WORLD CUP: SIAPA YANG UNTUNG?

WORLD CUP: SIAPA YANG UNTUNG?

Kerja aku sangat banyak dan mengurangkan keberangkalian untuk menonton Piala Dunia.

Traveling sangat banyak off late. Sampaikan nak bersin pun tak sempat. Apatah lagi nak check ketiak, busuk atau tidak. Nanti aku pakai kapur barus jek.

Kalau di Sri Pentas, aku akan cuba buat sangat sangat busy sebab kecomelan aku menyebabkan ramai yang nak ajak minum dan berpoya poya. Ok sungguh tipu ayat tu.

Tapi hakikatnya, bila jumpa atau terserempak dengan sesiapa sahaja, takder cerita lain selain bola. Agaknya itu jugak topiknya di kaunter kaunter gomen dan di kantin kantin gomen. Ya, aku pasti, cerita bola menjadi satu lagi sebab untuk mereka duduk lelama sikit di kantin.

Apapun, yang penting, golongan yang untung masa World Cup ni ialah restoran mamak. Restoran mamak yang sebelum ni bagai dilanggar todak pun penuh dengan orang.

90 minit pada setiap perlawanan adalah sangat penting buat pekerja pekerja restoran mamak. Macha macha ni semua akan bergerak lebih laju dari penyerang German mahupun Portugal.

Manakala kita yang ghairah menonton skrin besar di restoran restoran ni semua tak peduli kalau gelas yang dipakai ada bekas lipstick atau kalau diteliti, ada warna kuning iaitu kemungkinan ia adalah tahi gigi pengguna sebelum ini. Dan ya, kalau ada warna kuning tu, mesti penambah teh tarik mamak.

Pada ketika polis sibuk melakukan pelbagai serbuan terhadap bookie, kita lupa, kita mempunyai Jabatan Kesihatan untuk memeriksa restoran mamak terhadap tahap kebersihan mereka. Tapi kita sebagai pengguna tak peduli tu semua, skrin besar di restoran mamak itu lebih penting dari kebersihan sudu, pinggan dan gelas minuman yang digunakan kita.

Itu belum lagi kalau kita jeling pada kuku mereka. Lebih berkarat dari gigi mereka.

Kita tak peduli itu semua. Yang penting kita dapat lepak dengan kekawan untuk menjerit ketika Mesut Oezil melakukan jaringan pada minit ke 60 menewaskan Ghana. Dan ya, mungkin faktor kekalahan Ghana sebab ramai pemain handalan mereka tidak bermain. Ya, itu rahsia yang korang semua tak tahu. Pemain handalan mereka semua berada di Malaysia menjual jam tangan dan talipinggang.

60 minit bermakna sejam. Pasti teh tarik pertama dah abis. Kalaupun belum abis, dah sejuk. Dan pemain pemain di restoran mamak akan dribble kain buruk mereka yang tak pernah cuci tu untuk mintak kita order air baru. Kain buruk itulah yang digunakan untuk lap meja untuk tampak berkilat, bersinar. Dan kita pulak bila makanan terjatuh atas meja, kita terus suap masuk mulut. Lagi best!

Dan hari ni, aku akan bergerak ke Kolumpo sekali lagi untuk mencuba mamak di sana, dan tengok kuku dan cawan yang digunakan. Haha, gila sewel kalau aku buat camtu. Selamat menjilat jari peminat bola!

Kepada tokeh restoran mamak, selamat balik kampung naik first class pakai kain gombang!!

16 Replies to “WORLD CUP: SIAPA YANG UNTUNG?”

  1. mamak mamak mamak
    lu bukak franchise la bro
    xde la nanti mamak2 tu lagi kaya dari malaysian citizen yg kais pagi makan pagi kais petang makan petang…

    gyahaahhhahhaah~

  2. kalau tengok kat rumah boleh pakai spender world cup. yang jual kat Parkson tu. bila gol boleh berlari-lari half-naked. kalau berani boleh lari sampai kedai mamak, tapi kena make sure pakai spender team yang sama.

    tapi betul la bro, penuh gila kedai mamak kat especially kat shah alam ni. Yang tak bestnya budak-budak bising dengan hon motor/kereta time2 4-5 pagi. hangin sungguh

  3. yang untungnya pengurus, bagun awal terus mandu masuk pejabat heee..tengok2 kakitangan masih belum masuk..

    sekurang2nya malu bila bos masuk 7am.

  4. dah mata dok pandang skrin tv jek.. mana le nak perasan ada kesan lipstick ke..kesan tak cuci bersih kat cawan tu..iiyeekk..goli den..!

    tgk kat rumah je lah..!

    sib baik kami sekeluarga bukan kaki bola… so tak kisah sangat pasal ni

  5. Kat area my house all mamak full house. Last 2 days my mum teringin nak makan kat sana and it almost give her heart attack bila tetiba dorang jerit gol..hahaha kesian dia…terbantut dia nak buka puasa kat situ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *