UPDATED: Tragedi buah limau.

UPDATED: Tragedi buah limau.

Ramai tertanya tanya pasal buah limau ni. Tak banyak clue kecuali tajuk tragedi buah limau diletakkan di sini.
Ia sebenarnya limau yang aku perolehi semasa menaiki salah satu aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan minggu lalu.
Kapal KM Manjung membawa kami untuk membuat liputan program 360 di sekitar perairan Laut Cina Selatan berhampiran Kota Tinggi, Johor dan limau ini adalah untuk menghilangkan mabuk laut.
Aku berjaya membedal sebanyak dua biji limau sebelum berselera makan atas kapal APMM sambil dibuai ombak yang boleh tahan ganasnya.
KM Manjung diketuai pegawai memerintah kapal Leftenan Maritim Mahmad Faizal Ahmad bersama 28 krewnya dan ini bukan kali pertama aku menaiki kapal itu.
Maka, selepas satu tragedi aku mabuk awal tahun ini dan terdampar ala ala percutian kapal mewah tanpa wanita blonde berbikini di sisi, Left Faizal macam dah tahu dan standby buah limau bebanyak. Haha.
Banyak gambar di atas kapal tu dengan pelbagai posing termasuk rambut berterbangan, kaki terangkat, side angle, tapi macam malas nak letak kat sini. Takut ada orang mengigau pulak malam ni nanti. Maka, toksahlah.
Macam mana pun, trip kali ni aku tak mabuk tapi produser aku Ajib yang mabuk. Hahaha. Kerek sikit.
Dan oleh kerana aku tak mabuk aku berjaya mengumpul kulit udang dalam pinggan tanpa perlu control cun, macho atau vogue. Rezeki beb. Sorrylah, takder gambo sebab malas. Dah, sekarang pergi sambung buat kerja.

15 Replies to “UPDATED: Tragedi buah limau.”

  1. tgk gambar identiti hazrey ( yg mata kaler oren tu) teringat si tai lung penjahat dlm citer kungfu panda…hahahhaha…

    erkk..komen takde kena mengena dgn buah limau..sbnrnya aku tak phm apa maksud entry ni..kahkahkah..

  2. Laaaa… tragedi Hazrey mabuk laut rupa-rupanya..

    Sebenarnya, nak hilangkan mabuk laut tu, tak perlu membedal limau, cukup dengan bau kulit limau tu saja.. tapi takpelah, agaknya bedal sekali dua biji limau tu, lagi "powderful" kot.. 😉

  3. Wakakakaka… mujur tak kena tampal koyok tang pusat…sbb itu pun leh ilangkan mabuk gak..

    hehehehe… saja nak sambung gelak, tak leh nak sambung kerja sbb masih cuti.. Ahaks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *