MARI, MARI KITA SEMUA BERHENTI KERJA DAN MENGEMIS.

MARI, MARI KITA SEMUA BERHENTI KERJA DAN MENGEMIS.

Sindiket mengemis rakyat China terbongkar, RM16,000 dirampas !

Amacam der?

That is the heading of Harian Metro’s news today. Read more here.

Tempohari, aku menyertai operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bersama saudara Mazidul Akmal Sidik.

Operasi turut disertai empat pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Johor Bahru dan sebelum serbuan bermula, kami sempat berborak mengenai aktiviti pengemis warga asing ini.

Dulu, program 360 pernah memaparkan mengenai kegiatan pengemis warga asing terutama di pasar malam dan kami mengekori mereka sehingga diambil pulang sebuah teksi yang sudah dipajak setiap malam.

Apapun, aku tak pernah menyumbang kepada mereka kerana objektif utama mereka sudah lari dan kehadiran mereka di negara ini adalah mendapatkan simpati dari rakyat tempatan yang sudah sememangnya mudah simpati, apatah lagi ada yang berkudung, mengesong anak dan pelbagai kaedah, semata mata menagih simpati dari poket warga tempatan.

Mereka ini parasit. Parasit yang turut menggunakan kopiah, dan taktik bagi mengelakkan dari ditanya bukan bukan oleh manusia seperti aku dan Mazidul, mereka akan bawak ke hulu ke hilir, signage- Saya Bisu. Itu taktik yang paling best mengelak dari disoal.

Adakah mereka benar benar beragama Islam dek kopiah yang dipakai? Ya, ada yang akan kata, sangka baik. Tetapi, tidakkah itu akan menggalakkan mereka untuk menjadi malas, dan hidup dengan menagih simpati semata mata?

Apapun, agama Islam sendiri menyuruh kita berusaha, dan itu bukan usaha. Tak tahulah kot ada definisi lain pada mereka ni.

Pendapat aku, mudah, banyak lagi cara untuk kita memperolehi pahala. Banyak lagi cara untuk kita bersedekah.

13 Replies to “MARI, MARI KITA SEMUA BERHENTI KERJA DAN MENGEMIS.”

  1. btul tu bro..
    dah byk sgt dah manusia yg macam nih..
    kat sh alam ni,g mana aje..mesti jumpa dorang..g mana2 food court je,mesti dorg masuk n minta sedekah..kdg2 tu,kalu xnak bg,siap paksa2 lagi..
    yg plg sedhnye,bile dorg gun kanak2 utk mintak sedekah..pfffff..budak2 tu patut balek negara dorg n belajar abc kot..

  2. kat area puchong ni pon makin ramai, tp depa pandai cari port kat tmpt ramai org. Smbil goyang kaki tunjuk kat org minta simpati, sbb kaki dah kena potong. Gi je la area jejantas ngan bustop, confirm ado. Siap landing baik punya kat situ… Tu blum lg dorang goyangkan bekas duit kat muka smpai korang bg duit…

  3. dekat pasar ramadan rumah aku pun dah muncul, dengan "surat" tergantung kat leher. berdiri di tengah jalan tunggu hasil. siap ada yang guna cawan Golden Screen Cinemas tuu

    Kadang-kadang terfikir, kalau boleh nak campak satu tracking device dengan duit bagi kat diorang..nak tengok kemana duit tu dibawa.

  4. kadang2 bila dah banyak sangat orang yang muncul dengan keadaan begini, ia akan membuatkan kita terfikir banyak kali, apakah dia ni betul2 susah ke tak.

    Pemutusnya, tidak akan beri sedekah di tepi2 jalan ataupun mana2 pasar, dan lagi rela duit itu dihantar ke rumah anak2 yatim atau direct pada orang yang betul2 kita tahu susah.

    Banyak sangat yang menipu, dan yes, disebabkan orang Malaysia sangat terkenal dgn sifat pemurah, golongan2 ini akan muncul dengan ramainya.

    Lebih2 lagi kalau puasa, macam cendawan yang tumbuh lepas hujan, macam kulapuk roti yg tumbuh kat tempat lembap.

  5. Kalau sempat, saya ikut juga Marhaban Hari Raya rumah kerumah.
    In one of those episode, ketua Marhaban ajak pergi jauh sikit – To a low-cost house paid fully by begging @pasar malam (Just the wife. The husband was said to be not well).

  6. betul, nak sedekah dan buat amal ada banyak cara lain.

    lagipun amal sedekah ni elok mulakan dari yang dekat dengan kita. jangan dok gila nak orang tengok kita hulur duit kat beggars dan bajet oh pasti orang kata aku sang dermawan.

    walhal anak bini, jiran tetangga tak makan kat rumah.

    well, mungkin juga mereka ada definisi lain. ini cuma definisi saya.

  7. HIGH FIVE BRO!

    aku pon xpnh kasi kat pengemis.

    katalah ak kedekut ke apa, aku tak kira.

    yang penting, aku masih kumpul2 baju lama aku setiap tahun dan beri pada orang miskin/ibu tunggal kat kampung.

    and aku akan derma kalau orang tu adalah student2 universiti yang buat fundraiser.

    no, aku bukan 'ade kelas'. cuma aku berhati-hati.

  8. kalau kat cheras pergila pasar malam mana pun…asyik2 jumpa orang sama…dok tadah kaki sakit kencing manis la apa..bukan tak kesian…asyik bagi je tup2 jumpa org sama.

  9. salam ramadhan semua… semoga ibadat puasa kita amat berkualiti..

    namun fasal bersedekah ini jika kita berderma kpd sesiapa pun pastinya penuh keiklasan.. tetapi fikirkanlah semula apakah ada dikalangan keluarga sendiri yg lebih wajar spr OKU, warga emas dan tenat di ambil perhatian supaya sedekah itu benar-benar menepati dan sahih diterima…

    ingat lagi ramadhan 2007 ketika saya seberang jejantas di pasar rabu alor setar ketika berpatah balik utk derma kpd seorg pengemis saya melhat beliau memegang secekak/sejengkal duit kertas .. bayangkan berapa jumlahnya.. sejak itu saya menjadi org yg terfikir spr perenggan diatas tadi…. cukuplah RM kita dihantar keluar negara bila pekerja asing hantar ke kampong … Malaysia ni sebenarnya semakin papa dan inflasi adalah kepada generasi kita yg tak terfikir kerja keras utk cari RM… tau minta saja.. jgn nampak gah hebat tetapi papa Malaysia..

  10. Teringat dulu-dulu ada kawan cerita, ada sorang pakcik OKU penglihatan mengemis kat sebuah supermarket area Ulu Klang.. hari2 memang dia akan mengemis kat situ.. masuk tengahari, dia akan pegi kat satu restoran berdekatan, and order nasi campur lauk macam-macam.. dan ada henfon!

    Kawan tu penah la interview pakcik ni sebab curious.. macam mana pengemis mampu pakai henfon (time tu henfon masih lagi mahal). Pakcik tu kata income dia sehari RM500!

    Tak lama tu time recession, dia pun dah tak nampak pakcik tu dah!

  11. Pengemis.

    Sama kes tak dengan yang claim dia buta?

    Kenkadang aku test gak dia pandang kiri aku hulur kanan. Pandai pulak dia capai belah kanan. Pandai jugak aku cakap, "Pura-pura buta pulak. Allah butakan betul-betul baru tau."

    Itu belum dengan bebudak "Derma ikhlas kak.." yang dok ready to terpa jump inside your car to folo you home dekat stesen minyak. Juga belum kira yang beratur kat depan mesin ATM bank dan akan mekak [Gua tak tipu lu beb. Memang dia jerit okei sampai kasi lu pressure of public embarassment (ke harassment sebenarnya??). Baru je kena kelmarin] – "Assalamualaikum kak! Derma ikhlas!!"

    Semalam, keluar je kereta nak masuk Shah Alam Mall sekadar nak beli Kentaki untuk bebudak, dah kena tahan. Of kos, she seemed to be a quite educated mualaf speaking good english. But. Belum pun sempat nak berbelanja untuk diri sendiri, lu memang macam potong stim gua la… tak pedulik la lu bagi gua resit pun.

    Ada time aku sampai tak leh nak bersedekah pun. Rezeki cycle untut beb. Akhirnya suami kata, kalau nak bagi, bagi je. Tak perlu nak fikir yang lelain. Niat nak memberi. Itu saja.

    Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *