ADAKAH PEMUTIHAN PEKIDA SUDAH DILAKSANAKAN?

ADAKAH PEMUTIHAN PEKIDA SUDAH DILAKSANAKAN?

Januari 2009, aku diminta penerbit eksekutif, Mazidul Akmal Sidik mengupas sedikit kegiatan Tiga Line di Johor.
Aku berjaya mendapatkan komen / reaksi dari seorang mangsa mengenai keganasan ahli Tiga Line, yang turut diumpamakan bagai above the law.
Ia disiarkan melalui program 360, kalau tak silap pada bulan yang sama.
Mazidul pernah menulis mengenai usaha untuk melakukan pemutihan tetapi aku kira ia bagai hangat hangat tahi ayam.Sudah lebih setahun berlalu, tetapi tidak pulak aku dengar akan hasil pemutihan yang dilakukan. Persoalan timbul ketika ini, adakah reaksi berikut sekadar menyedapkan hati sendiri atau ia benar benar dilakukan, jika ya, apakah hasilnya?
Berikut, petikan dari blog Mazidul mengenai Pekida di capaian ini
“Teringat kenyataan Pemangku Presiden Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islam Malaysia, Pekida, Jamaludin Yusof dalam sidang media di Kuala Lumpur tidak lama dahulu.
“Kalau nak jadi ahli kena memasang niat ataupun mempunyai iktikad, dia mesti berpegang teguh kepada konsep perjuangan berpandukan Al Quran dan hadis dan kita punya cogan kata, amal makruf nahi mungkar”
 
Beliau berkata demikian semasa melancarkan program ‘pemutihan’ berikutan laporan media mengaitkan ahli Pekida dan kegiatan berunsur jenayah.
 
Tidak menghairankan, sebelum ini sebilangan mendakwa ahli Pekida dilapor terbabit dalam kes pergaduhan sesama Melayu. Ada antara mereka kaki tonggang dan terjebak dalam kes peras ugut warga asing. Pekida dilaporkan mempunyai lebih 72,000 ahli di seluruh negara termasuk mereka bekerjaya penarik kereta dan bouncer pusat hiburan.”

Adakah mereka dianggap pembela nasib Melayu? Jika sekadar untuk menunjukkan muscle, dan menakut nakutkan bangsa sendiri, adakah itu dianggap pembela Melayu? Apakah definisi sebenar pembela Melayu? Dengan berkumpul ramai ramai, lengkap dengan tatu di tangan? Adakah dengan mempunyai pengikut begitu ramai yang rata rata tidak matang, dianggap sebagai pembela Melayu? Itu soalan yang mudah dijawab.

Kaitan antara Pekida dan Tiga Line terus menjadi stigma kepada masyarakat. Apakah fungsi mereka ini? Apakah peranan mereka meningkatkan ekonomi mahupun tahap sosial masyarakat Melayu yang sememangnya beragama Islam?

Ya, beragama Islam. Tetapi mengapa dan kenapa, jika Islam menjadi tonggak atau tiang kepada perjuangan mereka, ada kalangan pengikut bekerja sebagai bouncer di pusat hiburan? Tidakkah itu memperolehi pendapatan dari jalan maksiat? Apa yang menghalalkan pekerjaan mereka itu? Tidakkah itu bertentangan dengan nama pertubuhan itu sendiri?

Mengapa ahli bukan terdiri dari jemaah masjid? Mungkin ada, itu aku tak ketahui, tetapi mengapa yang bekerja sebagai bouncer, penarik kereta lebih ketara diketahui masyarakat? Anda sendiri tahu jawapannya.

Adakah dengan lantang memaki hamun, menjerit jerit terhadap orang lain menggambarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menggunakan nama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islam Malaysia. Apa yang didakwahkan mereka? Cara kehidupan? Cara sunnah? Al-Quran? Mazhab mana yang diikuti? Jangan melenting, itu satu hakiki persoalan. 

Bukankah Nabi Muhammad SAW itu sendiri apabila diherdik, akan melembutkan suaranya? Tetapi dalam banyak kes, mengapa ahli mereka terlebih dahulu menjerit, memaki hamun bagai tiada pegangan agama? Sekali lagi, jangan melenting, kerana ini hanya satu soalan? Adakah itu cara berdakwah?
Apakah pandangan bangsa lain terhadap kewujudan persatuan seperti ini apabila lebih banyak kes negatif dicanangkan daripada yang molek molek? 
Sampai bila pertubuhan seperti ini menjadi duri dalam daging dalam masyarakat kita? Apakah yang perlu kita lakukan? Apa yang BOLEH kita lakukan?
Adakah pemutihan satu usaha yang bernas? Atau dibatalkan terus pendaftaran mereka bagi membolehkan proses pemutihan dilakukan secara total? Aku tak mampu menjawab persoalan ini, namun hakikatnya, aku tetap dengan persoalan, apakah hasil pemutihan yang dicanang akan dilakukan lebih setahun lalu.
Hanya Pekida sahaja yang mampu menjawabnya.

19 Replies to “ADAKAH PEMUTIHAN PEKIDA SUDAH DILAKSANAKAN?”

  1. Tuan Hazrey,

    you journalist hebat…mustahil you tertinggal informasi pasal pemutihan yang sudah dijalankan.

    Ini infonya :
    mereka yang berjaya di'putih' kan masih kekal sebagai ahli PEKIDA manakala yang gagal telah di hilirkan kepada pertubuhan baru iaitu 'PENGKID' A..

    Sekian, trima kaseyyy 😉

  2. Ayah aku tak membenarkan aku terlibat dengan PEKIDA..selepas dia,sebab dia kata perjuangan 3 line lari dari maksud asal..mungkin benar bila banayak yang lebih samseng yang bukan2..

  3. For me ahli-ahli PEKIDA or 3 line ni kurang self confidence..I noticed that they only look powerful when they walk in numbers..kalau sorang2 tak nampak pun mana hebatnya..I also feel yang ahli-ahli kumpulan ni sumer nak balas dendam tak dapat jadi pengawas sekolah dulu..tu yang suka terjerit-jerit macam pengawas sekolah rendah..

  4. lebih banyak yang berlagak gengster dari mengikut "jalan" asal PEKIDA..
    kebanyakkannye budak² muda yang tak tau ape maksud "amar, makruf, nahi, mungkar"
    bnde² macam ni lah yang buat Melayu "jatuh"

  5. Pekida? Cit,Poodah!!! Amar Makruf nahi mungkar apanya… Sembahyang entah ke mana, entah2 mengucap pun tak tahu. Masa tarik kereta orang, siap minta duit rasuah lagi untuk kereta tak ditarik..dakwah pe kebendanya..sekali lagi, Cit poodash!!

  6. Adakah dengan lantang memaki hamun, menjerit jerit terhadap orang lain menggambarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menggunakan nama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islam Malaysia. Apa yang didakwahkan mereka?

    CAM MALAYA JUGAK, CAKAP JE NEGARA ISLAM TAPI… HANYA KATA DAH MERDEKA NAMUN… SAMPAI BUNG BUAT IBADAH PUN KENA MALUKAN DENGAN ENAKMEN YANG LEBIH PATUT DIMANSUHKAN DARIPADA GMIsa. SEMALAM DEPAN MASJID BESI DI PADANG PERBADANAN PUTRAJAYA, SIAP ADA BUNYI MONYET2 DIPLAYKAN AGAR SUASANA MENARIK HINGGA MUDA MUDI MELAKUKAN MAKSIAT PUN TAK PULAK KENA PENJARA.

  7. emm..xtau aku nak cakap ape..tapi bile tengok bendera or sticker 3 line kat num plate kete mesti orang jadi takut..aku pun pelik..kalau diorang amal maaruf nahi mungkar nape orang takut? mesti ada sebab kenape orang menghindarkan diri bile jumpa diorang.

  8. Bro hazrey..sebenarnya geng tiga calit kat dahi tu datang satu kampung tersusun ke pejabat tv3 kenapa ye? tiba2 je ke diorang datang dan mengaku diorang ahli pekida…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *