Sembah Salam Takziah

Sembah Salam Takziah

LIVE DARI SIDANG AKHBAR DI BUKIT TIMBALAN, JOHOR BAHRU

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda yang dimasukkan ke hospital tersebut pada sebelah petang hari ini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 malam tadi. Pengumuman kemangkatan baginda telah di buat oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor di dalam satu sidang media di Bukit Timbalan, Johor Bahru.
Saya dan keluarga merafak sembah salam takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad dan semua kerabat Di Raja Johor di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
Keprihatinan Almarhum dan Tuanku Sultanah Zanariah terhadap permasalahan rakyat dengan memberi ruang secukupnya, mendengar sambil bergaul selesa dengan rakyat biasa. Almarhum memperlihatkan kecemerlangan di pelbagai bidang dan sewajarnya menjadi contoh buat semua rakyat Malaysia.
Serba ringkas berkenaan Almarhum, baginda diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru. Almarhum menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru. Almarhum seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School Australia dan selepas itu ke United Kingdom. Setelah menamatkan pengajian, Almarhum berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service. Almarhum telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981. Pada 11 Mei 1981 Almarhum telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat. Almarhum telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982 dan ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984. Almarhum pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar. Almarhum telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda – dua orang putera dan lapan orang puteri.
Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian dan daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan Allah di kalangan para solihin. Amin.

10 Replies to “Sembah Salam Takziah”

  1. bro,dh tgk entry si mangkuk tu..
    tlg2 updatekan apa kes dia tu lps dia post entry mcm tu…
    nk tau gak nsb dia mcmana nnti…

    tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *