuatu keluarga menjawab TIDAK kepada soalan di bawah ini, ia dianggap sebagai prasejahtera atau miskin:
• mampu makan dua kali sehari
• pakaian berbeda untuk di rumah dan tempat kerja.
• lantai rumah bukan tanah
• mampu untuk menggunakan fasiliti perubatan moden apabila anak sakit
Di Indonesia, buruh kanak-kanak atau child labor adalah satu pemandangan yang sangat lazim. Sama ada bergelandangan, sama ada menuntut simpati di persimpangan jalan, ia antara permasalahan Indonesia.
Di antara 1993 dan 2003, sebanyak 7.3 peratus kanak kanak dilaporkan bekerja dan dianggap sebagai buruh kanak-kanak malah ada yang terlibat dalam pekerjaan buruh yang sangat teruk. Biarpun peratusan itu kecil, namun ia mewakili lebih sejuta kanak-kanak di Indonesia.
Kemiskinan di Indonesia mengakibatkan pendidikan kurang diberi keutamaan sebaliknya, sumber pendapatan yang diperolehi, disalurkan kepada makanan.
Ini dianggap kemiskinan bersandarkan perkiraan The Engel Law, apabila pendapatan berkurangan, sebahagian besar perolehan keluarga disalurkan kepada makanan, dan ia meninggalkan jumlah yang sangat sedikit kepada non-essential seperti perumahan, pakaian, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan.
Setiap tahun, jumlah pencari pekerjaan meningkat kepada 2 juta orang. Seperti biasa, pencari pekerjaan ini memberikan keutamaan kepada kemudahan dan gaji yang ditawarkan. Namun hanya kira-kira 20 peratus dari pencari kerja akan mendapat pekerjaan di pelbagai sektor formal setiap tahun.
Prinsip asas mengapa peluang pekerjaan lembab adalah berikutan pelaburan yang sangat rendah di negara ini. Keadaan politik yang dianggap kurang stabil, kedudukan sebagai antara negara yang mengamalkan rasuah tertinggi di dunia di kedudukan 111, jumlah demo yang terlalu tinggi berikutan kebebasan bersuara yang dibenarkan kerajaan mereka sendiri.
Hakikatnya, itulah dunia sebenar Indonesia. Tanyalah soalan kepada warga Indonesia, jika diberi pilihan sama ada untuk dihantar pulang ke negara sendiri atau tinggal bekerja di Malaysia, pasti pilihan mereka adalah Malaysia.
Mereka yang berdemo sebenarnya tidaklah bodoh seperti yang disangkakan, tetapi mereka kurang berakal kerana demi sesuap nasi, mereka sanggup memperbodohkan diri mereka menari poco poco di atas pagar Kedutaan Malaysia manakala polis Indonesia sangat lembik untuk mempertahankan hak sebuah negara yang mewujudkan wakil rasmi ke negara itu.
Dan kewujudan golongan yang kurang berakal ekoran kekurangan zat dan khasiat yang dapat disalurkan ke otak mereka adalah kerana kerajaan Indonesia sendiri yang masih gagal menangani kadar kemiskinan tegar di republik itu.
Mereka juga gagal menangani ‘kebebasan bersuara’ rakyatnya.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, our effort could cripple their tourism industry too. Jangan pergi ke Indonesia. Seharusnya, kerajaan Malaysia sudah boleh mengeluarkan nasihat perjalanan – travel advisory kepada rakyat negara ini untuk mengelak dari melancong ke Indonesia jika tiada keperluan. Mengelak dan melarang adalah dua perkataan dan maksud berbeza.
Apabila tekanan dilakukan terhadap kerajaan Indonesia, pasti mereka akan mula bertindak, dan bukan kelentong kita macam kita tak ada akal seperti mereka. Dan ya, mungkin mereka kekurangan khasiat.
Jika serangan terus berlaku terhadap kedutaan Malaysia sehingga mengancam nyawa dan sudah jelas pihak keselamatan Indonesia tidak mampu melindungi hak nyawa rakyat kita, seharusnya Kementerian Luar sudah boleh memikirkan untuk memanggil pulang duta kita dan mengosongkan kompleks kedutaan itu. Adakah kita mahu menunggu sehingga berlaku satu insiden yang menumpahkan darah baru kita mahu bertindak?
Apa yang istimewa mengenai Indonesia sehingga kita sering bersikap mengalah? Tunjukkan tindakan diplomatik agar Indonesia lebih serius terhadap kita.
Manakala, hakikatnya kita tak boleh marah kepada Indonesia di atas tindakan tindakan mereka kerana realitasnya, mereka kekurangan khasiat untuk berfikir secara waras, termasuk kerajaan mereka.

Dan, akhirkata, Salam Aidilfitri buat semua pembaca yang tak pernah serik untuk datang sini, membaca secara percuma apa yang aku tulis. Bila nak start bayar ni? Hahaha.Kalau ada di Johor Bahru, singgahlah datang rumah, untuk belajar tarian pendet dan poco poco percuma. Eh sejak bila aku pandai poco poco? Aku tak suka poco poco.

11 Replies to “KENAPA KITA TAK BOLEH MARAH PADA RAKYAT INDONESIA?”

  1. Still saya x bole paham ramainya rakyat mesia kita berduyun2 berbondong2 bershopping kat sana??..our gov should banned rakyat dari pegi sana tu..ciss..dasar ungrateful dogs org kata..ni lah dia..Jujurnya mmg penuh corupt negara dorang ni. Sampai kalau nak keje gomen pun kena sogok Rupiah..apa barang??…tu ler pasal negara jadik cam tu..dasar hati busuk…tak sedar dek untung…ceh..meh kita boikot INDON….

    Salam Eid Hazrey…ntah camne, saya pun dah jadik pembaca tegar blog u nih.. 🙂 AnnaM

  2. JLove:

    Biasanya apabila duta kita dipanggil pulang, staff mission lain akan dikekalkan, jarang semua dipanggil pulang. Dan normally jugak, it is temporary act of a nation to show our displeasure.

    Ambassadors and other diplomats are sometimes recalled temporarily by their home countries as a way to express displeasure with the host country. In both cases, lower-level employees still remain to actually do the business of diplomacy. When this happens, it will be a pressure towards the host country.

  3. well, not all of them agree on hating malaysians. ramai jugak dari mereka yg xde la marah sgt kat kita.

    i remember last time, during the manohara case my sister went to indon (gile brani budak tu) and met with fellow indon students.

    they were like, "manohara? ish, ish ish, dia tu memang entah apa-apa."

    more or less, these extreme action are only representing like 1% of the actual people in Indon. and apparently that 1% are loud, foolish, insane people.

    tak caya tengok ni http://politik.kompasiana.com/2010/08/29/maaf-saya-cinta-malaysia/

    p.s. somewhere in there, the indons admit that upin and ipin was better than their sappy soap operas. kahkahkah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *