Hobi Saya Adalah Mengumpul Setem – Updated Sikit, Tak Banyak Sikittttt Jek.

Hobi Saya Adalah Mengumpul Setem – Updated Sikit, Tak Banyak Sikittttt Jek.

Once upon a time, dulu, masa muda muda, masa ramai orang tua, terutama makcik makcik will go to me and cubit pipi aku and say comelllllnya. Yeah that was many decades ago. Sekarang ni kalau cubit, mau terkeluar white heads and black heads. Tak pun macam rasa pegang kertas pasir. Mana ada comel dah.
And kalau depa buat jugak kat aku, confirm aku akan difitnah sebagai memiliki sugar mummy.
Tapi masa kecik kecik dulu, aku sangat suka Ramadan. Sebab inilah masanya dapat hantar kad raya.
Well, dulu my type of kad raya takde yang cheesy tapi yang 10 in a pack and its cheaper. Yelah masa sekolah dulu mana ada duit nak beli yang ada lagu Uji Rashid.
Tapi aku pelik, apa kekdahnya pi hantar kad raya ada lagu bila bukak kad? Terasa suci ke bila antar kad raya macam tu?
Dulu, masa sekolah rendah, saat paling best ialah bagi kad raya pada kawan satu kelas. Aku bersekolah di boys school so tak ada lah nak ngurat mana mana awek despite me being comel (read:dulu).
And we exchange cards even to non-muslims. Seronok.
And the last Raya card that I sent via snail mail ialah.. ermm.. dah berabad dah rupanya. People sent me cards due to the nature of job, tapi aku jarang reply. 
Kenapa ntah aku malas. 
Dan paling pantang masa sekolah menengah dulu, ada kad raya signed by Secret Admirer. Yes, ini konspirasi kekawan aku, sebab dunia akan kiamat kalau aku ada secret admirer. Tapi cubaan mereka berjaya dan hidungku akan kembang kuncup sebab konspirasi mereka turut dilengkapi dengan bau wangi pada kad raya tu. Wangi, tapi hati mereka busuk sebab mengenakan aku. Zalim kan. 
Tahun ni, aku rasa aku akan hantar kad raya secara manual. Cantik kad raya aku, minus lagu Hail Amir, Uji Rashid atau DJ Dave. Saloma pun tak ada. Korang jangan nak merepek. 
Lagipun Pos Malaysia kata pakai setem 50 sen jek. Kalau 100 orang dah RM50. Wuihh mahalnya. Kalau ikut followers kat blog ni, mau bangkrap aku. Mau raya makan roti bai cecah kopi O bujang jek. Ohh jangan lupa tapis, nanti habuk banyak.
Apapun, this year we printed our own kad raya. Comel tak? Entah apa jin ntah masuk dalam badan, aku pi order kad raya tahun ni. Dah siap dah pun. 
Dan aku teringin nak hantar pada pembaca kat sini, tapi boleh tak aku mintak korang sediakan setem sendiri bersama sampul surat beralamat sendiri? Alah macam mintak kerja tu. Tak boleh eh?
Kalau ada yang teringin nak tengok kad raya aku, silalah emailkan alamat  (snail mail) dengan status perkahwinan (ehh yang tu takyahlah, saja kan miangggggg), pada email aku superhazrey at gmail dot com. Jangan letak kat komen, nanti ada pulak beruk dengan ungka datang rumah korang aku tak tau ehh.
Updated: Please indicate your full name, snail mail address and your blog in your mail to me. Sila nyatakan nama penuh dan nama blog anda (jika ada) dalam emel kepada saya. Ohh kalau tak sampai, sila marah Pos Malaysia ok. Overseas (kecuali Israel) welcomed too.

Ohh kad raya aku tak ada alamat rumah, so selamatlah aku. Hahahah..
Jangan miang nak mintak duit raya ya, korang dah besar panjang dah. Gatal.

25 Replies to “Hobi Saya Adalah Mengumpul Setem – Updated Sikit, Tak Banyak Sikittttt Jek.”

  1. udean: aku antar by hand jek. nanti balas dengan kuih 4 balang ehh. terima kasih.

    ibnu: kau confused ehh? ok, you are a confused man. semalam aku nampak kau tapi kau tak nampak aku.

    iza: sila email.

    azrul: my mak gegula expert buat kuih ok. setakat tiramisu, celah gigi jek. tul tak mummy gegula? love you mummy.. kuchi kuchi..

    kraznaya: karang kalau aku cium betul betul, ko tak bagi duit RM1,000 duit raya aku siap kau.

    intan: hahahahahahahahaha.. kenapa kita ketawa yek? takper, ketawa jerlah.. hahahahahaahah

    emira: alah, bukan gempak pun kad rayanya, the thought that counts kannnnnnn… kad raya 15 sen jek.

    ummie: hahahahahaah.. dia confused. dia berharap dapat memuktamarkan skim perkahwinan cepat siap sepantas buat gambar passport. hahahhhahahah

  2. Azhar: pastikan anak anak kau antar kat uncle hazrey ni. ehh salah abang hazrey. selalu salah taip tauuuu

    ayunda maajis: titah dijunjung tuanku.

    wan zuha: hahaha the golden question. Nope, I am not gonna answer that question. Hehehe..

  3. wahhhhhhhhh!
    mau mau mauuuuuu!!!!
    letak tandatangan besar2 k?
    k?

    jap jap!
    nanti orang emel
    bagi a…
    hehe =)

    p/s;
    1.ada tarikh luput x ni?
    orang hari jumaat baru leh outing

    2.sampul surat mau besar yg macam mana?? besar gila gila ka? atau kecik2 ja?

    hehe

    MAU KAD RAYA!

    *silent reader yg x silent lg gara2 kad raya. woho!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *