LOMPAT.

LOMPAT.

Macam dah lama tak update.

Sebabnya adalah sebagaimana berikut:

1. Malas
2. Sibuk
3. Malas
4. Sibuk
5. Buat buat sibuk
6. Cari duit beras (read: cari duit nak beli iphone baru)

Semalam, aku join trial run Kembara Mahkota Johor dan aku berjaya melakukan satu stunt yang jarang dilakukan anak Melayu. Ya, aku terasa terer walaupun hakikatnya kalau aku tergelincir, sure muka aku terpampang kat ruang Obituary, dengan ayat berikut:

Al-Fatihah:

Sesiapa yang curi Iphone aku, aku tunggu kat akhirat nanti. Siap kau nanti setan.

Tapi Alhamdulillah, aku berjaya melompat naik keretapi yang sedang bergerak meninggalkan stesen KTMB Johor Bahru semalam. Masa nak lompat tu, aku bayangkan aku Edward Cullen yang boleh terbang walaupun rahsia sebenar aku ialah – akulah Edward Cullen yang terpaksa menyamar sebab tinggal di Malaysia.

Apabila aku berjaya menaiki coach lokomotif itu, aku sempat melihat keluar dan ramai yang tersenyum-senyum bangga sebab aku berjaya melakukan stunt yang jarang diaorang tengok kecuali citer Hollywood.

Hakikatnya mereka tersalah tafsir, kerana adegan itu adalah hasil komitmen dan fokus aku kalau tengok filem Tamil. Lepas ni, aku nak tengok boleh tak aku buat tangkap peluru pakai gigi. fuhhh, mesti best kan.

Selepas melompat, aku mengira ngira untuk melompat pula atas bumbung keretapi tu tapi aku tak berjaya sebab power dah kurang, lagipun Captain Muramatsu dah pesan, jangan pakai lelama power sebab pakai bateri recycle.

Itu jek cerita aku kali ini.

Sekian.

Shin Hayata

13 Replies to “LOMPAT.”

  1. kalau lu cuba nak tangkap peluru guna gigi, that's when ruang Obituary kat paper akan keluar 'Al-Fatihah'.

    on the bright side, u FINALLY get to meet the person who stole your iPhone. yay!

  2. kalau tragedi tuh berlaku ko list pertama aku post kat blog aku..hehehe
    anyway naper ko tak karate jer gerabak keterapi tuh..lampu merah dah nyaler ker?
    cian ko iphone ilang senasib lar dengan aku n95 aku dah dua bijik kener rembat macam setankan..kompol duit beli lain yek..gud luck..

  3. Bro:

    1. harta dunia tak kekal, orang lain lagi hilang anak,isteri, kaki, tangan, mata, muka, maruah…
    Kesimpulannya: Esok gi beli iphone4

    2. Lain kali kalau lompat tu, pastikan ada orang ambik gambar, kurang kurang pun dapat gak aku tengok dalam surat kabar nanti " Death Defying Act by TV Personality" ha ha ha

  4. hellioz: tak, itu nama siamang.

    Jlove: Yay! Can ketuk kepala tak?

    kraznaya: mesti gambar aku pecah kepala kan.. ondscene masuk tak? hahaha

    ninoz: lompat tikam apa kebendanya tu? Hahaha tak tahu ahh.. greek sungguh ayat tu.

    myth: cepat la hazrey cepat, baru nampak hebat? Hahahahah

    zz: demmmm

    nenek: ya nek, cucu tumpang lalu ya nek. kita tak gigit leher nenek sebab leher nenek dah menggelebeh, takut koyak. ok nek?

    alid: personality? Salah orang tuuuuu..

    rasta: betul lah kan.. itu belum gua tarik pakai rambut … fuhh hebat kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *