BANYAK ORANG GILA JUDI DAN CERITA PEHA PUTIH.

BANYAK ORANG GILA JUDI DAN CERITA PEHA PUTIH.

Banyak orang gila judi
banyak orang gila judi
hai judi merosak diri
merosak diri
banyak yang setengah mati
akibat judi

Kalau sedang main pakau
banyak orang naik angau
mereka selalu risau
selalu risau
sama-sama jadi sasau
hai jadi sasau

Satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
limaaaaaaa ringgit

Satu ringgit
dua ringgit
tiga ringgit
empat ringgit
lima ringgit
haaaaaangusssss….

Kalau sudah gila judi
kalau sudah gila judi
dia lupa anak isteri
hai anak isteri
dia lupa anak isteri
hai anak isteri

Kalau kecanduan judi
kalau kecanduan judi
akhirnya setengah mati
setengah mati
akibat judi

Tolak habuk
jalan kaki
gigit jari
kalah judi..

Youtube vidz here, kalau rasa diri masih lagi bergetah.

Kenapa aku tetiba post lagu ni? 

Couple of nites ago, aku menyertai serbuan anggota dari Cawangan Anti Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor ke atas sebuah funfair di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru.

Antara yang ditahan adalah seorang lelaki berusia 57 tahun.

Lelaki Melayu yang aku pasti boleh dipanggil atuk ni pada mulanya menafikan kehadirannya di situ untuk bermain. 

Bila aku beritau ada anggota polis yang sudah masuk awal awal, menyamar sebagai pelanggan dan mengesahkan dia ada bermain barulah dia mengaku.

“best ke pakcik berjudi ni?

“Taklah pakcik cuma datang ikut kawan jek, nak tengok.”

“Takkanlah pakcik tak main.”

“Tak main langsung, saya cuma berdiri kat hujung sana,” dia beriya iya menafikan sambil menunding ke arah sudut tempat permainan judi dijalankan.

“eleh pakcik, tadi ada polis lah dah masuk awal menyamar, eleh,” aku cakap pada pakcik tu ala ala manja sikit, persis drama Na-O-Mei.

“Sikit jek saya main,” kata pakcik tu malu malu kucing.

“Berapa menang?” aku tanya.

“RM30!” sungguh sungguh pakcik tu jawab, tanpa melihat aku. Dia bagai merenung masa depannya.

“Berapa pakcik abis (duit)?”

“RM50.”

“Pakcik, itu bukan menang lahhhhhhhh.. itu kalah…”

Dalam serbuan itu, polis mendapati pengusaha funfair itu langsung TIDAK mempunyai sebarang lesen mahupun permit untuk menjalankan operasi funfair itu.

Semua diangkut termasuk dua ahmoi comel yang bekerja di funfair tu. Dan aku hampir bergaduh disebabkan ahmoi comel tu cuba mengenyit mata dan menjeling manja pada aku, dalam cubaan menggoda aku. Ok tak. Itu tambah ajinomoto kat cerita ni. Haha.

Hari ni, aku akan mengikuti satu lagi operasi. Best. Operasi tengok peha. Yummy !!

Serious, gambar ini takder mengena dengan entry dan operasi yang aku akan ikut kejap lagi. Tapi aku google gambar peha, yang ni jek aku rasa PALING beshhhhhh… Untung jadik kerusi tu kan.. takperlah..

Ohh, tajuk peha putih tu pun takder mengena dengan gambar ni. Kalau ada pun, ia secara kebetulan.

5 Replies to “BANYAK ORANG GILA JUDI DAN CERITA PEHA PUTIH.”

  1. cis. tajuk blog berunsur penipuan semata-mata. cuba letak gambar peha ayam sebelah peha yang lagi satu tu… cuba teka dapat apa?

    lagu jalil hamid bertajuk ayam.

    sekian, terima kasih.

    ps: lepas ni boleh duet remix bro… lu nanyi lagu judi, gua nanyi lagu mak hayam.

  2. Bro

    Masa aku kat New Zealand dulu kan, bersepah peha putih bro.
    Peha lembu susu!

    ha ha ha ha ha ha ha

    Untuk pakcik tu, kita doakan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *