BERITA BAIK UNTUK BAKAT BARU – KELAS NYANYIAN — SIAP DENGAN GRO !!

BERITA BAIK UNTUK BAKAT BARU – KELAS NYANYIAN — SIAP DENGAN GRO !!

Betul.

Ini kisah benar. Lebih benar dari Gerak Khas yang tak abis abis episodnya dan orang jahat mesti pakai singlet dan polis pula mesti pakai jaket hitam biarpun cuaca panas sampai ke telinga, hidung dan kening mata.

Last nite, seperti biasa aku menerima panggilan dari Pegawai Turus Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, DSP Tan Hiap Seng.

Seperti biasa jugak, target tidak akan diberitahu dan aku dah biasa dengan cara itu. Kumpul di tempat yang diberitahu, dan kami bergerak bersama-sama.

Jam 11 malam, kami gerak ke lokasi.

Sebuah premis di rumah kedai dua tingkat di Taman Pelangi diserbu.

Dari luar, ia adalah sebuah pusat belajar nyanyi. Aku teruja sebab baru aku tau ada kelas nyanyian kat JB ni, dan dengan wujudnya kelas nyanyian ni, cita cita aku untuk masuk AF mungkin tercapai. Alah, tapi aku kena cari rumah buruk sikit sebab baru boleh menang. Suara tak sedap tak kisah, undi simpati penting kalau masuk AF.

Aku dah bayangkan mesti cikgu kelas nyanyian ni, terdiri dari ahmoi ahmoi penyanyi hongkong. Kurang kurang pun boleh belajar canto pop beb!

Seramai 10 anggota menyertai operasi ni.

Bila dah masuk, aku nampak ramai lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ke atas. Aku terpikir kejap, depa ni masuk nak belajar tai-chi ke? Atau nak belajar nyanyi? Kebanyakan lelaki yang ada dalam tu besar kemungkinan adalah bapak bapak orang, atuk pun ada.

Bila dah bukak lampu, maka puaslah aku tengok ahmoi ahmoi, wait sorry, nyonya nyonya GRO yang menemani apek apek tu semua.

“Aiyah encem, delink delink orli mah. Wer got work? Ol oledi, blood no more oledi.” (putus darah dah.. hahah), ok dialog tu aku tambah. Ajinomoto sikit.

Hakikatnya GRO yang ditahan seramai 18 orang tu semua aku pasti dah putus darah dah. Tapi bila dah kena carlsberg dengan guiness, aku pasti, mata pelanggan akan nampak GRO kerepot tu semua seperti Katie Leung.

Tapi, dressing bukan main! Sungguh happening. Kalau gelapkan lampu, mesti terbayang Fasha Sandha.

Apapun, yang menjadi peliknya ialah, lesen yang dikeluarkan untuk beroperasi adalah dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Kita semua tahu, pihak berkuasa tempatan memiliki kuasa untuk membatalkan lesen jika terdapat penyalahgunaan lesen oleh pemiliknya.

Lesen perniagaan dikeluarkan MBJB bagi kelas nyanyian. Dan pemiliknya sungguh patuh dan letakkan papan tanda kelas nyanyian di luar premis. Tapi adakah pegawai penguatkuasa MBJB percaya bulat bulat dan tak perlu ada pemeriksaan dalam premis selama ia beroperasi? Dan premis ini bukanlah terletak di tengah hutan mahupun dalam gua.

Lihat pada tarikh lesen dikeluarkan. Dari bila?

Sekarang dah bulan April. Selama empat bulan terdapat 120 hari. Apa penguatkuasa MBJB buat?

Banyak tindakan boleh diambil jika MBJB lebih proaktif dan tak menyerahkan bulat bulat pada polis untuk buat kerja diaorang.

Kelas nyanyian ada sediakan minuman keras? Mesti something ikan kan?

Ini pula ‘kelas nyanyian’. Ada lampu lap lip bling bling. Happening kan kalau siapa belajar kat kelas nyanyian ni. Terasa seperti superstar, boleh joget ala ala Wonder Girl ok!

Tulah kekadang bila selalu ikut operasi pihak berkuasa, kekadang aku terpikir jugak, takkan semua benda polis nak jaga? Abis tu buat apa ada jabatan penguatkuasa dalam pihak berkuasa tempatan seperti MBJB?

Aku tahu, depa pi tangkap makcik jual nasi lemak dengan kuih lopes kat tepi jalan.

11 Replies to “BERITA BAIK UNTUK BAKAT BARU – KELAS NYANYIAN — SIAP DENGAN GRO !!”

  1. BRO.. I baca separuh dan terus said, “Takkan semua polis nak jaga?” Yup betul.. Ada pun statement tu kat perenggan akhir…

    Memang wajar kena buat inspection. Tapi nak buat tu pun mesti disusuli (bukan disusui) dgn alasan plak nanti. Kos? tenaga kerja? huh… biasa laaahhh..

    Puas ler ko jamu mata tengok ahmoi yg tak makan jamu tu kan?

  2. Betul. Statement paling last tu pun betul jugak.

    Apa la yang bess nak sebok tahan makcik jual nasik lemak tepi jalan tu… Siap musnahkan gerai tu.

    And oh oh oh! Once I saw 'penguatkuasa bandaraya' ni tunjuk kuasa diorang dengan mengeskort lori rampasan barang menggunakan 6 bijik kapcai di atas Federal Highway. Buduh.

    But then again, mebe sebenarnya diorang lagi rela dilayan oleh ah lian wondergirls dalam gelap dari makcik jual nasik lemak kat tepi jalan tu. Oleh itu, mari musnahkan aje gerai nasik lemak tu.

  3. Sememangnya ko tersangat betul bro..

    Karaoke, massage, spa dorang tak serbu..yang dorang sibukkan makcik jual nasi lemak tak amik lesen tepi jalan. Takkpun aiya jual paper tepi jalan or apek jual buah..Lesen meniaga tak tetap yang RM 80 setahun tu yang dorang kesahkan..

    Apa de hal..masssyyyyuuuukk!!

  4. Memang gampanglah penguatkuasa kita yang dekat Majlis Perbandaran ini, gajah depan mata tidak nampak, tikus tepi jalan nampak.

    bagus artikel kau kali ini, betul2 bukak mata aku.

  5. Hazrey,
    Pasalnya makcik nasi lemak tu tak leh nak bayar depa. Tu yg nampak depa dok angkat, dok saman makcik nasi jual nasi lemak. Lagipun jual nasi lemak RM50 nak dapat sehari pun susah, camna nak suap PBT ni?

    Tak macam kedai DVD lucah, Pusat Pelacuran, Kelab Malam – depa suap banyak – sampai buncit. Nak saman pun dah tak larat nak angkat pen. Pasal kenyang sangat. Inikan plak nak sita kedai atau tarik balik lesen. Susah!

  6. wah..syok juga menyanyi dalam lampu lip lap kaler biru..
    otak pun jadi biru..

    hmm agak-agak pegawai tu dah berapa round menyanyi kat situ ek?..mesti banyak lagu dia hafal..hahaha

  7. azie: adakah mereka hanya gemarkan operasi yang glamer sahaja? termasuklah yang ada tv crew?

    nadia: ya, kita buat fanpage nanti. lols

    ajie: ya, yang selalu kau pegi tu.

    zan: terharu aku kau cakap aku betul walaupun aku kekadang rasa aku macam 'tak betul'. haha.

    shah: abis selama ni kau tutup mata?

    mat: lols

    ummie: happening ke? Tak tau pulak.

    vic: really? tak tau pulak.

    faizal: itu ari masa sampai depa tengah mainkan lagu awie. hahaha..

    Zara: kalaulah nyonya tu semua pole dancing, confirm aku akan beli susu anlene.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *